ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 20 October 2016

KENAPA KEMARUK SANGAT LENDIRRR AMBIGA DAN MARIA CHIN ..?


Kehebatan lendir Ambiga dan Maria Chin memang sukar untuk ditolak oleh penyokong BERSIH.Mengalahkan ketagihan ketum penyokong BERSIH rela meneguk jika banyak dan menjilat jika hampir kering.Betapa ketagihan ini bisa menghilangkan mata hitam menahan keasyikan dan keenakan hingga hilang kewarasan dalam membuat pilihan.


Menyedihkan buat rakyat Malaysia terutama Melayu Islam yang menjadi penyokong BERSIH atau lebih dikenali dengan baju kuning menjadikan manusia seperti Ambiga dan Maria Chin sebagai pemimpin mereka.

Apakah sudah tiada sangat pemimpin Melayu yang mampu membuat perubahan?Tiada pilihan langsung tersedia dan terhidang melainkan dua manusia yang bernama Ambiga dan Maria Chin?

Mujurlah parti PAS cepat tersedar dari ketagihan lendir Ambiga dan Maria Chin dan tidak lagi mahu hidup menjalinkan hubungan kelamin sebagai sebuah parti bersekutu Pakatan Harapan.

Barangkali batang hidung PAS yang selama ini tersumbat kini kembai berfungsi bila sahaja mula terbau hanyirnya lendir yang selama ini.Terperangkap dengan DAP yang menjadi Tauke Lendir,PAS kini mula menjarakkan diri dan penyakit berjangkit yang bakal dihidapi jika tersu berada diranjang yang sama dengan Pakatan Harapan.

Ambiga dan Maria Chin bukan sesiapa tetapi hanyalah perkakasan politik anasir luar yang mahu melihat baju kuning dan baju merah bertempur lalu menimbulkan provokasi menunjukkan kerajaan sudah hilang kawalan.

Pengalaman politik di Thailand wajar menjadi rujukan rakyat Malaysia apabila dua kumpulan baju kuning dan baju merah bertempur,anasir asing akan mula menyusup masuk dengan idea dan wang ringgit mencurah bagi menjayakan "order dunia antarabangsa kontemporari"






Wednesday, 19 October 2016

BILA GILIRAN AMBIGA DAN MARIA CHIN DITANGKAP?


Penangkapan Jamal Yunos pemimpin kumpulan baju Merah pagi tadi setibanya di KLIA pada jam 8.30am sudah diduga.Dipercayai penangkapan beliau oleh polis adalah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kononnya kenyataan beliau rusuhan 13 Mei akan berlaku jika perhimpunan BERSIH 5.0 diteruskan.

Penangkapan ini tentunya memeranjatkan banyak pihak khususnya penyokong baju Merah tetapi perlu juga diingat penangkapan ini tidak akan meredakan perjuangan mereka malah memberikan implikasi kepada semangat perjuangan baju Merah.

Apakah beliau gagal hadir ke balai polis setiap kali diminta hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan...? Adalah lebih beradap jika pihak polis memanggil beliau ke balai polis daripada digari dihadapan isteri dan anak anak beliau...melainkan jika beliau ingkar untuk hadir maka tindakan menggari beliau adalah wajar.

Kejadian ini pastinya akan menyemarakkan lagi semangat Baju Merah memandangkan bagi mereka baju Kuning kini seakan mendapat layanan yang istimewa waima kepada pemimpin mereka seperti Ambiga dan Maria Chin mahupun pengikut baju kuning yang sering mencetuskan provokasi pada setiap perhimpunan haram yang dijalankan.

Tiada sebarang kenyataan dari pihak polis setakat ini mengenai perhimpunan haram yang saban waktu dijalankan dan sedang giat dijalankan membabitkan Rally 5.0 yang menjelajah di kebanyakan negeri di Malaysia.Ambiga dan Maria Chin yang menjadi pemimpin baju kuning malah dilihat bebas melakukan apa sahaja yang memecah ketenteraman awam.

