ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#PRKRompin PUSAT INTELEK PELAJAR ORANG ASLI ROMPIN BUKTI KOMITMEN BN SENTIASA BERSAMA ORANG ASLI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday, 25 April 2015

#PRKRompin PUSAT INTELEK PELAJAR ORANG ASLI ROMPIN BUKTI KOMITMEN BN SENTIASA BERSAMA ORANG ASLI


Masyarakat Orang Asli harus merasa berbangga dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan BN.Belum pernah kita dengar adanya jabatan khusus bagi memajukan sesuatu masyarakat  etnik atau ras kecuali Jabatan Orang Asli atau JAKOA.Kewajipan membantu mereka yang terpikul dibahu kerajaan dengan mewujudkan jabatan khas bagi melihat masyarakat orang Asli tidak ketinggalan dalam peredaran masa dan mengubah cara hidup ke arah yang lebih selesa.



Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Rompin misalnya adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk melihat pendidikan anak-anak Orang Asli diberikan perhatian bagi mengurangkan jurang perbezaan dengan masyarakat lain di bandar.Dengan peruntukan sebanyak RM 6.3 juta Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Rompin merupakan yang pertama di bina di Malaysia.Mereka yang berada di sini adalah dari pelajar Orang Asli di  dalam negeri Pahang khusus bagi mereka yang mengambil peperiksaan UPSR dan PMR.

Pelajar akan dihantar bersekolah di sekolah sekolah yang terpilih disekitar Rompin dengan menyediakan pengangkutan untuk berulang alik.70 peratus diantara mereka yang cemerlang di dalam peperiksan akan ditempatkan di MRSM di serata Malaysia.Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang pula akan dihantar mengikuti kursus kemahiran di Kolej Vokasional.

Bukan itu sahaja pada tahun 2014 seramai 14 pelajar orang asli melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara dibawah tajaan MARA dalam pelbagai bidang dan penghtaran pelajar Orang Asli yang dimulakan sejak 2010-2014 sahaja terdapat seramai 40 pelajar telah melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

Bantuan berterusan tidak berhenti setakat di Pusat Intelek Pelajar Orang asli sahaja tetapi merangkumi segala keperluan seperti bantuan tambang pengangkutan, yuran sekolah, wang saku serta kemudahan biasiswa bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Sehingga kini seramai 178 pelajar Orang Asli telah menyambung pelajaran mereka diMRSM sejak 2011.


Usaha mengurangkan kadar keciciran orang asli kini membuahkan hasil dengan 29 peratus tahun lalu kepada 26 peratus tahun ini.Melalui bidang pendidikan inilah dengan usaha kerajaan mewujudkan Pusat Intelek Pelajar Asli Rompin adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa bersama  masyarakat orang asli Rompin setiap masa dan bukan bermusim seperti PAS yang hanya muncul bilamana musim PRK Rompin.


Pada PRK Rompin kali ini masyarakat orang Asli yang merupakan menjadi tumpuan PAS melancarkan dakyah bagi menggoyahkan kesetian yang telah ditunjukkan selama 6 penggal BN mewakili mereka.Seramai 7,000 orang Asli dari  53,264 pengundi Rompin sebenarnya bukanlah bodoh untuk percaya siapa yang datang semasa pilihanraya dan siapakah yang sentiasa ada bersama mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...