Sejak mula isu 1MDB dibangkitkan oleh pembangkang di Malaysia, rakyat telah dikelirukan bagi kepentingan politik pembangkang. Tindakan pembangkang juga cuba menyeret campurtangan asing dalam siu 1MDB mendedahkan betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa tanpa menghiraukan akan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab penerangan telah diberikan dari masa kesemasa dan terpulanglah kepada rakyat pada PRU ke 14 ini samada mereka telah berjaya dikelirukan dengan dakyah pembangkang atau berdiri teguh dibawah kerajaan Barisan Nasional. Ikuti penjelasan Arul Kanda CEO 1MDB.
Showing posts with label PRU 14. Show all posts
Showing posts with label PRU 14. Show all posts
Wednesday, 18 April 2018
Sunday, 15 April 2018
SENARAI JANJI PALSU PAS SETIAP KALI PILIHANRAYA
Menjelang PRU parti parti yang ingin bertanding akan menawarkan akujanji apa yang mereka ingin tawarkan sekiranya berjaya memenangi pilihanraya. Dalam kempen kempen sebelum lagi musim berkempen mereka sudah melancarkan manifesto bagi menarik perhatian mengundi. Dalam ceramah ceramah politik, berdegar degar menabur janji, sesuai dengan lambang bulan PAS juga menawarkan bulan dan bintang. Mampukah mereka merealisasikan janji janji mereka? Pada setiap kali ceramah PAS seringkali mengajak pengundi melhat bagaimana kejayaan PAS Kelantan memerintah kerajaan negeri . Benarkah kerajaan Kelantan yang dipimpin sejak 28 tahun yang lalu mengotakan janji mereka?
Di bawah ini di senaraikan janji janji palsu mereka pada setiap kali pilihanraya , PAS bijak bermain kata kata di pentas ceramah namun percayalah mereka adalah politikus yang hanya menggunakan agama demi survival politik dan bukan untuk rakyat. Jika tidak masakan mereka mempermainkan rakyat dengan janji janji manis pada setiap kali musim pilihanraya.
Saturday, 14 April 2018
SAJIKAN ARAK DI MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN HARAPAN
Pengumuman calon Pakatan Harapan gabungan pembangkang di Malaysia dianggotai PKR,DAP,BERSATU dan Amanah amat mengejutkan ramai hadirin yang hadir terutamanya muslim yang hadir dimajlis tersebut semalam. Majlis pengumuman tersebut bagi mengumumkan calon Pakatan harapan bagi kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang bertempat di Restoran Golden Empire Tanjung Lumpur Kuantan Pahang.
Hadirin muslim yang hadir terpinga pinga dengan tindakan penganjur yang langsung tidak menjaga sensitiviti mereka. Sekiranya ianya hanya dihadiri oleh mereka yang non muslim atau anjuran DAP, ianya tidak menjadi masalah dan tiada siapa yang peduli. Memang benar tiada muslim yang meminum arak tetapi berada di majlis sebuah Pakatan Harapan yang dianggotai oleh ramai muslim seperti PPBM,PKR dan Amanah pastinya mengundang rasa kurang senang.
Apakah yang kita harapkan bagi sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang ingin menguasai Putrajaya jika tidak menjaga sensitiviti agama dan budaya Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia. Apakah ini bentuk kerajaan pakatan Harapan yang begitu liberal dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan menghidangkan arak di majlis seperti ini.
Dominasi DAP dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PPBM,PKR dan Amanah meletakkan hanya dihujung kaki mereka, liberalisme agama menjadikan gabungan Pakatan Harapan mengorbankan nilai nilai Islamisasi yang menjadi tunjang kepada kemakmuran dan kestabilan negara sejak merdeka hingga kini.
