ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: BERSIH
Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Thursday, 20 October 2016

KENAPA KEMARUK SANGAT LENDIRRR AMBIGA DAN MARIA CHIN ..?


Kehebatan lendir Ambiga dan Maria Chin memang sukar untuk ditolak oleh penyokong BERSIH.Mengalahkan ketagihan ketum penyokong BERSIH rela meneguk jika banyak dan menjilat jika hampir kering.Betapa ketagihan ini bisa menghilangkan mata hitam menahan keasyikan dan keenakan hingga hilang kewarasan dalam membuat pilihan.


Menyedihkan buat rakyat Malaysia terutama Melayu Islam yang menjadi penyokong BERSIH atau lebih dikenali dengan baju kuning menjadikan manusia seperti Ambiga dan Maria Chin sebagai pemimpin mereka.

Apakah sudah tiada sangat pemimpin Melayu yang mampu membuat perubahan?Tiada pilihan langsung tersedia dan terhidang melainkan dua manusia yang bernama Ambiga dan Maria Chin?

Mujurlah parti PAS cepat tersedar dari ketagihan lendir Ambiga dan Maria Chin dan tidak lagi mahu hidup menjalinkan hubungan kelamin sebagai sebuah parti bersekutu Pakatan Harapan.

Barangkali batang hidung PAS yang selama ini tersumbat kini kembai berfungsi bila sahaja mula terbau hanyirnya lendir yang selama ini.Terperangkap dengan DAP yang menjadi Tauke Lendir,PAS kini mula menjarakkan diri dan penyakit berjangkit yang bakal dihidapi jika tersu berada diranjang yang sama dengan Pakatan Harapan.

Ambiga dan Maria Chin bukan sesiapa tetapi hanyalah perkakasan politik anasir luar yang mahu melihat baju kuning dan baju merah bertempur lalu menimbulkan provokasi menunjukkan kerajaan sudah hilang kawalan.

Pengalaman politik di Thailand wajar menjadi rujukan rakyat Malaysia apabila dua kumpulan baju kuning dan baju merah bertempur,anasir asing akan mula menyusup masuk dengan idea dan wang ringgit mencurah bagi menjayakan "order dunia antarabangsa kontemporari"






Wednesday, 19 October 2016

BERSIH TIDAK RELEVAN DI PAHANG


Keghairahan BERSIH 5.0 untuk menapak dan mengembangkan pengaruhnya di Pahang hanyalah bersifat propaganda sahaja.Pahang yang kini dikatakan bakal menerima kunjungan BERSIH 5.0 pada 22hb November ini bemula dari Kemaman Terengganu yang bersepadan dengan Pahang dan seterusnya akan ke Pekan Bandar DiRaja.


Apa yang agak menjengkelkan ialah kebiadapan pencinta BERSIH 5.0 memilih tarikh 24hb October bersamaan dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.Barangkali memang sengaja memilih tarikh ini kerana ingin menimbulkan ketegangan keresahan dikalangan rakyat Pahang.

Sebenarnya mereka yang terlibat dengan BERSIH seperti mana sudah diketahui adalah terdiri daripada pihak pembangkang yang menggunakan NGO sebagai helah demi kepentingan politik.

Jika dilihat senario di Pahang apa yang mereka perjuangkan sejak dahulu seperti isu Lynas mendedahkan tembelang pembangkang yang hanya meraih  political mileage pemimpin pembangkang.

Sayang sekali penyokong dan pemimpin Anti Lynas yang majoritinya adalah berketurunan Cina berjaya mempengaruhi golongan Melayu terutama di bandar.

Akibat kempen Anti Lynas,ramai dikalangan Melayu yang mempunya tanah di sekitar Gebeng Kuantan telah menjual tanah mereka dengan harga yang sangat rendah.Kesempatan ini diraih oleh golongan peniaga Cina yang membeli tanah dengan harga murah.

Ternyata sehingga sekarang tiada kesan tidak baik yang dicanangkan oleh mereka yang Anti Lynas yang sehingga kini menyediakan beribu peluang kepada anak Melayu termasuk golongan profesional.


Pembangkang di Pahang memerlukan momentum bagi menjamin kelangsungan mereka dalam politik di Pahang sebagaimana PRU 13 yang terkesan dengan isu nasional kerana mereka kini semakin ketandusan isu tempatan  untuk dimainkan.

