ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ex SMKJ2 SPM 1989
Showing posts with label ex SMKJ2 SPM 1989. Show all posts
Showing posts with label ex SMKJ2 SPM 1989. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Reunion EX SPM 1989 SMKJ2 Abadi Dalam Kenangan


Ada ketika bila mengelamun sendirian tentu kita tertanya-tanya dimanakah sahabat-sahabat kita dari mula kita mengenal erti persahabatan dan tentunya zaman persekolahan adalah satu jangkamasa yang sukar dibuang jauh dari ingatan.Begitu jua aku yang terkadang terlintas dihati ingin bertemu teman persekolahan yang pernah hadir dalam hidup dan menjadi warna-warna yang mencorakkan kanvas kehidupan yang penuh dengan erti dan  pengertian.Dimanakah mereka..adakah mereka masih mengingati diri ini..adakah mereka masih mahu bertegur sapa dengan manusia sekerdil aku ini.Aku persetankan perasaan bobrok itu..memberanikan diri menjadi dalang pertemuan yang cukup bersejarah..meruntun jiwa..mahukah mereka datang..?berjuta persoalan mundar mandir dihati ini namun aku terasa tersapaan oleh kerinduan yang bertali arus di denai hati...semoga salam Reunion ini disambut jua..itulah harapan yang tersemat dan aku bertekad mencari bebarapa orang sahabat yang aku yakin dapat membantu ku merealisasikan impian ku ini..
Sekalung penghargaan yang tak terhingga buat sahabatku saudara Ayub Ismail,Rosmahwati Ismail,Norliza Razali dan Hatiku CT yang banyak membantu dari mula perancangan sehinggalah ke akhir acara.Tanpa meraka ada,tentu sukar untuk menjadikan semua ini sebagai mimpiku menjadi kenyataan..setelah hampir 20 tahun tidak bertemu akhirnya kami bersama lagi dalam REUNION EX SPM1989..biarpun cuma seketika namun ianya cukup mengembalikan nostalgia lama yang cukup menyentuh jiwa.




Akhirnya setelah hampir dua bulan perancanga dibuat dan diwar-warkan melalui Facebook..dan caling mengcalling,25 manusia yang masih berada di bumi Malaya ni dapat juga dikumpulkan walaupun jumlahnya agak kecil namun bagi aku memadailah untuk yang pertama kali setelah hampr 20 tahun terpisah.Amacam....yang lelaki aku kira masih encem-encem dan kelihatan masih gagah perkasa bak hulubalang Melaka diapit erat oleh srikandi jelita yang manis-manis lemak berkrim disukai ramai.
Siapa sangka takkala memasuki usia Kilaun Emas Polydent ini,masih berkesempatan berjumpa dan bertegur sape semula sambil masing2 cuba mengaktifkan kembali memory card yang semakin lemah dimamah masa.

Seisi Pendaftaran

Kata Kata Aluan Dari Tok Penghulu-Abadi Romeo

Edisi Menternak Lemak

Sempat possing untuk Cover Majalah Mangga Edisi Kilaun Emas

Delegasi Kelas 5 BIRU

Delegasi Kelas HIJAU

Delegasi BUNGA


Terima kasih buat semua yang sudi menghadirkan diri.pada pertemuan yang sesingkat ini tapi memberikan sejuta makna bagi insan sepertiku yang rindukan kalian semua.Semoga kita dipanjangkan umur da
n diberikan kelapangan waktu untuk bersua lagi dilain waktu.

Thursday, 22 March 2012

SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam

Ianya telah lama berlalu..berlalu bersama kenangan yang telah ku simpan rapi dalam lipatan sejarah.SMKJ2 walaupun telah lama kau ku tinggalkan namun ada ketika dan waktu aku akan terkenangkan mu,di sana walaupun jejak-jejak yang aku tinggalkan tidak lagi kelihatan namun ianya tetap basah dalam ingatan dan ku rasakan bukan hanya aku yang bisa tersentuh bila terkenangkanmu..namamu SMKJ2 masih melekat di jiwa-jiwa warga yang tidak pantas membuangmu jauh dari sudut hati.Sudah hampir 20 tahun aku tidak lagi hadir di situ dan seperti sudah ditakdirkan kita bertemu lagi semalam dan pastinya pertemuan ini mengimbau nostalgia bersama hampir lapan tahun aku menjadi penghuni setiamu namun hari ini aku hanyalah tamu mu yang tak diundang..terima kasih kerana membenarkan aku meninjau2 mu..biarpun seketika cuma ianya sudah cukup meredakan ombak rindu padamu..... SMKJ2 

