ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 12 November 2015

MUSLIHAT NGO MENANGGUK DI AIR KEROH,TIADA AKTIVITI PEMBALAKAN DI HUTAN LIPUR LENTANG -PENGARAH HUTAN PHG


Banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam mendapat liputan pelbagai pihak dan seperti kelaziman antara mereka yang cuba menjadi juara sebuah NGO alam sekitar yang mendakwa aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lentang punca kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh sehingga menyebabkan jalanraya menghubungkan Karak-Kuala Lumpur ditutup sementara semalam.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Pahang, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata tiada aktiviti pembalakan sedang dijalankan di kawasan itu termasuk bagi projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.

selanjutnya sila klik

        ggokan kayu dan pokok, Jabatan Perhutanan Pahang berkata kayu
 itu tidak mungkin balak kerana belum dipotong.
Namun apa yang sangat dikesalkan tindakan sebuah NGO dan aktivis alam sekitar dengan pantas membuat kesimpulan bahawa berlaku pembalakan dikawasan  Hutan Lipur Lentang sebagai punca kejadian banjir lumpur.

Mungkin kerana terlalu inginkan publisiti murahan,pihak kerajaan Negeri Pahang menjadi sasaran mudah untuk dipersalahkan.Mungkin tidak ramai yang tahu NGO yang kononnya menjaga Khazanah Alam ini dipengerusikan oleh individu yang mendapat keuntungan besar dari keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang menjaga alam sekitar.

Mana mungkin resort beliau dapat dibina dan maju sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pecinta alam khususnya alam semulajadi jika tiada keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang menguruskan kawasan hutan di negeri Pahang.

Apa yang peliknya manusia begini yang kaya raya hasil dari keindahan alam semulajadi di Negeri Pahang mengkritik Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau yang juga terlibat dengan sebuah NGO yang mewakili pemain industri pelancongan di Malaysia tanpa segan silu memohon bantuan Kerajaan Negeri bagi membiayai program NGO tersebut tetapi dalam masa yang sama menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang dalam banyak isu berkaitan alam sekitar.

Manusia seperti ini juga hanya mencari keuntungan peribadi dan perniagaan.Isu alam sekitar hanyalah sebagai alasan mereka menghalalkan cara bagaimana mereka mencipta kemewahan .

Apakah resort beliau yang dibina tanpa menebang sebatang pokok pun?Siapa yang lebih bijak mengekploitasi kekayaan hutan untuk diri sendiri ataupun untuk rakyat marhaen?

Cuba tanya berapa harga untuk menginap dan menikmati khazanah hutan di resort belaiu yang terletak di Pahang...yang pastinya ianya hanya mampu didiami oleh VVIP yang bertaraf hotel 5 bintang.

Sekalipun ada aktiviti pembalakan di Negeri Pahang ianya dinikmati oleh berpuluh ribu rakyat Pahang khususnya pelajar yang menerima biasiswa Yayasan Pahang.

KHALID G BAKAL PENCEN AWAL AZMIN TAK LAYAN AMANAH


Menyedari jangkahayat beliau sebagai Ahli Parlimen Shah Alam semakin kabur,Khalid G dalam keterpaksaan cuba mengatur pertemuan dengan Azmin Ali MB Selangor.Niatnya mudah dibaca hanyalah untuk memujuk Azmin agar AMANAH dan Kerajaan Selangor mempunyai perjanjian persefahaman khusus menentukan calon-calob PRU 14 termasuk diri Khalid G.

Namun MB Selangor mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berbincang secara lebih mendalam hari ini sekadar melepaskan kentut ditangga.Sekadar kunjungan hormat beberapa pemimpin AMANAH seperti Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir,Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid G sendiri.

Mungkin dengan menggunakan alasan kesibukan ketika Sidang DUN Negeri Selangor yang sedang berlangsung Azmin mampu memberikan alasan pertemuan singkat yang hanya diklasifikasikan sebagai kunjungan hormat sahaja sambil makan karipap dan mungkin juga makan  Aiskrim bersama rombongan AMANAH.

DAP pastinya mahu melihat AMANAH yang melakukan gerakkerja meyakinkan Azmin perlunya Pakatan Harapan diiktiraf oleh Kerajaan Selangor memandangkan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR-DAP-PAS sudah berkubur.

Begitu juga sudah suara ada di kalangan perwakilan DAP sewaktu Konvesyen parti DAP baru-baru ini agar DAP tidak berselingkuh dengan perempuan simpanan di Selangor.DAP mahukan Kerajaan Selangor di bawah pimpinanan Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan sebagai isteri yang sah dan bekerjasama dengan dasar dasar bersama bukan berfoya-foya dengan perempuan simpanan seperti PAS.