Pengundi di Pahang khususnya perlu menilai sebaik baiknya akan keputusan mereka dalam memilih kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti, kesucian agama Islam terletak di tangan tangan anda yang bakal memilih sebuah kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dengan fahaman liberalisme agama ataupun Barisan Nasional yang meletakkan Islam sebagai agama Negara dengan menjaga kesucian dan sensiviti Islam namun pada masa yang sama kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Friday, 13 April 2018
MANTAN PESURUHJAYA PAS PAHANG LARI LINTANG PUKANG KE KUBANG KERIAN
Siapa tidak kenal bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas pensyarah UiTM Jengka yang meletakkan terjun ke dunia politik bersama PAS. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang dari 2004 hingga 2015 dan kini adalah orang nombor dua dalam parti PAS sebagai Timbalan Presiden PAS. Desas desus kedengaran beliau mencari kawasan selamat untuk terus berada di persada politik tanahair.
Nampaknya beliau tidak ada semangat Tok Gajah atau kepahlawanan Mat Kilau dengan memilih Kubang Kerian atau dahulunya dikenali sebagai Nilam Puri sebagai kawasan selamat . Tempat dimana Kerusi itu pernah diwakili bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang semuanya bersama parti serpihan, Amanah ketika ini. Beliau yang tewas pada PRU ke 13 ditangan calon Barisan Nasional Wan Salman Wan Ismail pada 2013 dengan majoriti 1,303. Ianya kekalahan kedua berturut turut selepas kalah kepada calon Barisan Nasional yang sama dengan majoriti 596. Bagi mengelakkan kekalahan hatrik nampaknya Tuan Ibrahim Tuan Man mengikut jejak Nasruddin Tantawi yang lari ke kawasan selamat.
Jika nama besar seperti Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa bantuan pernafasan, apakah nasib mereka yang baru belajar silat pulut politik seperti Shahril Azman Abdul Halim yang juga YDP PAS Kuala Krau yang dikhabarkan akan bertanding di Jengka. Begitu juga Fadzil Amri nama baru yang diketengahkan PAS untuk berhadapan dengan calon BN yang menang dengan memperolehi majoriti besar melalui calon BN Shahaniza Shamsuddin sebanyak 3,293 pada PRU ke 13. Pertandingan 3 penjuru juga dijangka akan berlaku apabila PKR turut berminat untuk bertanding di DUN Kuala Sentul pada PRU ke 14 ini.
Persoalan yang timbul ialah PAS Pahang kini semakin kelam kabut, apabila nama nama besar pemimpin PAS lebih berminat bertanding di Kelantan berbanding Pahang. Tinggallah mereka yang baru setahun jagung berjuang bersendirian apatah lagi sejak memilih keluar dari Pakatan Harapan. kali ini PAS akan melalui jalan sukar tanpa sokongan masyarakat cina dan India yang lebih cenderung memilih Pakatan Harapan. Bagi kawasan majoriti Melayu 50 % ke 60 % yang mana undi kaum cina dan India menjadi penentu , PAS pasti akan menggigit jari .
Monday, 26 February 2018
SUARA KATAK JENGKA ,SUARA KOMUNITI ATAU SUARA PARTI
Semalam bila saya pulang dari kerja agak lewat malam, terdengar ada suara yang memanggil saya. Saya menoleh siapakah yang kebelakang . "Siapa pula yang memanggil saya di tengah malam buta", getus hati saya. Saya terpandang beberapa rakan sekampung sedang makan dihadapan warung berhampiran rumah saya.
"Alamak, takkan balik dah, mari minum dulu", pelawa seorang rakan kampung yang sangat saya kenali. Seorang pemimpin muda tempatan bersama beberapa rakannya sedang rancak berbual. Saya mengambil keputusan untuk turut serta mengeteh bersama mereka, kalau saya terus pulang nanti bimbang di katakan saya sombong pula. Maklumlah sudah mahu dekat pilihanraya ini, hati mudah tersentuh dan minta di belai.
"Kau tak baca ke dalam group facebook Suara Katak Jengka?", soal beliau sambil mata terjegil memandang saya.
" Baca tetapi kawan aku yang bagi facebook beliau , aku dah tak boleh masuk sebab dah kena block",jawab saya ringkas.
"Teruk la diaorang belasah YB Barisan Nasional, puncanya hanya status yang simple, beribu orang komen", beliau kelihatan mengeluh seakan meminta penjelasan dari saya.
