Sikap segelintir penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam amat memalukan.Kekalahan 1-2 kepada Vietnam skuad bolasepak negara Harimau Malaya memang memalukan tetapi sikap segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam benar-benar mencemarkan imej bolasepak negara.Kalah atau menang sesuatu pertandingan adalah lumrah.
Mereka yang terlibat harus dihukum kerana mereka adalah antara punca sukan bolasepak Malaysia semakin merosot.Semua pihak bermula dari pengurusan seperti FAM,pemain dan penyokong perlulah mempunyai sikap bertanggungjawab menjaga imej negara.Sebagai tuan rumah wajarlah kita menghormati mereka tidak kira siapakah tetamu kita.Bagaimanakah agaknya perasaan kita sekiranya nanti penokong kita yang berkunjung ke Vietnam bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua diperlakukan sedemikian rupa.?
No comments:
Post a Comment