Pastinya perempuan simpanan yang dimaksudkan oleh DAP ialah PAS yang berada didalam kerajaan Negeri Selangor menerusi tiga ADUN PAS yang diberi jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid G pastinya tidak senang duduk tak senang berdiri sekarang memandangkan DAP sudah awal awal lagi membayangkan akan bertanding di 8 kawasan yang ditandingi PAS.AMANAAH pastinya mahu pertandingan 3 penjuru dielakkan kerana beberapa pemimpin AMANAH seperti Khalid G pasti turut terjejas.

Walaupun Shah Alam tidak termasuk didalam kawasan yang bakal ditandingi DAP namun Khalid G pastinya mahu Azmin menggunakan untuk memujuk PAS agar membiarkan hanya pertandingan dua penjuru antara beliau sebagai calon AMANAH dengan calon BN dan bukan calon 3 penjuru antara PAS ,AMANAH dan BN.

Antara 8 kawasan yang akan menyaksikan DAP meletakkan calon di Selangor adalah Kerusi-kerusi Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Khalid G tidak mahu pencen awal..lebih baik usaha melobi Azmin dilakukan sekarang kerana yang pastinya nama beliau bukan lagi calon PAS di Shah Alam.Beliau pasti tumbang di Shah Alam jika PAS tidak dijinakkan oleh Azmin..Khalid kena belanja Azmin makan Aiskrim supaya Azmin mudah lembut hati jika ada yang belanja makan Aiskrim..













Wednesday, 11 November 2015

ANCAMAN BUNUH ISTERI HUSAM, POLITIK MAFIA PEMBANGKANG YG MENAKUTKAN


Nampaknya warna-warni politik di Malaysia bukan sekadar kritikan,cemuhan dan fitnah tetapi lebih dari itu.Jika kehadiran pembangkang di Malaysia untuk menyuburkan demokrasi tentunya ianya amat di alu-alukan namun demi kelangsungan politik manusia sanggup melakukan apa sahaja.

Terkini seperti yang dimaklumkan oleh Salehudin Puduraya,isteri Husam Kambing menerima ancaman bunuh melalui SMS dua hari lalu dan laopran polis sudah dibuat pada hari yang sama.Walaupun begitu beliau tidak menuduh mana mana pihak yang terbabit.


Salehudin Puduraya juga mendakwa beliau turut menjadi sasaran pihak tertentu dengan menoreh tayar kereta beliau.Akibatnya kereta beliau hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal namun beliau tidak membuat laporan polis sebalinya berkata ianya hanyalah "kerja budak-budak nakal".

Politik Malaysia semenjak kebelakangan ini semakin menjadi carca marba yang berpaksikan ketamakan ingin memegang tampuk kuasa.Beginikah kematangan berpolitik ciptaan pembangkang,era reformasi menyaksikan bagaimana nilai-nilai extremis berjaya disemai oleh ANUwar melalui PKR ,dibaja oleh DAP dan di siram oleh PAS.

Walaupun dalam sejarah politik di Malaysia mungkin ada berlaku beberapa peristiwa jenayah yang melibatkan ahli politik namun ianya tidak melibatkan penyokong parti yang taksub membabi buta.

Realitinya kini pohon politik ektremis mula membuahkan hasil.Rakyat yang diracuni dengan dakyah parti pembangkang berorentasikan kebencian mudah membuat keputusan dangkal.

Apa yang lebih mendukacitakan sanggup membelakangkan undang-undang demi mempertahankan apa yang mereka percaya dan bukannya apa yang benar untuk dipercayai.

 .


MENGINTAI GADIS SAMBIL MELANCAP PELAJAR KOLEJ DITAHAN POLIS


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melakukan onani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lepas, berjaya ditahan polis, Isnin malam.

Perbuatan tidak senonoh pelajar kolej berusia 19 tahun yang dirakam dalam keadaan berbogel oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, kemudian dimuat naik ke laman sosial serta menjadi 'viral'.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata hasil siasatan, remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam.


"Soal siasat ke atas suspek dilakukan dan dia mengakui melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Khairuldin berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa.


TERIMA 6 JAHITAN DI BIBIR VAPE MELETOP


GOPENG: Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu. Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape. 

"Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi.


Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.

Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir. "Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka. Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya.

"Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta," katanya. Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup.

"Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan.

Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu. 



Tuesday, 10 November 2015

KELANTAN TAK SELAMAT DI BAWAH PAS- MAT SABU

Kebelakangan ini Kelantan menjadi tumpuan  Parti Amanah Negara (PAN) melebarkan sayapnya.Ini dibuktikan dengan kempen berterusan Amanah melalui Presidennnya Mat Sabu.


