ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ADUN Chenor
Showing posts with label ADUN Chenor. Show all posts
Showing posts with label ADUN Chenor. Show all posts

Monday, 26 October 2015

TUN RAZAK BUSSINES PARK LONJAK EKONOMI BANDAR JENGKA


Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.



Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan  "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".

Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.

MP Pahang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tun Razak Bussines Park




Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.

Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
  













Saturday, 17 October 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN SURAU AS SOLIHIN KG BUKIT BOTA

 

17/10/2015  Maran - Madrasah Al Furqan Kg Bukit Bota hari ini telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran di Surau As Solihin di madrasah berkenaan.

Seramai 22 pelajar yang merupakan pelajar Madrasah Al Furqan terlibat dalam majlis tersebut yang turut diserikan dengan keberangkatan anakanda KDYMM Tengku Mahkota Pahang,YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YM Tengku Puteri Jihan Azizah Atho'atullah.




YB Dato'Shahaniza Hj.Shamsuddin,Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul yang mewakili ibubapa pelajar Madrasah Al Furqan dalam ucapannya di majlis tersebut sebagai berkata keberangkatan kedua-dua puteri Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang menunjukkan keprihatinan baginda kepada majlis keagamaan di Negeri Pahang.

Kedua dua YM Puteri TM Pahang dan Tengku Puan Pahang berkenan mengurniakan sumbangan kepada pelajar sebelum melancarkan Tabung Pembinaan Maahad Tahfiz Al Quran Darul Furqan.

Turut hadir di majlis berkenaan ADUN Chenor YB Arifin Ismail,ADUN Luit Nurhidayah Sahaimi,Pegawai Daerah Maran YH Dato'Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha ,kepimpinan masyarakat serta penduduk sekitar.

Wednesday, 7 October 2015

NOSTALGIA MAKAN SINGGANG PISANG PENEMPATAN BANJIR REALISASIKAN DEWAN KG PEJING MARAN


Maran  6/10/2015 - Kepayahan penduduk Kg Pejing Chenor ,Maran Pahang ketika mengharungi bencana banjir pada tahun 2013 menyentuh hati YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika melakukan tinjauan mangsa banjir di situ.Kg Pejing dalam daerah Maran yang terletak berhampiran dengan Sg Pahang adalah kawasan yang terjejas teruk dan terputus hubungan darat ketika itu.

Akibat terkepung dan terputus hubungan sewaktu banjir penduduk telah terpaksa membuat penempatan banjir sementara menggunakan khemah di sebuah kawasan tinggi  bagi keselamatan semua mangsa disamping memudahkan penduduk terperangkap menerima sebarang bantuan yang datang.

"Nostalgia dijamu makan resepi singgang pisang yang disediakan penduduk Kg Pejing sewaktu tinjauan saya ke penempatan banjir sementara yang saya kira serba kekurangan,membuat hati saya tersentuh dan terfikir di hati saya perlunya penduduk di Kg Pejing ini disediakan sebuah dewan menggantikan khemah khemah yang tentunya mengundang rasa tidak selesa."ujar YB Dato'Shahaniza.


"Dan hari ini selepas hampir dua tahun berlalu,segalanya menjadi kenyataan dengan perasmian pelancaran pembinaan Dewan Orang Ramai Kg.Pejing.Masalah yang dihadapai oleh penduduk kampung telah saya suarakan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan dengan keprihatinan MB Pahang telah bersetuju bahawa perlunya dibina sebuah dewan bagi kegunaan penduduk terutama jika ditimpa bencana banjir"kata Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang sewaktu perasmian pelancaran pembinaan Dewan Kg Pejing Maran.

Dewan yang berkeluasan 726meter persegi yang menelan kos sebanyak RM 470.000  itu dibina melalui peruntukan ECER yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang dijangka akan siap sepenuhnya  pada bulan November 2015.

Dewan ini juga bakal dilengkapi dengan penjana tenaga elektrik berkuasa solar yang boleh digunakan sekiranya tenaga elektrik terputus.

Turut hadir di majlis tersebut YB Arifin Ismail ADUN Chenor ,YH Dato'Syed Ahmad Fuad Syed Taha Pegawai Daerah Maran kepimpinan masyarakat setempat dan penduduk kampung.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...