ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
RADIO ONLINE PERTAMA DI MARAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday, 11 November 2017

RADIO ONLINE PERTAMA DI MARAN


KAMPUNG Kuala Sentul menjadi satu-satunya daripada lebih 50 perkampungan di daerah Maran di sini yang mempunyai saluran radio dalam talian sendiri.

Dikenali sebagai Kuala Sentul Di Hati FM, siaran radio yang ditubuhkan sejak enam tahun lalu itu diaktifkan oleh tujuh penyampai terdiri daripada kalangan penduduk setempat.

Salah seorang penyampainya, Zulkarnain Abd Manan berkata, Kuala Sentul Di Hati FM adalah ilham Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Samsuddin yang juga Adun Kuala Sentul.

“Beliau mahukan penduduk di Dun Kuala Sentul memperoleh informasi setempat hanya semudah klik di hujung jari dan ketika itu radio dalam talian dilihat sebagai pilihan terbaik.



“Tidak hanya menyajikan buletin terkini di ruangan portal, beliau juga mahukan penduduk mendapat maklumat terkini dengan sedikit tema hiburan dengan cara mendengar sahaja. Apa lagi kalau bukan saluran radio?," katanya.

Menurutnya, Exco berkenaan mengeluarkan perbelanjaan awal bagi mewujudkan sebuah konti kecil khas untuk memudahkan deejay dan bertugas berinteraksi.

“Secara tak langsung, buah fikiran beliau membawa kami sebagai deejay kampung ke satu dimensi baru dalam penyampaian. Kami adalah sukarelawan dan kami tidak bergaji. Ia dibuat kerana minat dan kerana sayangkan kampung kami.

“Kesemua penyampai ada kerjaya masing-masing selain ada juga yang memang selalu menjadi deejay pada majlis perkahwinan,” katanya.

Tiada frekuensi FM

Zulkarnain berkata, Kuala Sentul Di Hati FM tidak dapat menggunakan frekuensi FM sebaliknya radio internet melalui server.

“Pengguna android boleh melayari radio internet di http://kualasentuldihatifm.blogspot.my atau www.kualasentuldihatifm.com dan mereka perlu menukar versi mobile kepada versi web bagi mendapatkan widget media player.

“Ia berfungsi untuk kemudahan seperti permintaan lagu serta ruangan chatroom untuk berbual dengan komuniti radio Kuala Sentul Di Hati FM,” katanya.

Menurutnya, pengguna telefon pintar android juga boleh memuat turun aplikasi tuneIn di play store atau taip http://tun.in/sfrar atau http://tunein.com/radio/Kuala-Sentul-Di-Hati-FM-s269351/ melalui enjin carian Google.

“Pengguna laman web juga buat masa ini dinasihatkan menggunakan browser Modzila Firefox untuk mutu suara yang lebih jelas dan kurang gangguan buffering.

“Sekarang ini kami jalankan secara auto run tapi kebiasaannya deejay akan on air bila berkelapangan di waktu petang dan malam iaitu waktu kemuncak pendengar memilih radio internet,” katanya.

Zulkarnain gemar ke udara pada waktu petang atau malam
iaitu waktu puncak pilihan pendengar dalam talian.

Pendedahan di sekolah

Menurutnya, selain berada di konti, deejay yang juga sukarelawan Kuala Sentul Di Hati FM turut menjalankan aktiviti di luar konti dengan memberi pendedahan mengenai radio internet di sekolah dalam Dun Kuala Sentul.

“Melalui program ini kami jalankan uji bakat di sekolah terutama kepada murid tahun enam lepasan UPSR untuk melihat potensi mereka sebagai penyampai radio.


“Ia berkonsepkan suka-suka saja. Lebih kepada untuk lepaskan tekanan selepas peperiksaan UPSR. Mereka (pelajar) ni malu-malu kucing. Sekadar pendedahan dengan dunia penyiaran radio. Mereka gembira suara mereka keluar melalui radio internet,” katanya.

Zulkarnain berkata, jumlah pendengar melebihi 100 orang boleh dianggap sebagai pencapaian baik bagi sebuah radio internet kampung dan yang masih baharu.

SUMBER





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...