Perasaan kaum Melayu khususnya pastinya terguris bila melihat tindakan yang menangkap Jamal Yunos yang menjadi wira dalam mempertahankan perlembagaan Malaysia diperlakukan sedemikian.

Bagi penyokong baju kuning barangkali ada yang menahan geli di hati kerana telahan mereka Jamal Yunos akan dibebaskan sepertimana yang dilihat pada komen komen penyokong mereka di media sosial seperti di portal Meloyakini.

Apa yang menyedihkan..tiada pemimpin UMNO setakat ini membuka mulut kerana menjaga periuk nasi masing masing kecuali YB Budiman yang kelihatan mengeluarkan kenyataan mengenai penahanan beliau.

Sindrom bisu ini semakin memandulkan pemimpin Melayu.Mungkin asyik dilena dengan jawatan dan kemewahan serta kemasyuran sehingga lupa perjuangan,

Walaupun semua tahu baju Merah adalah gerakan NGO tetapi mahu tidak mahu UMNO terpalit sama kerana seperti mana baju kuning mereka pembangkang terpalit sama.

Ambiga dan Maria Chin kini mampu tersenyum panjang dengan penahanan Jamal Yunos tetapi percayalah akan lahir lebih ramai Jamal Yunos bagi meneruskan  perjuangan memandangkan UMNO kini sudah semakin ketandusan pemimpin yang berani menyanggah kebiadapan baju Kuning yang semakin menjadi jadi.

Bilakah Ambiga dan Maria Chin akan ditangkap..? Merekalah yang bermaharajalela menghasut rakyat turun ke jalan dan mempunyai agenda menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi umpama kata pepatah orang tua lain bengkak..lain pula yang bernanah.






BERSIH TIDAK RELEVAN DI PAHANG


Keghairahan BERSIH 5.0 untuk menapak dan mengembangkan pengaruhnya di Pahang hanyalah bersifat propaganda sahaja.Pahang yang kini dikatakan bakal menerima kunjungan BERSIH 5.0 pada 22hb November ini bemula dari Kemaman Terengganu yang bersepadan dengan Pahang dan seterusnya akan ke Pekan Bandar DiRaja.


Apa yang agak menjengkelkan ialah kebiadapan pencinta BERSIH 5.0 memilih tarikh 24hb October bersamaan dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.Barangkali memang sengaja memilih tarikh ini kerana ingin menimbulkan ketegangan keresahan dikalangan rakyat Pahang.

Sebenarnya mereka yang terlibat dengan BERSIH seperti mana sudah diketahui adalah terdiri daripada pihak pembangkang yang menggunakan NGO sebagai helah demi kepentingan politik.

Jika dilihat senario di Pahang apa yang mereka perjuangkan sejak dahulu seperti isu Lynas mendedahkan tembelang pembangkang yang hanya meraih  political mileage pemimpin pembangkang.

Sayang sekali penyokong dan pemimpin Anti Lynas yang majoritinya adalah berketurunan Cina berjaya mempengaruhi golongan Melayu terutama di bandar.

Akibat kempen Anti Lynas,ramai dikalangan Melayu yang mempunya tanah di sekitar Gebeng Kuantan telah menjual tanah mereka dengan harga yang sangat rendah.Kesempatan ini diraih oleh golongan peniaga Cina yang membeli tanah dengan harga murah.

Ternyata sehingga sekarang tiada kesan tidak baik yang dicanangkan oleh mereka yang Anti Lynas yang sehingga kini menyediakan beribu peluang kepada anak Melayu termasuk golongan profesional.


Pembangkang di Pahang memerlukan momentum bagi menjamin kelangsungan mereka dalam politik di Pahang sebagaimana PRU 13 yang terkesan dengan isu nasional kerana mereka kini semakin ketandusan isu tempatan  untuk dimainkan.