Alamak..nak menitis lak air mata pasal intro entry ni tangkap leleh..jadi sebelum ada pembaca yang meraong gajah Afrika..aku cuba sampaikan dengan cara santai je lah supaya Filem Ombak Rindu di pawagam tu tak tergugat dengan kehadiran entry ini.Kepada bersekolah disini tentu tersenyum bila melihat jalan masuk ke sekolah..menaiki bukit seawal pagi boleh membuatkan urat kentot terputus,namun ia juga saat ditunggu2 kepada pelajar lelaki yang lebih banyak bersemangat apabila dapat melihat pelajar perempuan tertonggek-tonggek mendaki untuk ke sekolah.Waktu pualng pula kami akan menuruni bukit tersebut untuk mengejar bas sekolah yang memang suka dikejar..lambat naik bas maka terpaksalah bergayut macam berok sambil dihidangkan aroma terapi bau-bau bacin ala-ala muntah kucing,bau stokin dan ketiak setelah penat belajar.Namun ramuan itulah agaknya yang menjadikan kebanyakan pelajar SMKJ2 mempunyai otak yg cerdas dan badan yang cergas.

Walaupun jauh dipedalaman,dewan cukup besar lebih kurang kapal Titanic,antara tempat digeruni pelajar kerana terpaksa berhimpun di sini pada setiap hari Isnin..bagi pelajar yang skema mungkin tak jadi hal tetapi yang rock kapak masa ni kejantanan seperti dimandulkan kerana terpaksa berhadapan dengan tindakan displin..seluar ketat,stokin belang,rambut panjang takkan selamat.Di sini juga lah para pelajar akan bertarung dengan perjuangan sebenar kerana menghadapai peperiksaan seperti SRP,SPM dan STPM.Banyak kenangan kat dewan ni..dan paling aku tak boleh lupa bila terpaksa menjadi pelajar paling awal keluar masa peperiksaan soalan kertas Fizik S.P.M..tak boleh buat...blurrrrr..huhuhuhuhuhu.. 



Eh..eh..mane perginya pokok ketapang tu..agaknya kambing dah makan..bila aku datang tempoh hari dan macam padang jarak padang terkukur..togel je.Kalau zaman aku dulu sejuk mata memandang dan boleh lihat banyak kereta guru di kawasan ini.Namun ianya diwartakan sebagai kawasan larangan kepada pelajar sebab maklumlah bila ada yang kena tindakan dispilin,tak puas hati..kereta cikgu jadi mangsa tangan gatal buat mural dat dinding kereta dan sebagainya.Kawasan ini juga dijadikan tempat berhimpun dan jelas kelihatan bilik guru di hujung tu..kawasan ini juga menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah menerima hukuman rotan kawasan perhimpunan jika melakukan kesalahan displin tetapi yang peliknya,lepas kena rotan buat muka sardin je macam takde apa-apa yang berlaku.


Inilah dia tempat mencekik kalau dah kebulur.Masa rehat memang tak pernah cukup,dan aku biasa tercekik mee goreng yang dicampur nasi kerana masa rehat juga adalah masa paling ideal untuk bergossip dan bertemu rakan-rakan.Walaupun nasi lemak 50 sen dan karipap-karipap itu kecil tapi sudah cukup mengisi perut disamping hidangan mee curry serta mee goreng.Tapi sebenarnya yang paling penting ianya bukan sekadar edisi melahap tetapi waktu rehat dikantin akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bergossip tentang pelbagai hal ,menjamu selera dan menjamu mata..hehehehe.. 

Bloc A..masa tu adalah bangunan tercanggih la kira tapi sekarang dah banyak bangunan baru

Teringat Masa di tingkatan 4 Beta dan 5 beta 


Tingkatan Enam Atas dan Bawah 





Tangga Kenangan..hati terusik..mungkinkah si dia masih mengingati.. 

P/S:Mungkin ada ex SMKJ2 yang terbaca..mereka mungkin akan tersenyum sendiri atau mungkin ada yang sebak didada kerana di sini ada sejuta cerita yang menyentuh jiwa.


Sebenarnya entry ini aku copy paste dari blog aku sebelum ini abadiromeo.blogspot.Aku terlalu sayangkan entry ini kerana terlalu banyak kenangan disini dan entry ini sebenarnya berada di carian utama Google jika anda mencari SMKJ2 di Google.Sayang..aku tak dapat meneruskan lagi menulis di blog tersebut .Kebetulan pula baru-baru ini kedengaran suara-suara ex- SMKJ2  SPM 1989 nak mengadakan reunion jadi aku abadikan entry ini supaya kalian masih mengingati insan sekecil aku.

Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...