Jika pilihanraya tidak adil dan bersih sepertimana yang di perjuangkan oleh NGO yang di dalangi pembangkang bagaimanakah 12 kerusi dari 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang telah dimenangi pembangkang pada PRU 13..?







Friday, 11 September 2015

KISAH SEDUYUN KELIP KELIP ,BAJU KUNING DAN BAJU MERAH


Tubuhnya tidaklah besar seperti gorila,kecil sahaja.Maklumlah spesis kumbang yang terbang bermusim di malam hari..kalau kelip kelip muncul di siang hari itu maknanya kelip kelip gila la tu.Ribuan kelip kelip mahunya bertenggek di pohon berembang sepanjang likuan sungai.Namun usianya tidaklah lama,2 atau 3 bulan berakhirlah keangkuhan si kelip-kelip.


Semalam,manusia berbaju kuning berhimpun lagi,.Datangnya berduyun duyun tapi spesis yang sama berkulit cerah bermata sepet.Tubuhnya kecil sahaja tapi nafsunya kelihatan setinggi Menara Taipei.Ada dikalangan baju kuning membawa bersama penyapu.Kata mereka Jalan Tunku Abd Rahman ini kotor sekali maka perlu di bersihkan.

Tapi manusia berbaju kuning itu bermulut besar...ada orang kata mulut lembik mungkin kerana kuat makan itek cucuk leher.Sambil membawa penyapu,didalam fikiran masing2 terbayangkan kegemilangan Chin Peng memegang senapang dan bukan penyapu.

Esok...akan ada pula mereka segerombolan manusia berbaju merah yang lupa bertanjak dan berkeris.Kulit sawa matang ,cuma fikiran yang kurang matang.Menyusuri Petaling Street dan Bukit Bintang dengan bermodalkan suara tapi sayang hanya bertandang.

Siapakah empunya gudang..baju merah jaga di gudang.Siapakah empunnya ladang..baju merah hanya buruh di ladang..Siapakah empunya kilang..baju merah hanya operator yg malang.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini sama sahaja.Gahnya hanya pada terang ketika berduyun duyun..bila terpisah hilang dibawa malam.

Si kelip-kelip,si baju kuning dan si baju merah ini,datangnya bermusim.Hanya  menjadi tontonan pada waktu-waktu tertentu.Mana mungkin sepanjang tahun angkuh bercahaya...tiba waktu siang menjelma bersembunyi di balik pohon berembang.



Thursday, 27 August 2015

#BERSIH4.0 MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Tiada sebarang sekatan kepada mereka yang ingin menyuarakan pendapat selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini tetapi ianya perlulah juga mengambil kira ketenteraman awam.

Perhimpunan BERSIH4.0 tidak mendapat kelulusan/permit dari pihak DBKL begitu juga PDRM yang ingin mengadakan perhimpunan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka yang dalam persiapan Hari Kebangsaan ke 58.

Perhimpunan BERSIH sejak dari mula menyasarkan kawasan perniagaan orang Melayu terutama Jalan Tuanku Abd Rahman yang terjejas teruk.Berikut beberapa angka yang diberikan untuk menganggarkan kerugian yang dialami akibat tindakan tidak bertanggungjawab penganjur BERSIH.