Mat Sabu mungkin merasakan Kelantan bakal menjadi tempat untuk AMANAH bertapak memandangkan keahlian paling banyak sewaktu pelancaran AMANAH di Shah Alam  adalah dari negeri Kelantan diikuti Johor dan Selangor.

Kesediaan AMANAH menggantikan PAS di Kelantan menurut Mat Sabu adalah untuk menyelamatkan Kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau berkata demikian selepas berceramah di Padang Pasir Embun di Pasir Mas Kelantan semalam.

Nampaknya Mat Sabu merasakan Kelantan sudah tidak selamat dibawah Kerajaan PAS pimpinan Nik Amar .

Keyakinan tinggi Mat Sabu mungkin kerana PAS dilihat sudah hilang sentuhan semenjak ketiadaan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.Ini dapat dilihat dengan serangan berterusan Husam Kambing ADUN Salor yang merupakan ayam laga AMANAH bagi melemahkan kerajaan PAS pimpinan Nk Amar.

DAP pastinya tersenyum melihat kesungguhan AMANAH untuk memecah dominasi PAS di Kelantan.Tugas DAP semakin diringankan kerana semuanya akan disandarkan di atas bahu AMANAH yang rela menjadi balaci yang setia hanya kerana kemaruk kuasa.

Tapi mampukan Mat Sabu selaku bekas Naib Presiden PAS sewaktu PRU 13 mendapat sokongan dan dokongan kuat dari jentera parti Pakatan Rakyat tetapi tewas di tangan Otman bin Abdul dengan majoriti 2,638 undi.

Apakah parti AMANAH yang hanya setahun jagung mampu menawan Kelantan tanpa sokongan jentera PAS yang lebih efisyen dan berpengalaman dalam pilihanraya?

Mat Sabu dan Mat Jenin tak banyak bezanya....



Saturday, 7 November 2015

SUAMI CURANG DIHADIAHKAN TAHI KUDA


PEMBALASAN dendam yang terindah. Mungkin itu yang dirasai oleh Amanda Chatel, 35, apabila suaminya yang juga seorang pemuzik dari Perancis telah berlaku curang dengan seorang gadis berusia 20 tahun.

Amanda, yang merupakan seorang penulis bebas dari New York sebelum itu dikejutkan dengan puisi yang dihantar oleh gadis berkenaan kepadanya yang menggambarkan Amanda sebagai `perosak jiwa’ suaminya.

Marah dengan perbuatan itu, Amanda kemudiannya mencari di Google akan `hadiah’ yang sesuai untuk diberikan kepada suami dan kekasihnya itu yang kini sudah menetap di Perancis.

Dia menemui laman web S***express, iaitu laman web yang membantu untuk merosakkan hari seseorang dengan penghantaran najis di depan pintu rumah mereka.

Amanda kemudiannya menempah kotak-kotak kecil bungkusan mengandungi najis kuda untuk dihantar ke depan pintu rumah suaminya.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui reaksi suami dan kekasihnya sebaik sahaja mereka menerima bungkusan terbabit.

“Biarpun ia merupakan perbuatan tidak matang, tetapi adakah mereka patut mendapatnya? Sudah tentu!’’ katanya.  

POLIS DAN SKMM SERBU MELOYAKINI..MANA MAHU LARI


Hari ini bukanlah Hari Ini Dalam Sejarah buat Meloyakini yang diserbu oleh SKMM dan polis ekoran aduan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara kerana yang pasti ianya bukanlah yang pertama kali.

Meloyakini yang sudah lama dikenali sebagai kilang fitnah dan menjadi pengesport utama produk-produk yang berkaitan fitnah di dalam dan luar negara dikunjungi sekumpulan 10 orang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan anggota polis jam 5 petang semalam.

Serbuan yang dilakukan berdasarkan laporan yang mendedahkan seorang pendakwa raya SPRM telah dipindahkan secara mengejut selepas terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting.

Portal Meloyakini sering menjadi kitab suci anutan pembangkang di Malaysia.Ianya seperti menjadi rujukan no wahid kononnya laporan dan berita itu wahyu yang tidak boleh dipertikaikan.

Namun sekalipun ianya di dakwa dan didapati bersalah di mahkamah,tidak akan menjejaskan kewibawaan Meloyakini yang sudah sebati dengan ramuan fitnah yang sering menjadi hidangan ahli pembangkang di Malaysia.

Antara lain laporan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara ialah laporan Meloyakini yang dibuat"secara niat jahat dan merosakkan nama baik peguam negara".

