ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: liwat
Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

Friday, 13 November 2015

ANUAR TERIMA LAYANAN VIP DI PENJARA BERBEZA DARI BANDUAN BIASA



Bagaimanakah agaknya perasaan banduan-banduan di Malaysia jika mengetahui Anwar bukanlah banduan biasa walaupun sabitan jenayah yang dilakukan serupa.Manusia Anugerah Tuhan seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah menikmati lebih perhatian disebalik dakwaan dakwaan nakal yang menyatakan layanan buruk yang diberikan kepada pihak penjara .

Antara kelonggaran yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar berbanding banduan yang lain ialah:-
  • disediakan katil hospital bernilai RM 5,000
  • terdapat pancuran air panas dan sejuk
  • bilik dilitupi langsir untuk privasi beliau
  • tandas duduk
  • kipas angin mengadap meja tulis
  • beliau tidak dikurung didalam sel sebaliknya boleh bergerak bebas di koridor sepanjang 50meter
  • di luar sel terdapat kawasan khas boleh dikunjungi Anwar setiap petang
  • sel dicuci setiap hari bagi memastikan kebersihan
Rawatan yang istimewa berbanding banduang lain
  • 17 pakar perubatan telah merawat Anwar
  • panel 6 pakar perubatan memantau kesihatannya melibatkan 3 dari Hospital Kuala Lumpur,2 dari Kementerian Kesihatan dan 1 dari Hospital swasta
  • Anwar bertemu doktor dipenjara sebanyak 78 kali
  • Anwar bertemu doktor pakar panel Penjara Sg Buloh sebanyak 23 kali,di hospital 10 kali dan mahkamah 10 kali
  • Anwar diberi diet khas kepada beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaannya
Anwar telah diberikan layanan dengan penuh hormat oleh kakitangan penjara dari segi keadaan sel sehinggalah kepada soal kesihatan namun permintaan Wan Azizah untuk membawa Anwar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kecedreaan dibahunya adalah keterlaluan.

Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di negara ini.

Dalam pada masa ramai orang dari luar negara datang di Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan adalah sukar untuk memahami niat Wan Azizah meminta Anwar dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Malaysia sudah cukup segala kemudahan perubatan yang diperlukan samada Anwar memilih untuk melakukan pembedahan Artroskopik mahupun memilih untuk menggantikan sendi bahu.

Cukuplah Wan Azizah dan ahli politik  cuba meracuni pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai dakwaan layanan buruk yang diterima oleh Anwar kerana dia seolah-olah sedang menikmati layanan VIP di penjara berbeza dengan banduan lain.

Pada masa yang sama harus mengakui negara Malaysia mempunyai kemudahan rawatan yang setanding dengan negara lain,bukan dengan memperlekehkan kepakaran rakyat tempatan didalam bidang perubatan mahupun kelengkapan perubatan memandangkan Wan Azizah juga seorang doktor...tak standard sangatkah doktor di Malaysia ni...!mungkin Wan Azizah ada jawapan yang terkunci dihati,dimangga dimulut..

RM 60 JUTA DUIT TAUKEH JUDI DISERAH KEPADA ANWAR - SHAFIE ABDULLAH


Anwar bakal bergelar banduan yang menjadi jutawan sekiranya beliau berjaya kali ini dalam saman RM 100 juta terhadap Nalakurapan kerana mendakwa Anwar menerima wang RM 60 juta dan ianya diberikan padanya ketika menjadi timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan.

Walaubagaimanapun beliau menafikan menerima wang tersebut ketika disoal balas oleh peguam Shafie Abdullah yang peguam yang mewakili Nalakurapan ketika seisi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shafie ketika soal balas mendakwa wang tersebut diserahkan kepada Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan di gelanggang tenis Tivoli Villa melalui orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri menteri besar Selangor Shamsidar Taharin.

Kenyataan tersebut didakwa dinyatakan oleh Nalakurapan ketika Anwar kempen pilihanraya 2008 Permatang Pauh.

Benar atau tidah biarlah mahkamah yang menentukan.Apa yang menarik perhatian ramai mengapa seorang yang begitu berpengaruh ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjadikan seorang tauke judi Magnum Corporation Berhad sebagai teman sepermainan.

