ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Cameron Highland
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Friday, 4 December 2015

SEDIA TERIMA CADANGAN UMUM BAGI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH CAMERON HIGHLAND


3/12/2015 Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengalu-alukan penyertaan orang awam dalam merangka Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland.

"Cadangan pembangunan mengikut blok-blok tertentu beserta juga mekanisma kawalan pembangunan adalah asas Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland.Kepakaran yang ada didalam Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk membuat draf tersebut."

"Setiap kelulusan tanah oleh Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil kira Draf Rancangan Tempatan namun ada masa-masa tertentu mungkin dipinda mengikut kesesuaian.Hari ini orang awam didedahkan untuk memberikan pandangan dan kritikan atau membuat cadangan balas"

"Penduduk Cameron Highland seharusnya mengambil peluang iniuntuk memberikan pandangan apa yang mereka fikirkan untuk sebelum keputusan akhir dibuat untuk Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland",demikian dinyatakan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Yaakob ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland 20130(Penggantian) di Century Pines Resort di sini.

Turut hadir di majlis tersebut YBHG Datin Paduka Dr.Dahlia binti Rosly,Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia,Exco Kerajaan Negeri Pahang,kepimpinan serta masyarakat di Cameron Highland.


Thursday, 3 December 2015

PERMOHONAN TANAH PEKEBUN KECIL CAMERON HIGHLAND AKAN DIPROSES ATAS DASAR KEMANUSIAN- MB PAHANG


2/12/2015 - Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang bersedia membantu pekebun-pekebun kecil di sekitar Cameron Highland yang terjejas pendapatan mereka semenjak setahun lepas.Kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highland menyebabkan Kerajaan Negeri dengan bantuan kerajaan Persekutuan telah melakukan beberapa langkah penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pencerobohan tanah haram .

Tindakan penguatkuasaan yang ketat dilakukan bagi tujuan mendidik pekebun-pekebun supaya lebih bertanggungjawab tidak meneroka tanah sesuka hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Tempoh setahun yang diberikan kepada pekebun-pekebun sayur telah menyebabkan pendapatan pekebun-pekebun kecil terjejas dan menderita kerana hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupan..Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,pertolongan harus diberikan kepada mereka atas dasar kemanusian".

"Kira-kira 968 permohonan dibuat oleh pekebun-pekebun kecil di Cameron Highland akan diberikan pertimbangan oleh Pejabat Tanah Daerah Cameron Highland namun begitu ianya hanya untuk keluasan yang kecil dan tidak kepada pengusaha ladang secara besar-besaran."

"Permohonan mereka akan diproses memakan masa 3 hingga 4 bulan dan mereka diharap sabar menunggu kerana Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highland mempunya pegawai yang terhad bagi tujuan tersebut.Mana-mana pekebun-pekebun kecil yang benar-benar tulen akan diberi kelulusan 1 hektar hingga 2 hektar satu keluarga".

"Sementara itu kerja-kerja penguatkuasaan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dijalankan kerana tidak mahu pencerobohan tanah haram berterusan di Cameron Highland".

"Mereka yang terlibat dengan penanaman sayur dan bunga juga harus menjaga kebersihan sungai memandangkan sungai di lembangan Cameroon Highland ini juga akan mengalir ke sungai Pahang yang menjadi sumber air bagi rakyat Negeri Pahang tidak terjejas".

"Pekebun harus memberhentikan tabiat membuang segala sisa bahan pertanian ke sungai kerana ini selain sungai yang tercemar ianya antara punca banjir lumpur yang berlaku akibat empangan di Wringlet Cameron Highland dipenuhi dengan pelbagai sisa bahan pertanian".ujar Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang di Cameroon hari ini.





Wednesday, 2 December 2015

PENANAMAN SEMULA HUTAN JAMIN PEMELIHARAAN HUTAN - MB PAHANG



1/12/2015 Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah proaktif dalam memastikan pengurusan hutan di Negeri Pahang memberi keutamaan terhadap pemuliharaan hutan.Sungguhpun ramai berprasangka Pahang terlibat dengan penebangan hutan secara berleluasa tapi hakikatnya ianya tidaklah seperti yang dilaporkan di media massa.

Cameron Highland misalnya sering menjadi sasaran kritikan banyak pihak setiapkali bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur namun hakikatnya tiada aktiviti pembalakan yang di kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland.


"Hutan di Cameroon Highland juga dikenali sebagai Mossy Forrest dimana pokok yang ada dihutan ini tidak sesuai untuk pembalakan dan industri perkayuan.Andaian bahawa aktiviti pembalakan adalah punca kepada banjir lumpur jelas tidak tepat."

"Hutan adalah elemen penting dalam sesebuah negara dalam menentukan bekalan air,aktiviti pembalakan boleh dijalankan tetapi mestilah cara yang tersusun.Pembalakan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan seperti ukur lilit pokok dan jalan balak" .

"Proses penanaman semula pokok hutan juga adalah antara syarat yang harus dipatuhi bagi memastikan pemeliharaan hutan dipandang serius oleh semua pihak dan kerajaan negeri Pahang komited dengan usaha-usaha pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Kerajaan Negeri Pahang menyedari akan peranan dan kepentingan sumber hutan dan pelbagai fungsi dan perkhidmatan (multiple uses and services) yang meliputi kepelbagaian biologi,sumber air mentah dan kestabilan alam sekitar bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga untuk negeri-negeri bersepadan dengan Negeri Pahang".
ujar Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub ketika merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri kali ke 35 di Hotel Copthorne Cameron Highland.

Turut sama hadir di majlis tersebut Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia Ybg Dato;Seri Dr Hj Abdul Rahman bin Hj Abdul Rahim,Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ,Exco Kerajaan Negeri Pahang,Pengarah Perhutanan Negeri Pahang di samping kesemua Pengarah Perhutanan Negeri.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...