Tidak perlu diperjelaskan lagi Pakatan Rakyat sudah berkubur.Namun apa yang menghairankan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat di P.Pinang Selangor dan Kelantan masih lagi mahu mengekalkan kuasa mereka sedangkan kemenangan mereka sebenarnya pada PRU 13 adalah di atas tiket Pakatan Rakyat.
Masih basah dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia ketika krisis di Perak dahulu.Bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat mendesak dan berkempen sehinggalah kepada aksi bergulling-guling di atas jalanraya semata-mata mahukan DUN Perak dibubarkan.
Namun sikap hipokrit pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya membawa suara rakyat tetapi membohongi penyokong mereka sendiri.Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS menyetakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mati sebaliknya pengsan sahaja.Lim Guan Eng secara terang terang menyatakan Pakatan Rakyat telah berkubur sementara PAS yang baru sahaja meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP di Muktamar PAS yang ke 61 baru baru ini.
Pakatan Rakyat sudah jadi carca marba,jika inilah bentuk kerajaan yang mahu dipilih oleh rakyat Malaysia pada PRU 14 bukan mustahil negara tidak akan stabil.Lebih banyak politiking dari bekerja memajukan negara.
Sebenarnya sejarah pernah tercatat dibawah Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif berbagai kerangka bersama melalui konsesus dan sebagainya dijalin diantara parti pembangkang di Malaysia namun kesepakatan ideology adalah sesuatu yang mustahil.
Resepi kejayaan BN melalui UMNO sebagai tunggak disokong banyak komponen gagal diciplak dengan begitu mudah oleh pembangkang.
Pakatan pembangkang hanya mementingkan kuasa melalui pembahagian kerusi namun gagal membentuk persefahaman dikalangan mereka kerana jelas ideologi mereka yang awalnya hanya seperti bara namun akan marak membakar diri bila tiba masanya.