Itu adalah sebahagian dari cetusan seorang pemimpin muda di kampung saya yang kesal, geram dan ada sedikit kemarahan yang sukar untuk saya bendung. Saya garapkan kisah ini, kisah yang bukan saya reka sebaliknya ia benar benar berlaku dalam situasi cara manusia berfikir dan melontarkan pandangan. Ada di kedai kopi, ada di media sosial , media arus perdana dan ada juga melalui saluran parti dan sebagainya.
Suara Katak Jengka
Saya mengenali group ini sudah agak lama dan pernah menyertainya namun di tendang keluar oleh admin yang kononnya bijaksana rupanya tidak mempunyai kerandut telor. Entah apa yang ditakutkan , saya pun tidak pasti. Ahli group yang puluhan ribu itu samada sedar atau tidak diracuni dengan dakyah pembangkang yang mana adminnya mencaturnya melalui posting posting yang hanya menyebelahi dan menguntungkan parti pembangkang.
Keahlian group kebanyakannya adalah anak anak muda yang celik IT yang tidak tinggal di Jengka sebaliknya bekerja di luar kota atau di daerah dan negeri lain memudahkan fakta sebenar di manipulasi untuk kepentingan individu dan pembangkang. Bagi mereka yang di luar Jengka sentiasa dahagakan berita pantas di hujung jari tanpa menyedari dimanupulasi sedemikian rupa.
Status semalam yang dilepaskan posting oleh admin group Suara Katak Jengka berbunyi,
"Sekarang bila semakin hampir dengan pilihanraya, YB Barisan Nasioanal pula makin sibuk dengan pelbagai aktiviti, sebelum ini tidak pernah menampakkan diri". Lebih kurang begitulah tajuk posting ahli group. Ianya umpama melepaskan hajat di atas jambatan, taiknya jatuh dan di kerumuni lampam, patin jora dan limbat atau kalau di bendang dipanggil ikan lundu.
Persoalan yang dibiarkan tergantung tanpa penjelasan dan kerja mereka ini kebanyakan hanya menimbulkan persoalan dan persepsi negative akan mudah lontarkan melalui provokasi. Mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza akan di tendang keluar dan menutup ruang perbezaan pendapat. Jika dengar ceramah pemimpin pembangkang bukan main lagi berapi rapi"kita meraikan perpezaan pendapat dalam ruanglingkup demokrasi yang di amalkan di negara kita", kata ustaz politik di sambut dengan anggukan lebai lebai tanpa segan silu.
Saya ada terbaca juga komen mereka yang menambah perisa, menambah chili pada pedasnya, menambah garam pada masinnya. Walhal ada diantara mereka sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, kalau pulang pun ketika musim perayaan di hari raya. bagaimana mereka tahu berapa kerapnya YB BN menemui penduduk. Apatah lagi mereka ini menjauhkan diri dari terlibat dengan program kemasyarakatan. Mereka inikah ingin membantu masyarakat kampung? jauh panggang dari api, mereka hanya tahu meniup api kemarahan rakyat dengan dakyah kebencian kepada kerajaan.
Sukar bagi mereka menerima kebenaraan kerana dalam program kemasyarakatan mereka tidak akan muncul sekalipun di lakukan di Jengka. Apatah lagi mereka yang berada di luar Jengka, jika pulang ke kampung halaman pun setahun sekali . Mereka umpama komuniti katak yang berbunyi sahut sahutan selepas hujan sahaja, senyap sunyi dibalik tempurung bila mentari menyinarkan cahaya.
P/S : BARU JENGOK WALL GROUP SUARA KATAK JENGKA, RUPANYA POSTING TERSEBUT TELAH DITARIK BALIK. BAGUS KAN...!! CAMPAK ISU , DAPAT KOMEN BERIBU KOMEN NEGATIVE LEPAS ITU DELETE POSTING. DAMAGE HAS BEEN DONE
Subscribe to:
Posts (Atom)





















