ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Berita Dunia
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Kemaluan DiKerat Kerana Merogol

Kumar kini tenat, selepas dia dibelasah dan kemaluannya dipotong penduduk kampung yang berang. - Foto India Post
Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memperkosa gadis belasan tahun, kini tenat di hospital, selepas kemaluannya dipotong orang ramai menggunakan pisau pemotong daging.

India Post melaporkan, Suresh Kumar ditangkap penduduk di Rajashtan, negeri di barat laut India, selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Orang ramai bertindak mengheretnya ke kedai menjual daging dan memukulnya dengan kayu selama sejam, sebelum memotong kemaluannya, selepas ternampak lelaki berusia 40 tahun itu memeluk gadis belasan tahun itu.

Mereka kemudiannya membuang kemaluan lelaki itu ke tengah jalan dan membiarkan dia meraung kesakitan.

Menurut saksi, Aamir Dhawan, tidak ada orang yang menghulurkan bantuan kepada lelaki itu, kerana mereka mahu dia dihukum atas jenayah seks.

“Keganasan terhadap wanita sudah berleluasa di negara ini, dengan mangsa diperkosa dan digantung. Sudah tiba masanya kita bertindak mengajar mereka yang terbabit.

“Kejadian ini adalah mesej kepada orang ramai, jika anda melakukannya, anda akan dihukum,” katanya.

Bagaimanapun, polis berhasrat menahan penduduk yang terbabit dalam menghukum Kumar.

“Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati. Negara ini ada undang-undang. Kami meminta mereka yang menyerang Kumar menyerah diri, sebelum kami menangkap mereka,” kata jurucakap polis tempatan.

Kumar dibawa ke hospital dan keadaannya dikatakan tenat, sementara gadis yang cuba dirogolnya diberi kaunseling.

Julai lalu, seorang lelaki mati, sementara dua lagi parah, selepas mereka dituduh merogol dan menggantung seorang kanak-kanak tujuh tahun di atas pokok, di sebuah kampung di Benggala Barat.

Penduduk kampung yang berang, bertindak menyerang seorang lelaki ‘alim’ bersama dua rakannya, sebelum memukul mereka.


P/S~ Huh..abis anu..dah tak boleh nak mengganas lagi..lepas ni kalau tengok awek ..air liur je lah agaknya yang melelah..ada berani..sendiri mau ingat

Saturday, 11 October 2014

Kanak2 Mati Ditimpa Kambing Korban Jatuh Dari Bumbung


Malang memang tak berbau..siapa sangka kambing yang biasanya ada di padang meragut rumput boleh berada diatas bumbung entah apa yang dicari jika mengikut akal manusia.Namun begitulah nasib seorang kanak-kanak yang bernasib malang apabila seekor kambing yang mahu dijadikan korban sempena Aidil Adha jatuh dari bumbung dan menimpa beliau.

Kanak-kanak lelaki yang berasal dari Turki meninggal dalam satu insiden tragis. Anak tersebut tertimpa seekor kambing korban yang jatuh dari atap sebuah bangunan apartemen enam tingkat.

Heval Yildirim (13) sedang bermain dengan kawan-kawannya menjelang hari raya Idul Adha pada akhir minggu lalu, sebelum insiden itu terjadi.

Ayah Heval, Mehmet, membawa seekor kambing untuk dikorbankan pada hari raya Idul Adha. Akibat tak ada cukup ruang untuk menaruh kambing itu di apartemennya, Mehmet kemudian menaruh hewan itu di bumbung.

Mehmet mengatakan kepada polis , hewan yang ketakutan itu melompat pagar yang dibuatnya di atas bumbung tersebut, sebelum jatuh menimpa Heval. Setelah tertimpa kambing, Heval sempat dikejarkan ke rumah sakit. Namun, Heval dinyatakan meninggal dunia dalam perjalanan.

“Saya sangat sedih. Namun, apa lagi yang harus saya katakan? Bahkan, pendakwa juga mengatakan bahawa insiden ini mungkin yang pertama di dunia,” kata Mehmet.

Pendakwa menggambarkan kes ini sebagai satu kes yang belum pernah terjadi sebelumnya.


P/S ~ Memang ajal dia..muskil juga orang Turki bela kambing dalam apartment agaknya..mewah sungguh atau memang takde padang ragut atau mungkin tak selamat kambing dipadang ragut sebab takut hilang sebelum sempat dikorbankan.Ada baiknya kita berhati hatilah lepas ni bila melalui flat atau kondominium takut juga ada kambing terjun dari atas.

Gadis Poster Jihad ISIS Mahu Pulang

Samra dan Sabina yang melarikan diri untuk menjadi isteri pejuang ISIS, kini mahu kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di Austria.
Gadis-gadis remaja di Austria yang melarikan diri untuk menyertai jihad kumpulan militin ISIS, mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana merasakan mereka telah membuat kesilapan setelah terjebak dengan gaya hidup sukar dengan kumpulan itu.

Memetik laporan New York Post, dua remaja itu, Samra Kesinovic, 17, dan Sabina Selimovic, 15, dipercayai berkahwin, kini hamil dan tinggal di bandar Raqqa di utara Syria. Media Austria melabelkan mereka sebagai gadis poster untuk jihad.

Kedua-dua gadis itu mula berubah sikap pada April lalu, dan mengambil keputusan melarikan diri daripada keluarga masing-masing dengan meninggalkan nota ringkas yang berbunyi:” Jangan cari kami. Kami mahu mengabdikan diri untuk Allah dan kami akan mati untuk Dia.”