Jika pilihanraya tidak adil dan bersih sepertimana yang di perjuangkan oleh NGO yang di dalangi pembangkang bagaimanakah 12 kerusi dari 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang telah dimenangi pembangkang pada PRU 13..?







Tuesday, 24 May 2016

ANGKUH DAN BONGKAK ADUN DAP BILUT DIARAH KELUAR DEWAN


Suasana harmoni Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang nampaknya dicacatkan dengan keangkuhan dan sifat bongkak yang ditunjukkan oleh ADUN DAP Bilut yang masih mahu menimbulkan isu yang sudah tidak berbangkit  dengan membuat tuduhan pilihanraya di Malaysia tidak bersih.

Apa yang amat menyedihkan ialah keangkuhan dan sifat bongkak ADUN DAP yang tidak mahu menarik balik kenyataan tersebut sebaliknya terus mempertahankan kenyataan beliau walaupun mendapat bantahan dari ADUN BN dari Lanchang dan keseluruhan ADUN dari BN.Sehubungan dengan itu ADUN Pulau Tawar yang disokong oleh ADUN Jengka mewakili Pengerusi BNBBC telah mengusulkan tindakan dengan membawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

YDP Dewan berkali kali meminta ADUN DAP Bilut menarik balik kenyataan namun barangkali DAP sudah sebati dengan keangkuhan parti DAP yang suka membuat kontroversi.Akibat dari itu YDP telah membuat keputusan mengarahkan YB ADUN Bilut untuk keluar dari dewan untuk hari ini dan esok.

Barangkali untuk menunjukkan rasa simpatai kepada YB ADUN Bilut kesemua ADUN DAP dan PKR seramai 10 orang turut keluar dewan namun agak menggelikan hati ADUN PAS dari Tanjung Lumpur dan Beserah kekal didalam dewan.

Isunya bermula hanyalah kerana wakil kerajaan menggulung perbahasan menyentuh isu GST yang telah membantu perkembangan ekonomi di 160 buah negara.Namun pada sidang DUN kali ini tiada seorangpun wakil pembangkang yang membangkitkan isu GST bermakna ianya semakin diterima oleh masyarakat dan mengajak kesemua samada ahli BN mahupun pembangkang memberikan kesedaran berkaiatan hal-hal kepenggunaan.

Bilamana ADUN Bilut dari DAP mencelah dengan mendakwa Pilihanraya di Malaysia tidak bersih bermakna beliau memalukan diri sendiri kerana jika ikut logik,sekiranya pilihanraya di Malaysia tidak bersih ,maka dia sendiri pun tidak boleh menjadi ADUN...!

Monday, 23 May 2016

BIADAP..!USUL TINDAKAN TERHADAP ADUN DAP DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG


Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang kali ketigabelas 'panas' dengan tindakan YB ADUN Bilut dari DAP yang mendakwa Pilihanraya di Malaysia tidak bersih.

ADUN Bilut dari DAP Chow Yu Hui memanaskan suasana Sidang DUN ketika mencelah ketka YB ADUN Dong Shahiruddin Abdul Moin wakil kerajaan menggulung perbahasan.Berikutan dengan itu YB ADUN Lanchang dari BN Dato'Seri Sharkar Shamsuddin meminta YB ADUN Bilut menarik balik tuduhan tersebut.

Suasana panas cuba ditenangkan oleh Timbalan Speaker Dewan namun YB ADUN Pulau Tawar DS Ahmad Shukri Ismail selaku Pengerusi BNBBC mengusulkan kepada dewan supaya YB ADUN Bilut dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


Usul tersebut mendapat sokongan YB ADUN Jengka Dato'Wan Salman Wan Ismail.Antara lain usul yang dibawa berbunyi "Dato Seri YDP Dewan...Saya mengusulkan secara lisan didalam dewan yang mulia ini,supaya YB DUN Bilut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasaan,kerana mengeluarkan tuduhan dan sangkaan jahat terhadap institusi yang dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agong iaitu SPR.Beliau telah mengeluarkan kata yang menuduh SPR sebagai tidak bersih sedangkan pilihanraya di negara ini telah mendapat sokongan oleh rakyat dan diiktiraf oleh dunia.

