ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Amanah
Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Saturday, 2 January 2016

PAS TERIMA TAMPARAN ANAK NIK AZIZ LOMPAT KE AMANAH


Masih relevankah pepatah Melayu menyebut kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..?.Barangkali ada juga kuah yang tertumpah ke lantai.

Sejak penubuhan Gerakan Harapan Baru yang menjadi platform awal kepada mereka yang kecewa dan tewas dalam pemilihan PAS,nama Nik Omar Nik Aziz  sering di kaitkan.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari empunya diri namun ianya bertiup kencang bahawa Nik Omar anak Nik Aziz telah menyertai GHB dan kemarin diberitakan nama beliau telah diumumkan menyertai Parti Amanah Negara(PAN).

Nama beliau disebut telah menyertai AMANAH dalam satu majlis Makan Malam AMANAH yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan

Cuma beliau tidak hadir atas alasan untuk menghormati permintaan ibunya yang mungkin merasa tertekan maklum sahajalah seorang anak mewakili PAS(Nik Abduh) manakala seorang lagi AMANAH.

Apakah ini bermakna di dalam PAS semakin hilang pengaruh,cengkaman dan kawalan terhadap ahli yang dahulu memperjuangkan parti kini sudah hilang arah semenjak ketiadaaan Nik Aziz..?

Kekuatan AMANAH pula bergantung sejauh mana mereka dapat menarik ahli PAS terutama mereka yang berpengaruh untuk bersama dan bukan suatu yang mustahil jika AMANAH akan memberikan saingan kepada PAS dalam PRU 14 khuusnya di Kelantan kerana hanya dari situ mereka dapat mengukur populariti mereka.

Agenda DAP pastinya akan terlaksana dengan memberikan galakan dan sokongan kepada AMANAH dan dalam pada masa yang sama akan membuat serangan kepada PAS yang sudah diceraikan dengan talak tiga.

Husam Musa juga turut kelihatan dalam Majlis Makan Malam AMANAH Kelantan yang diadakan di Petaling Jaya itu.Mungkin sedang merisik-risik apakah beliau juga disambut dengan dulang emas  oleh AMANAH  kerana pada waktu ini beliau adalah manusia yang terbuang dalam hirarki syaf kepimpinan PAS .

PAS terus menerima tamparan demi tamparan dan pasti ianya bukan tamparan manja kerana lebamnya kelihatan jua.








Thursday, 12 November 2015

KHALID G BAKAL PENCEN AWAL AZMIN TAK LAYAN AMANAH


Menyedari jangkahayat beliau sebagai Ahli Parlimen Shah Alam semakin kabur,Khalid G dalam keterpaksaan cuba mengatur pertemuan dengan Azmin Ali MB Selangor.Niatnya mudah dibaca hanyalah untuk memujuk Azmin agar AMANAH dan Kerajaan Selangor mempunyai perjanjian persefahaman khusus menentukan calon-calob PRU 14 termasuk diri Khalid G.

Namun MB Selangor mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berbincang secara lebih mendalam hari ini sekadar melepaskan kentut ditangga.Sekadar kunjungan hormat beberapa pemimpin AMANAH seperti Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir,Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid G sendiri.

Mungkin dengan menggunakan alasan kesibukan ketika Sidang DUN Negeri Selangor yang sedang berlangsung Azmin mampu memberikan alasan pertemuan singkat yang hanya diklasifikasikan sebagai kunjungan hormat sahaja sambil makan karipap dan mungkin juga makan  Aiskrim bersama rombongan AMANAH.

DAP pastinya mahu melihat AMANAH yang melakukan gerakkerja meyakinkan Azmin perlunya Pakatan Harapan diiktiraf oleh Kerajaan Selangor memandangkan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR-DAP-PAS sudah berkubur.

Begitu juga sudah suara ada di kalangan perwakilan DAP sewaktu Konvesyen parti DAP baru-baru ini agar DAP tidak berselingkuh dengan perempuan simpanan di Selangor.DAP mahukan Kerajaan Selangor di bawah pimpinanan Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan sebagai isteri yang sah dan bekerjasama dengan dasar dasar bersama bukan berfoya-foya dengan perempuan simpanan seperti PAS.

Pastinya perempuan simpanan yang dimaksudkan oleh DAP ialah PAS yang berada didalam kerajaan Negeri Selangor menerusi tiga ADUN PAS yang diberi jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid G pastinya tidak senang duduk tak senang berdiri sekarang memandangkan DAP sudah awal awal lagi membayangkan akan bertanding di 8 kawasan yang ditandingi PAS.AMANAAH pastinya mahu pertandingan 3 penjuru dielakkan kerana beberapa pemimpin AMANAH seperti Khalid G pasti turut terjejas.

Walaupun Shah Alam tidak termasuk didalam kawasan yang bakal ditandingi DAP namun Khalid G pastinya mahu Azmin menggunakan untuk memujuk PAS agar membiarkan hanya pertandingan dua penjuru antara beliau sebagai calon AMANAH dengan calon BN dan bukan calon 3 penjuru antara PAS ,AMANAH dan BN.

Antara 8 kawasan yang akan menyaksikan DAP meletakkan calon di Selangor adalah Kerusi-kerusi Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Khalid G tidak mahu pencen awal..lebih baik usaha melobi Azmin dilakukan sekarang kerana yang pastinya nama beliau bukan lagi calon PAS di Shah Alam.Beliau pasti tumbang di Shah Alam jika PAS tidak dijinakkan oleh Azmin..Khalid kena belanja Azmin makan Aiskrim supaya Azmin mudah lembut hati jika ada yang belanja makan Aiskrim..













