ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: FIFA
Showing posts with label FIFA. Show all posts
Showing posts with label FIFA. Show all posts

Tuesday, 10 January 2017

ANTARA AKU ,MOHD FAIZ SUBRI DAN BOLASEPAK


Peminat bolasepak senatero dunia hari ini meriah dengan memperkatakan kehebatan anak Melayu yang bernama Mohd Faiz Subri dari Malaysia yang telah menerima pengiktirafan bertaraf bolasepak dunia dengan memenangi 2016 Puskas award for goal of the year at FIFA'

Nama Mohd Faiz Subri kini sebaris dengan pemain ternama bolasepak dunia seperti Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013) and James Rodriguez (2014).

Tahniah aku ucapkan sebagai anak Melayu yang berasal dari Malaysia kerana bolasepak memang menjadi sukan kegilaan di negara ini.Tumpang bangga kerana aku mempunyai sedikit persamaan yang mungkin juga anda diluar sana.

Barangkali diantara kita cuma bukan berada ditempat dan waktu yang betul.Sebagai pemain bolasepak aku juga boleh menilai tapi tidaklah sehebat penilaian FIFA dan jika anda seorang pemain bolasepak pastinya akan menganggukkan leher tanda setuju tentang apa yang aku perkatakan.

Penilaian dibuat dari gol yang dijaringkan dengan pelbagai teori seperti melawan hukum fizik biologi dan kimia pada jarak 25 meter melalui sepakan percuma.

Sebenarnya ramai yang telah melakukannya termasuk pemain amatur dan ala ala kampung boy seperti aku cuma malangnya jaringan kami ni tidak dpat di nilai kerana tiada liputan.

Dikampung mana ada penonton,kalau adapun seorang dua Tok Empat atau Pak Haji yang on the way nak ke masjid singgah sebentar di padang awam .Apatah lagi dirakam melalui video yang dapat diviralkan  seterusnya menarik perhatian seluruh dunia.

Aku sendiri pernah menjaringkan gol pada jarak lebih jauh dari 25 meter malahan ada yang setengah padang bola dan menariknya bukan dalam keadaan bola mati atau sepakan percuma.

Lebih dari banana kick..papaya kick pun ramai yang dah melakukannya. Bola yang kami gunakan juga bulat  sama seperti Mohd Faiz Subri gunakan tetapi yelah,seperti yang aku katakan tadi,anugerah yang aku terima hanyalah dibelanja minum teh tarik Kedai Kopi Janda anak satu dihujung kampung selepas tamat permainan.

Jangan pula ada yang berkata aku ingin merendah rendahkan kemampuan Mohd Faiz Subri,sekadar berkongsi pengalaman sebagai pemain kampung yang juga meminati bolasepak.

Cuma penantian kita nanti,apakah kesudahan Mohd Faiz Subri adakah sekadar mewakili P.Pinang di Liga Malaysia sahaja. Pencapaian skuad bolasepak di Malaysia sebenarnya boleh maju kehadapan tetapi arahnya kini seakan semakin melencong seperti mana tendangan Mohd Faiz Subri .

Beribu gol pun yang dijaringkan dengan gaya sepakan Mohd Faiz Subri,apakah akan mengubah landskap dan senario bolasepak di Malaysia...?

Apakah impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Malaysia layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia hanyalah angan angan  Mat Jenin..?
Skuad bolasepak negara Malaysia seharusnya menjadi keutamaan dan kayu pengukur kemajuan bolasepak di Malaysia.

Ramai yang meletakkan kemajuan bolasepak negara ditangan FAM.Aku setuju tapi bukanlah seratus peratus tapi semua pihak peminat,pemain ,NGO,kerajaan memainkan peranan masing-masing.



P/S ~ Petang ni rasa nak turun main bolasepak tapi lupa but bolasepak aku letak kat mane ye..tikus bawa lari agaknye..









Friday, 19 September 2014

Ranking FIFA: Malaysia Berada Di Kedudukan 154 Dunia


KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia bagi September tidak terjejas walaupun tewas 0-2 kepada Indonesia dalam aksi persahabatan di Surabaya, Indonesia pada Ahad lepas.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh meningkat ke kedudukan ke-154 dunia berbanding tempat ke-155 dunia pada Ogos.

Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Kyrgyzstan (151), Guyana (153) dan Puerto Rico yang berada pada ranking ke-157 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Filipina (134), Vietnam (142), Myanmar (143) dan Singapura (149).

Di peringkat Asia, Malaysia bagaimanapun naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-28 daripada 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,765 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,631 mata.

Wakil Amerika Selatan, Colombia yang sebelum ini berada di tangga keempat, merampas tangga ketiga daripada Belanda selepas mengumpul 1,488 mata.

Belanda turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dengan kutipan 1,456 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...