Perkataan YB DUN Bilut adalah biadap atau menggunakan perkataan biadap dan sangkaan jahat.Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Pahang Peraturan 36(4)(6) dan (7).

Secara Lisan saya minta supaya Dewan ini melalui Dato Seri Speaker memutuskan tindakan yang sewajarnya kepada ADUN Bilut

Friday, 20 May 2016

LAUTAN MANUSIA BANJIRI CERAMAH USTAZ DON DI FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA



TEMERLOH - 20/5/2016  Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Don Danial  mendapat sambutan luar biasa di Festival Wanita Untuk Wanita yang sedang berlangsung di Dataran Temerloh.Festival yang bermula pada 19hb  sehingga 22 Mei memulakan tirai dengan menjemput penceramah terkenal Ustaz Don Danial.

Lautan manusia membanjiri Dataran Temerloh untuk mendengar dan melihat sendiri penceramah tersebut .Turut hadir di malam tersebut bersama rakyak di negeri Pahang ialah YB Dato Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Perbagai acara menarik akan berlangsung antaranya booth jualan usahawan,pemeran agensi kerajaan,sukan rakyat,kenduri rakyat,Pahang Idol dan banyak lagi acara menarik selain penampilan 50 artis bagi memeriahkan Festival yang julung-julung kalinya diadakan.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Di Raja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang yang akan diiringi oleh Dato Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada 22hb Mei 2016.











Sunday, 15 May 2016

FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT PELUANG


TEMERLOH - 15/5/2016 - Usahawan wanita digesa merebut peluang perniagaan sempena Festival Wanita Untuk Wanita yang akan bermula dari 19hb Mei sehingga 22hb Mei 2016 yang akan diadakan di Dataran Temerloh Pahang.

Festival Wanita Untuk Wanita ini yang akan berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membantu golongan wanita yang meminati bidang keusahawan untuk mempromosikan produk mereka di festival secara besar-besara yang julung kalinya diadakan.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemui menyeru agar semua wanita yang berada di Pahang mahupun di luar Pahang untuk turut serta dalam festival yang diadakan secara besar-besaran dan dianggarkan seramai 250,000 pengunjung akan hadir .

Usahawan wanita perlu menjadikan festival ini untuk meluasakan serta mempromoskan perniagaan mereka melalui gerai-gerai jualan yang ditawarkan kepada peniaga yang berminat,Selain itu pengunjung akan turut berpeluang merebt hadiah cabutan bertuah melebihi RM 100,000 yang ditawarkan selain 19 acara lain turut sama dijalankan bagi memeriahkan festival tersebut.

Pada Festival Wanita Untuk Wanita ini juga akan dilancarkan satu portal perniagaan khusus buat membantu usahawan wanita melalui pengumpulan data,tip perniagaan dan informasi berkaitan perniagaan yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Antara acara lain selain pameran dan gerai jualan ialah .Antara acara menarik Sukan Rakyat,Belon Udara,Ceramah Agama,Feriss Wheel,Pahang Idol,Aspirasi Wanita & Selebriti,Pemeriksaan Kesihatan Pecuma,Cabutan Bertuah,Bolasepak Artis,Senamrobik Zumba,Kenduri Rakyat,Inflatable Games,Lady Biker,Pameran,Pertandingan Bolajaring,Busana Muslimah,Kursus Keusahawana dan Wayang Pacak.

Festival Wanita Untuk Wanita ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandra dan Wilayah(KKLW),Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI),Majlis Perbandaran Temerloh,Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia(SIRIM),TEKUN Nasional,SME Corp,Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia(MARDI),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Fetival ini juga untuk menghargai golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan mahupun yang terlibat dengan pekerjaan lain bertepatan dengan sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat yang kebetulan disambut pada bulan ini.





