Kempen PAS masih lagi berkisar tentang GST kerana keuntungan politik dengan memainkan sentimen kebencian kepada kerajaan BN.Pemikiran jumud yang tak dapat dipisahkan dengan PAS dengan konotasi GST membebankan rakyat, perspektif yang sempit tanpa memandang jauh kehadapan.Menakut nakutkan pengundi khususnya di Rompin.Kisah seram Mak Lampir diadun dengan suasana malam yang gelap gelita bersama sahut sahutan burung hantu disiang hari.
Telah banyak penerangan yang diberikan oleh pihak kerajaan.Maklumat yang hanya dihujung jari juga boleh didapati dengan mudah jika ada kemahuan tetapi memang sudah menjadi kerja pembangkang yang senantiasa mencari salah kerajaan walhal ianya perkara yang baik untuk dilakukan demi msa depan negara dan rakyat di masa hadapan.
Sejauh manakah kefahaman rakyat tentang GST masih perkara yang subjektif kerana GST baru dilaksanakan sebulan lebih,pastinya proses transisi percukaian ini terdedah kepada kritikan walaupun sebenarnya kerajaan terbuka kepada penambahbaikan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Mudah terikut ikut dan terpengaruh tetapi sebenarnya mereka tidak sedar apakah yang mereka perjuangkan sebenarnya sebaliknya keluar beramai ramai umpama satu pesta menunjukkan kebodohan yang sukar disimpan sahaja dari pngetahuan orang lain
Entah apakah yang pakcik ini faham tentang GST selain menjadi alat perkakasan PAS.mungkin ada baiknya anak anak yang berpelajaran memberikan penerangan kepada keluarga mereka kerana akses mendapatkan maklumat adalah tidak terbatas dizaman yang serba canggih ini.
Sampai pengsan pengsan ditepi jalan semasa melakukan flashmob yang sebenarnya dia sendiri tak faham.Adoi...sudah sudahlah memperalatkan warga emas demi kelangsungan politik PAS.Pemimpin PAS bersenang lenang sedangkan penyokong berjemur dibawah perit panas matahari di Rompin.Tak lihat pula pemimpin PAS berjemur bersama..kalau ada pun tak sampai sepuluh minit..mereka akan berlalu sambil berkata..."ana ada perkara lain yang perlu diselesaikan..teruskan perjuangan..."
No comments:
Post a Comment