Perwatakan beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Sheikh dikalangan pengikut dan ahli politik meletakkan tidak manis dipandang orang .Apakah sudah tiada manusia lain di negara ini yang boleh di ajak untuk bersosial.

Nak bermain tenis,main catur sekalipun nak bermain melastik burung mengapa harus tauke judi? memandangkan kedudukan Anwar pada waktu itu akan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

Kita boleh berkawan dengan sesiapaun,kita boleh bermain dengan sesiapun namun perlu juga dilihat dengan apakah persahabatan itu memudaratkan dan seharusnya bijak memilih.

Apakah beliau sudah tiada kebijaksanaan memilih,sebagaimana beliau begitu bijak memilih rakan untuk menjatuhkan pemimpin lain seperti Ghafar Baba?

Agaknya tauke judi memang selalu bermurah hati menderma...malang sungguh nasib Pak Arab jika menderma di Malaysia kerana tauke judi di Malaysia lebih mendapat tempat di hati pembangkang di negara ini. 


Thursday, 29 October 2015

ANWAR BERANGAN DAPAT 100 JUTA KENA BAYAR PULAK 20 RIBU


Manusia ni kalau dah tamak haloba ,duit jika sudah bersultan dimata beraja dihati macam tu lah..patutnya bila dah senja-senja ni banyak-banyak berbuat amal ni tak habis-habis nak bermusuh.Di sebalik tirai besi manusia bernama Anuar masih lagi kemaruk ke duit sampai samam RM 100 juta .

Anwar memfailkan saman RM100 juta terhadap Anifah pada 2008, mendakwa Anifah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenai beliau pada sidang akhbar di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton .

Namun hari ini Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut .Sebaliknya Anwar diperintahkan membayar RM 20,000 kepada Anifah Aman sebagai kos.

Mungki Anwar juga bakal dikenang dalam sejarah sebagai manusia yang paling banyak turun naik mahkamah selain dengan pelbagai kes selain kes liwat.Saman sana..saman sini...pancut sana..pancut sini..aduhai Anwar...

Tuesday, 9 December 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA ..ANUUWAR DAN GEREJA BERPISAH TIADA..


Ada yang suka meneka dan ada yang suka mentafsir..gambar memberikan seribu  makna dan munkin sejuta dan mungkin juga hanya satu makna ..boleh jadi ianya tidak bermakna.Namun gambar kehadiran Anuuwar di sebuah Gareja Katolik di Kajang Selangor sempena Jamuan Krismas menimbulkan persoalan.

Anuuwar cukup licik mempengaruhi penganut Kristian untuk mendapatkan undi dan menyedari hanya dengan memenangi hati masyarakat Kristian khususnya di bandar dapat mengekalkan pengaruh PKR di Selangor.Siapakah yang sebenarnya yang mempermainkan sentimen agama?Manusia berbagai rupa seperti beliau akan membuat u turn bila berceramah di masjid yang dipenuhi penganut Islam.

Pada majlis tersebut juga disampaikan sumbangan kepada umat Islam di dalam gereja seolah2 tiada tempat lain yang lebih sesuai untuk menyampaikan sumbangan.Kenapa tidak disampaikan di dewan orang ramai yang tidak mengundang persoalan dan kegusaran umat Islam.Kenapa harus di gereja?

Beliau juga terus menyerang kerajaan dengan mengapi apikan sentimen agama bagaimana kerajaan di dalam badjet 2015 hanya mengecualikan cukai kepada badan-badan Islam tetapi tidak kepada badan badan agama lain seperti Hindu Kristian dan lain2 agama.

Antara lain kandungan ucapan beliau dimajlis berkenaan yang mencerminkan siapakah Anwuuwar sebenarnya apabila beliau menyentuh isu bible yang dirampas MAIS

"sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.sumber

Begitulah permainan politik manusia yang bernama Anuuwar...









Friday, 26 September 2014

Remaja 13 Tahun Diliwat Rakan Sendiri



ALOR SETAR 26 Sept - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.

Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.

Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...