Friday, 8 April 2016

MISTERI TOYOL,RAPIJI DAN GARI


Hari ini Rapiji dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Naib Presiden PKR itu memang terkenal dengan kelicikannya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan pelbagai helah dan terbaharu bagaimana beliau seakan cuba menarik simpati.Benarkah begitu..?

Aksi beliau yang meletakkan tangan dibelakang sewaktu dibawa oleh anggota polis mencetuskan pelbagai andain dan barangkali bagi meraih rasa simpati khasnya penyokong beliau.

Tetapi barangkali juga ada rahsia disebaliknya atau memang sikap beliau yang suka meletakkan tangan beliau dibelakang sewaktu berjalan.

Teringat kisah yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu manusia yang suka meletakkan tangan dbelakang dikaitkan dengan dunia mistik.

Barangkali ada yang tertawa dan memandang sinis apabila menyebut sahaja dunia mistik kerana diwaktu siang hari mungkin sahaja keberanian sentiasa beraja dihati setiap manusia.

Bila malam menjelma,dunia yang gelap gelita kepura-puraan tidak dapat diselindungkan bahawa ketakutan tentang dunia mistik mengusik keberanian lelaki apatah lagi wanita.

Menurut orang tua-tua dahulu manusia yang sering meletakkan tangan kebelakang sewaktu berjalan berkemungkinan membela makhluk halus yang lebih dikenali sebagai Toyol.

Toyol akan duduk di atas tangan tuannya yang berjalan untuk meneruskan aktiviti mencuri.Selalunya tuannya akan membawa Toyol bersiar-siar bagi mengenalpasti rumah yang menjadi mangsa ataupun berjalan-jalan di pasar malam dan kedai-kedai untuk menambah kantung tuannya dengan mencuri.

Sekali imbas entri bodoh ini bakal menerima cacian tetapi apa nak dihairankan kerana di akhir kata ianya hanya lah sebuah entri gurauann sebagaimana Rapiji yang mengaitkan Rosmah Mansur dengan cincin berjuta ringgit hanyalah suatu gurauan....!

Jangan marah-marah....ini hanya gurauan tetapi juga barangkali..?







NAJIB 'BELI' NAIB PENGERUSI DAP DR TAN SENG GIAW..?


Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,”.

Beliau secara jujur berkata: “Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujarnya di lobi Parlimen.

Itulah antara intipati kata-kata yang terhambur keluar dari Dr Tan Seng Giaw ,Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi PAC .Beliau juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di lobi Parlimen pastinya akan mengundang rasa tidak puas hati Tony Phua yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh PAC sekalipun beliau turut serta terlibat dalam jawatankuasa PAC yang dianggotai oleh pembangkang dalam menyiapkan laporan isu 1MDB .

PAC dalam laporannya jelas menolak dakwaan DS Najib terlibat secara langsung tetapi hanya tidak langsung melalui sebagai ahli lembaga penasihat.Sebaliknya PAC meletakkan bahawa ahli lembaga 1MDB yang perlu disiasat samada telah berlaku kesalahan urus tadbir darii segi perundangan, dan menolak kaitan dengan Perdana Menteri.

Laporan setebal 106 muka surat yang dikeluarkan oleh PAC,Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan perlu di siasat berikutan kedapatan unsur kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Tony Phua perlu belajar berpolitik secara matang dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Dr Tan Seng Giaw MP DAP yang berpengalaman. 

Beliau lebih dihormati dikalangan ahli BN memandangkan kebolehan beliau yang jarang ditemui dikalangan ahli politik pembangkang di Malaysia.Anak Kelahiran Kota Bharu ini yang mahir menulis dan membaca jawi dan juga fasih berbahasa Malaysia sering menjadi contoh kepada pemimpin politik pembangkang yang sering menjadikan isu perkara yang tiada isu.

Barangkali Tony Phua perlu belajar makan budu dari Dr Tan Seng Giaw untuk menjadikan beliau lebih mudah memahami isu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...