Tuesday, 10 November 2015

KELANTAN TAK SELAMAT DI BAWAH PAS- MAT SABU

Kebelakangan ini Kelantan menjadi tumpuan  Parti Amanah Negara (PAN) melebarkan sayapnya.Ini dibuktikan dengan kempen berterusan Amanah melalui Presidennnya Mat Sabu.


Mat Sabu mungkin merasakan Kelantan bakal menjadi tempat untuk AMANAH bertapak memandangkan keahlian paling banyak sewaktu pelancaran AMANAH di Shah Alam  adalah dari negeri Kelantan diikuti Johor dan Selangor.

Kesediaan AMANAH menggantikan PAS di Kelantan menurut Mat Sabu adalah untuk menyelamatkan Kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau berkata demikian selepas berceramah di Padang Pasir Embun di Pasir Mas Kelantan semalam.

Nampaknya Mat Sabu merasakan Kelantan sudah tidak selamat dibawah Kerajaan PAS pimpinan Nik Amar .

Keyakinan tinggi Mat Sabu mungkin kerana PAS dilihat sudah hilang sentuhan semenjak ketiadaan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.Ini dapat dilihat dengan serangan berterusan Husam Kambing ADUN Salor yang merupakan ayam laga AMANAH bagi melemahkan kerajaan PAS pimpinan Nk Amar.

DAP pastinya tersenyum melihat kesungguhan AMANAH untuk memecah dominasi PAS di Kelantan.Tugas DAP semakin diringankan kerana semuanya akan disandarkan di atas bahu AMANAH yang rela menjadi balaci yang setia hanya kerana kemaruk kuasa.

Tapi mampukan Mat Sabu selaku bekas Naib Presiden PAS sewaktu PRU 13 mendapat sokongan dan dokongan kuat dari jentera parti Pakatan Rakyat tetapi tewas di tangan Otman bin Abdul dengan majoriti 2,638 undi.

Apakah parti AMANAH yang hanya setahun jagung mampu menawan Kelantan tanpa sokongan jentera PAS yang lebih efisyen dan berpengalaman dalam pilihanraya?

Mat Sabu dan Mat Jenin tak banyak bezanya....



Friday, 9 October 2015

BENARKAH 10 WAKIL RAKYAT PAS KELANTAN LOMPAT KE AMANAH..?


KOTA BAHARU 8 Okt - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan. 

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lalu, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika melancarkan parti itu di Kota Baharu, pada 11 September. 

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan itu dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi. 

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri ini. 

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat PAS Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah, kata Kamarul Zaman. 

"Sebaliknya, wakil rakyat PAS Kelantan yang keluar daripada PAS inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang. 

"Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya. 

Ditanya mengenai tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan. 

"Saya lihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat PAS Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada PAS. 

"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah menang hinggalah beliau bertanding di atas tiket PAS, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya. 

PAS menguasai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. 

Kamarul Zaman berkata, jika benar tujuh ADUN PAS melompat parti dan menyertai Amanah, PAS Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa. 

"Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama tujuh ADUN berkenaan benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.

"Pada masa sama, kemungkinan untuk tujuh ADUN PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya.

Friday, 11 September 2015

SAH...!.AHLI PARLIMEN PAS KELANTAN MELOMPAT PARTI SERTAI PKR


PAS hari ini menerima satu lagi tamparan bila Ahli Parlimen Tumpat Kelantan Kamaruddin Jaafar.Kemasukan beliau kedalam PKR diumukan oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Turut sama melompat parti ialah Muhammad Muhd Taib yang sebelum mengejutkan ramai pihak dengan penyertaan beliau dalam parti PAS.Adengan lompat melompat ini memang sudah dijangka kerana perkembangan mutakhir Pakatan Rakyat yang dilanda pelbagai masalah.

Pada pengumuman tersebut pastinya perhatian turut tertumpu kepada Khalid Samad yang hadir walaupun Kamarudin Jaafar pada awalnya dijangka akan menyertai Amanah tapi jangkaan meleset kerana beliau antara yang terlibat dalam gerakan menubuhkan Amanah .

Kamarudin Jaafar melengkapkan adengan melompat dengan menyertai UMNO pada awal pembabitannya dalam politik.Sudah diketahui umum bahawa beliau merupakan mereka yang dilabel sebagai golongan "Anwarinas"sewaktu berada di dalam PAS.

Pembabitan awal karier beliau di dalam ABIM dan Yayasan Anda Akademik sewaktu di Universiti Malaya .Bermula dari itu beliau sama sama menyertai UMNO dan pernah bertanding di Tumpat atas tiket UMNO pada tahun 1995 tetapi tewas kepada calon PAS.

Pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Seisi 1983-1987,Ketua Pemuda UMNO Kelantan,Exco Pemuda UMNO Malaysia,Ketua UMNO Bahagian Tumpat.Manakala pembabitan beliau didalam PAS pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PAS,AJK Badan Perhubungan PAS Kelantan dan AJK PAS Pusat.

Bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah berkhidmat sebagaiPenolong Setiausaha Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Menjadi MP Tumpat selama 4 penggal atas tiket PAS setelah dipecat dari UMNO ekoran pembabitan beliau dalam gerakan Anwar Ibrahim pada tahun 1999 dan tersenarai dalam 12 orang yang telah ditahan dibawah ISA ekoran gerakan Reformasi pada waktu itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...