ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: SPRM
Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Friday, 13 April 2018

MANIFESTO BARISAN NASIONAL BERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA KAUM WANITA


13/4/2018 MARAN - Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak baru baru memberikan peranan yang penting kepada wanita dan ini selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018.

"Pengumuman tersebut telah meletakkan satu fokus kepada wanita dalam mengejar kepesatan arus pembangunan negara. Ianya sekaligus memerlukan semua pihak untuk memberikan komitmen bagi membangun serta memperkasakan wanita dalam institusi keluarga".

"Wanita adalah nadi dan tulang belakang kepada masyarakat dan negara. Usaha terus dijalankan bagi memperkasakan wanita dengan meletakkan mereka di peringkat pembuat dasar dengan penglibatan paling kurang 30% wanita di peringkat pembuat dasar. Terdapat peningkatan dalam penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara yang progresif daripada 48% pada tahun 2011, kepada 52.6 % pada tahun 2013 dan seterusnya terus meningkat kepada 54.3% pada tahun 2016".

"Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita ke angka 59% menjelang 2020. Malaysia juga telah menunjukkan pencapaian positif dalam kesaksamaan gender dengan memberi peluang yang sama kepada wanita".


Sepanjang 50 tahun lalu, penglibatan wanita dalam pembangunan negara, mulai berubah dan bertambah penting. Wanita bukan sahaja dilihat sebagai agen pembangunan ekonomi negara malah masih kekal sebagai tunjang utama pembinaan keluarga bahagia",ujar YB Dato'Seri Shahaniza Hj Shamsuddin .

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang berkata demikian ketika melancarkan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Dewan Semai bakti Jengka 3 Maran di sini. Program itu juga dilakukan secara NBOS melibatkan Jabatan Kebajikan Massyarakat melalui hari Penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan Pelancaran Gerak Wanita Anti Rasuah ( G - War), dan LPPKN turut serta melancarkan Program Pemeriksaan Keluarga dan Komuniti (FACE) 3.

Hampir seribu wanita terdiri dari seluruh pelusok negeri Pahang mewakili pelbagai NGO dan masyarakat setempat membanjiri Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3, Maran. Pelbagai acara di susun sempena Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang antaranya bacaan Yasin Perdana, Forum dan pameran agensi.

Turut hadir di majlis tersebut Ybhg Dr faridah Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Malaysia, En Zulkhari Bin Zainol Abidin Pengarah JKM Pahang, YH Dato Azmi Kamaruzaman Pengarah SPRM Pahang,ketua ketua jabatan serta masyarakat setempat .

Friday, 18 March 2016

KALKULATOR SPRM MAMPU KIRA RM 2.6 B NAJIB TAPI ROSAK BILA KIRA RM 6.5 JUTA LIM GUAN ENG?


Tokong Lim mampu tersenyum lagi kerana beliau memiliki segala ilmu silapmata yang jarang jarang ditemuai dikalangan ahli politik.
Jika mantan MB Selangor Dato Seri Khir Toyo diheret ke penjara kerana tuduhan rasuah rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan masih ternanti nanti apakah akan ada pendakwaan berpilih.

Siapa menduga membeli pada harga murah dari pasaran adalah salah bagi ahli politik BN tetapi tidak bagi ahli politik pembangkang seperti DAP.

Jelas sekali ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan harus diambil perhatian bahawa kini ada dikalangan pihak yang menjalankan penguatkuasaan lebih cenderung melihat pemimpin kerajaan dimalukan berbanding kesungguhan menegakkan keadilan.

Rumah bunggalow di George Town yang pada awalnya berharga RM 2.5 juta pada tahun 2008 telah dilakukan pengubahsuaian dan dijual kepada Lim Guan Eng tahun lalu dengan harga RM 2.8 juta iaitu hanya peningkatan RM 300 ribu sahaja.

Jika dinilai harga semasa bunggalow  tersebut dikatakan bernilai RM 6.5 juta menunjukkan adalah mustahil bagi tanah yang bernilai di George Town itu dijual kepada Tokong Lim pada harga hanya RM 270 sq.ft.

Barangkali Superb Kalkulator di perlukan oleh SPRM untuk mengira angka RM 6.5 juta dan yang peliknya kalkulator SPRM mudah sahaja mengira RM 2.6 billion yang dikaitkan dengan Najib Tun Razak....

Entahlah...silap mata atau mata yang silap....jom mandi kolam renang musim panas ni tapi bukan di rumah Tokong Lim yang tiada kolam renang......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...