Berikutan itu siasatan telah dijalankan keatas portal berkenaan dan sebuah komputer telah dirampas,mengenal pasti pengarang terbabit dan mengambil kenyataan menikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Bukan perkara yang mustahil serbuan SKMM dan polis ke atas Meloyakini akan mendapat reaksi dari sekutu-sekutu mereka yang bersimpati dengan perjuangan pembangkang Malaysia.

Kerajaan zalim,tiada kebebasan media,usaha menakutkan media melaporkan kebobrokan ,penyalahgunaan kuasa ,menyekat kebebasan dan hak asasi.

Meloyakini tetap menjadi dewa berita,menggali lubang perkauman sedalam dalamnya untuk semua rakyat Malaysia.Mereka bertepok tangan di atas melihat betapa rakyat Malaysia bersengketa sesama sendiri.

Dan yang menguntungkan ialah ahli politik pembangkang di Malaysia yang menuai hasil dari jualan terlajak laris yang dijalankan oleh dewa berita tohmah dan fitnah...Meloyakini.




SAYA HANYA GURAU - ADUN DAP SEKINCHAN TUKAR NAMA DAN PERTIKAI TANAH RIZAB MELAYU


Tindakan ADUN DAP Sekinchan yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim mencadangkan agar nama Kampung Bagan Nahkhoda Omar di tukar kepada nama Cina dengan alasan 100 peratus penduduk di situ berbangsa Cina menggambarkan sikap rasis yang menebal pemimpin DAP

Beliau juga mempersoalkan tentang kewajaran Kampung Bagan Nahkhoda Omar yang berstatatus Tanah Rezab Melayu sedangkan penghuninya 100 % Cina.

Namun setelah mendapat respon dari ramai pihak yang kurang senang dengan cadangan tersebut beliau akhirnya berkata 

"saya hanya bergurau...MB Azmin Ali juga tahu yang saya suka bergurau..."

Mentaliti peminpin pembangkang kebanyakan serupa..mengeluarkan kenyataan yang kontroversi dan populis.Apabila merasakan ianya sukar dikawal dengan mudah menganggap ianya satu lelucon.

Sambil dengan nada sinis menyatakan perlu ditukar kepada Kg Bagan Nahkhoda Chong kerana tidak mahu dikaitkan dengan Ahli Parlimen Tanjong Karang Dato'Seri Noh Omar.

Mungkin tabiat Rafizi Si Sotong Masak Tepong telah berjangkit kepada pemimpin DAP.


Friday, 6 November 2015

DEDAH HADI MAHU BENTUK KERAJAAN PERPADUAN DI SELANGOR,KENAPA HUSAM KAMBING MEROYAN..?


Husam Kambing semalam mendedahkan adanya usaha dilakukan oleh Hadi Presiden PAS untuk bekerjasama dengan UMNO sewaktu berlaku kemelut perlantikan MB Selangor tahun lepas.

Hadi seperti didakwa telah menghubungi beberapa ADUN PKR untuk menyertai PAS dan bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Husam Kambing yang semakin tenggelam dalam politik arus perdana...sepertimana orang yang lemas di sungai kini mencari ranting untuk berpaut.Menyerang Hj Hadi sebagai mencari populariti.

Daripada terus tenggelam Husam Kambing memilih untuk berpaut kepada apa sahaja sekalipun tahi yang terapung di sungai daripada terus tenggelam .Beliau menyalahkan Hadi yang antara punca manusia sepertinya tercampak keluar sepertimana Mat Sabu.

Masih ada rupanya umat Melayu yang bencikan perpaduan demi politik sempit seprtimana Husam Kambing.Beliau dengan secara terang menyatakan antara punca penubuhan parti Amanah adalah kerana kecenderungan Hadi yang ingin bekerjasama dengan UMNO .

Patutlah kedudukan beliau sebagai Naib Presiden PAS tidak bertahan lama.Semenjak ketiadaan Nik Aziz ,beliau hilang taring,tiada siapa peduli apatah lagi kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di bawah MB Kelantan yang baru Mohamad Amar Nik Abdullah.

Cuma apa yang mahu dilihat oleh umat Melayu Islam di Malaysia ialah pemimpin yang berjiwa besar yang sanggup mengenepikan kepentingan politik demi memastikan survival Melayu Islam terus dipertahankan.

Namun jika masih ada manusia seperti Husam Kambing yang menganggap penyatuan pemimpin dua parti Melayu iaitu UMNO dan PAS sebagai satu dosa besar,adalah sesuatu yang agak mustahil penyatuan umat Melayu Islam ini bakal terlaksana.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...