ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: jutawan
Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts

Sunday, 23 October 2016

SIAPAKAH MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA KETIKA INI..?


Robert Kuok kekal individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut, dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia, meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia, selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua, dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas, selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Tan Sri Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga, walaupun aset bersihnya menyusut kepada US$300 juta, berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan, manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas, aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh, selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata, syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis mengumumkann keputusan kewangan lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, namun ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas, 16 orang memiliki aset berbilion dolar, namun tahun ini hanya 12 individu.

Tan Sri Vincent Tan berada di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status ‘billionaire’, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.

Di tempat kesembilan, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas, sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Tan Sri Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon naik ke tempat ke-11, dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baru ‘billionaire’, meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini, termasuk Wong Teek Son yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok US$10 bilion
2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion
3) Tan Sri Quek Leng Chan US$5.3 bilion
4) Tan Sri Teh Hong Piow US$4.65 bilion
5) Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 bilion
6) Tan Sri Lim Kok Thay US$4.55 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion
8) Tan Sri Lau Cho Kun US$1.55 bilion
9) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion
10) Tan Sri Surin Upatkoon US$1.15 bilion

Sunday, 28 September 2014

Pemilik Laman Web Ali Baba Lelaki Terkaya



Menjadi kaya dengan menggunakan laman web bukanlah perkara yang mustahil apatah lagi bagi mereka yang mengendalikan laman sesawang e-dagang yang tentunya bermotifkan perniagaan.Jika kena caranya mungkin boleh menjadi jutawan seperti seorang pengendali laman sesawang Ali baba yang menjadi jutawan di China.

Kalau setakat laman blog usah bermimpi terlalu indah menjadi jutawan apatah lagi laman blog peribadi.Jika ada sekalipun bagi mereka bernasib baik menjadi popular seperi Hanis Zalikha dan Ben Ashari.Apatah lagi penulis blog politik...silap haribulan boleh bangkrap kena saman tapi ada ketika ada manusia yang tidak mementingkan keuntungan wang ringgit tetapi tanggungjawab kepada agama bangsa dan negara.

Tuesday, 23 September 2014

Satu Pesawat Peribadi Bagi Setiap Penghuni Perumahan Ini


Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan di sebuah kawasan perumahan yang mana setiap penduduknya memiliki pesawat peribadi?Bagaimanapun ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi sebuah kawasan perumahan yang dikenali sebagai Spruce Creek yang terletak di Florida,ianya dikenali juga dengan nama 'Airpark'.


Memiliki 5,000 penghuni dengan 1,300 buah rumah yang memiliki 700 hangar pesawat yang dihubungkan terus ke landasan yang berada di tengah-tengah kawasan perumahan tersebut.

Kebanyakan mereka penduduk adalah juruterbang profesional disamping mempunyai kerjaya seperti ahli perniagaan,doktor dan peguam.Bagi yang mempunyai pekerjaan selain dari juruterbang,hari minggu adalah waktu dimana mereka memandu pesawat mereka dan membeli sarapan pagi menggunakan pesawat adalah sesuatu yang biasa bagi mereka.

Disini juga pelakon Hollywood yang terkenal seperti John Travolta yang memiliki lesen penerbangan meletakkan pesawat peribadi Boeing 707 di hangar rumah beliau.


Rumah John Travolta yang memilikipesawat Boeing 707




P/S : Siang malam pesawat lalu atas rumah..boleh gila aku duduk kat sini.



Mengenali Jutawan Budu Cap Ketereh Yang Hanya Berkain Pelekat


Tumpat: Melihat pada susuk tubuh Mat Ismail Jusoh yang berkain pelekat sepanjang masa, pastinya tidak menyangka bahawa beliau sebenarnya seorang jutawan yang juga pemilik jenama budu terkenal, Budu Cap Ketereh.

Tiada siapa menyangka Pengkalan Kubor mempunyai usahawan berjaya dengan nilai jualannya mencecah RM10 juta setahun.
Mat Ismail, 63, mudah dikenali kerana identitinya yang gemar berkain pelekat tidak kira pada majlis rasmi atau tidak.

“Saya lebih selesa berkain pelekat kerana saya orang kampung,” katanya.

Sehinggakan pada majlis pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Sabtu lalu, Mat Ismail yang mesra dipanggil Pok Wil tetap berkain pelekat.

“Saya akan belikan Pok Wil kain pelekat baru apabila ke Dubai nanti untuk mengembangkan perniagaan budu ke peringkat antarabangsa,” kata Mustapa.

Mat Ismail berkata, kilang budu terbabit adalah yang terbesar di negara ini dan memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, baru-baru ini.

Bercerita bagaimana dia mengembangkan bisnesnya, bapa lapan anak itu berkata, dia memulakan perniagaan lebih 30 tahun lalu dengan hanya menggaji empat pekerja tempatan.

Katanya, dia kini mempunyai 80 pekerja yang terdiri daripada penduduk sekitar kampung terbabit.

Menurutnya, pembungkusan makanan tradisional itu turut melalui proses inovasi apabila dikeluarkan dalam dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.


Inovasi itu dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

“Pembungkusan terkini itu turut menyelesaikan masalah untuk membawanya menaiki kapal terbang memandangkan botol tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, ilham menghasilkan budu dalam bentuk tiub terbit ketika kunjungannya di Vietnam selepas sukar memperoleh makanan halal di negara itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...