  1. Pihak KDN menanggung kerugian sebanyak RM 1.8 juta setiap kali perhimpunan BERSIH diadakan bermula dari perhimpunan BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
  2. BERSIH 4.0 akan diadakan selama dua hari dan ini bermakna kerugian yang bakal ditanggung oleh KDN dianggarkan berjumlah RM 3.6 juta.
  3. Seramai 15,000 orang anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal perhimpunan BERSIH.
  4. Punca pendapatan pemandu teksi seramai 36,000 orang juga akan terjejas akibat kesesakan lalu lintas serta keengganan pengguna teksi untuk keluar akibat bimbang faktor keselamatan.Anggaran kerugian pemandu teksi di KL adalah RM 5.4 juta  sehari dan jika BERSIH 4.0 ini diadakan selama dua hari bermakna kerugian dijangkakan RM 10.8 juta.
  5. Disekitar Kuala Lumpur dianggarkan ada 6,000 gerai yang  anggaran keuntungan gerai RM 1,000 - 50,000 sehari setiap gerai.Bayangkan jika mereka terpaksa menutup perniagaan selama dua hari.
  6. Terdapat 15 pusat membeli belah yang akan mengalami kerugian sepanjang perhimpunan diadakan.
  7. Sewaktu BERSIH 3.0 Plaza Sg Wang mengalami kemerosotan jualan 30% manakala SOGO, Low Yat, Starhill dan Lot 10 mengalami kemerosotan jualan sehingga 50%.Manakala Pasar Seni ditutup sepanjang hari.Petaling Street pula 80% peniaga menutup perniagaan manakala di KLCC perniagaan lambat dibuka dan ada juga yang menutup perniagaan.
  8. Kira kira 38 stesyen Televisyen diseluruh dunia akan memberikan liputan sepanjang setiap kali BERSIH diadakan dan jelaslah ini akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.
  9. Akibat dari itu sektor pelancungan akan turut terjejas dimana 44 pejabat pelancungan Malaysia di serata dunia terpaksa menggandakan usaha meyakinkan pelancung untuk datang ke Malaysia.
  10. Sektor pelancungan di Malaysia secara puratanya menyumbang sekitar RM 4.85billion sebulan,RM1.21billion seminggu,RM 173.51 juta sehari dan RM 7.23 juta sejam.Anggaran kerugian akibat penganjuran BERSIH selama dua hari ialah sekitar RM 1.21 billion.
  11. Hal ini disebabkan dalam tempoh satu minggu pelancung asing tidak akan datang melawat negara ini dan adakalanya  ianya lebih lama dari tempoh seminggu bergantung kepada keyakinan pelancung seperti yang berlaku di Bangkok sewaktu demontrasi berlaku di sana.
  12. Sekitar 600 hotel di Kuala Lumpur akan turut mengalami kerugian akibat dari perhimpunan BERSIH.
  13. Bagi pengguna jalanraya di Kuala Lumpur yang populasinya seramai 1.7 juta orang akan menghadapi kesesakan jalanraya yang teruk.
  14. Yang paling membimbangkan BERSIH ditaja oleh National Demokratic Institute(NDI),Open Society Institute(OSI) dan National Endowment Democracy (NED).3 badan penaja ini merupakan istitusi barat yang merbahaya yang meracuni pemikiran rakyat dalam menaja demontrasi diseluruh dunia yang menyebabkan kehilangan ribuan nyawa demi mencapai agenda pihak tertentu.
Jelaslah kepada kita bahawa perhimpunan BERSIH ini hanya mendatangkan keburukan kepada negara dan tidak mendatangkan apa apa faedah melainkan kepada pihak pembangkang yang gemar menghuru harakan negara.

Apakah dengan nama perhimpunan aman BERSIH ini diberi jaminan oleh penganjur akan berlangsung dalam suasana aman damai.?Sejarah menunjukkan BERSIH sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka melainkan hanya untuk mencapai agenda politik pembangkang .




#BERSIH4.0 JANGAN BIARKAN MELAYU DIBANGSATKAN DAP


Menuju ke tarikh 31hb Ogos kita ingin sekali meraikan Hari Kebangsaan ke 58.Tema #SehatiSejiwa dipilih sebagai memupuk semangat perpaduan melalui Hari Kebangsaan.Namun hasrat kerajaan seringkali di gagalkan dengan tindakan pembangkang di Malaysia yang sama sekali tidak mencerminkan kematangan berpolitik.

#BERSIH4.0 hadir lagi selepas penganjuran acara sebegini selepas diadakan berkali kali sebelum ini.Malangnya ianya diadakan begitu hampir dengan tarikh Hari Kebangsaan seolah oleh ingin mengambil kesempatan .

Hanya orang tidak berakal sahaja melihat BERSIH 4.0 adalah anjuran NGO yang kononnya menjadi wira dalam memperjuangkan ketelusan Pilihanraya di Malaysia.Dengan  pelbagai dakwaan penipuan  dan manipulasi kerajaan.


Apakah 89 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang dari keseluruhan 222 kerusi Parlimen tidak sah?Adakah Azmin Ali,Lim Kit Siang dan Mohd Amar Nik Abdullah yang mengepalai 3 negeri di Malaysia memenangi PRU secara tidak adil?

#Bersih 4.0 hanyalah propaganda berterusan bagi mengekalkan momentum kebencian kepada kerajaan.Tiada demontrasi bermakna pembangkang akan semakin lesu dan kelihatan tempang.Ceramah ceramah politik tidak lagi mendapat sambutan yang hanya dihadiri oleh kerusi kerusi bukan lagi rakyat marhaen.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...