Samra dan Sabina membesar di Vienna tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga mereka kerana mahu terbabit dalam perjuangan ISIS ini.

Media Austria, Centrel Europe News melaporkan bahawa kedua-dua gadis itu kini mengatakan mereka mahu kembali kepada keluarga mereka.

Samra dan Sabina telah menghubungi keluarga masing-masing dan memberitahu mereka mereka tidak tahan hidup di negara Islam tersebut. Mereka juga berkata tidak akan boleh melarikan diri daripada kehidupan kini kerana terlalu ramai orang mengaitkan mereka dengan ISIS.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria, Karl Heinz Grundboeck berkata: “Agak mustahil bagi mereka yang telah pergi ke sana untuk kembali kembali semula ke Austria.”

SUMBER

Monday, 29 September 2014

Video Saat-Saat Lelaki Dibaham Harimau


Menyaksikan haiwan di Zoo memang mengasyikkan tapi awas malang memang tak berbau cuma kentut yang berbau.Sekalipun tak pernah tengok harimau dibelakang rumah anda janganlah teruja sangat sampai mengabaikan aspek keselamatan.Video bagaimana seorang lelaki di India yang terjatuh dikandang harimau disebuah zoo menjadi viral di internet kebelakangan ini diharap memberikan pengajaran agar berhati-hati.






Penemuan 18 Coli Pontianak Gemparkan Penduduk


Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan.

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.

Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak.

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama.

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu.

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,” kata Eko. – JPNN / Agensi

Sunday, 28 September 2014

Hudud di Aceh Sah Terpakai Ke Atas Islam dan Bukan Islam


KUALA LUMPUR: Dewan Perwakilan Rakyat Aceh awal hari ini sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam, laporBBC Indonesia.

Undang-undang yang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang bermula pada Jumaat malam dan berlarutan sehingga pukul 4 pagi Sabtu waktu Malaysia.

Sidang itu disertai oleh tidak sampai separuh daripada keseluruhan 69 orang wakil rakyat. Namun semua wakil empat fraksi yang menganggotai dewan perundangan itu dalam ucapan mereka menyatakan sokongan padu.

Jurucakap Fraksi Partai Aceh, Muhammad Harun yang membaca pandangan akhir pihaknya berkata parti itu setuju dan sepakat agar rang undang-undang itu diluluskan.

"Undang-undang jenayah merupakan sebahagian daripada pelaksanaan syariat Islam di Aceh. Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan tegaknya syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) di bumi Serambi Mekkah,” katanya seperti dipetik olehBBC Indonesia.

Sementara itu, wakil ‎Fraksi Partai Keadilan Sejahtera, Moharriadi berkata walaupun kanun itu terpakai ke atas orang bukan Islam, mereka "bebas memilih secara sukarela" sama ada mahu tertakluk atau tidak di bawah undang-undang tersebut.

Kanun Jenayah itu menggariskan kesalahan yang dikenakan hukuman hudud termasuk hubungan seks sesama jenis dan liwat.

Undang-undang itu menetapkan hukuman termasuk sebat, denda dibayar mengikut sukatan gram emas, dan penjara.

Pemimpin masyarakat Cina dalam reaksi sebelum ini berharap pelaksanaan syariah di Aceh tidak sampai memaksa wanita bukan Islam memakai tudung.

“Janganlah sampai ada pemberlakuan jilbab untuknon-Muslim. Ini sudah sangat asasi,” kata Ketua Umum Hakka Aceh, Kho Khie Siong seperti dipetik olehTempo.copada Khamis.

Kanun Jenayah itu tidak memperuntukkan tatacara berpakaian, manakala undang-undang mengenai tatacara berpakaian juga tidak menyentuh soal berpakaian orang bukan Islam.

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia di Aceh mempersoalkan kewajaran pelaksanaan hukum syariat Islam ke atas orang bukan Islam dan menyifatkannya sebagai aneh.

Pengarah Koalisi NGO Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan Allah.

“Tidak mungkin kita memaksanon-Muslimbertaubat sesuai kepercayaan kita (Islam). Mereka punya cara bertaubat sendiri sesuai ajarannya,” kata Zulfikar.

Beliau juga menekankan hukum jenayah Islam bertujuan untuk mendidik dan mencegah masyarakat daripada melakukan maksiat, katanya.


Friday, 26 September 2014

3 Susupek Rakyat Malaysia Ditahan Ada Kaitan Dengan ISIL


Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.

Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.

Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun.

Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.

"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS di sana."

Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS.


"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.

"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.

Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek.

Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.

Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia

Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.

Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.

Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.

Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com.


Siapa Sangka Budak 8 Tahun Dapat Hasil AS1.3 juta Setahun Dari Youtube


Buat duit mudah dengan Youtube boleh mencontohi adik Evan yang memiliki saluran Youtube Evan TubeHD – Foto Business Insider

Mungkin kita tidak pernah mendengar namanya, namun tanpa kita sedari Evan, 8 dari Amerika Syarikat adalah kanak-kanak paling popular di dunia.

Hanya dengan memuatnaik rebiu permainan kanak-kanak dan ‘video games’ kegemarannya di YouTube, Evan berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 juta setahun.

Saluran YouTube Evan TUBEHD turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan rebiu.

Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Menurut laporan Newsweek.com, projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak.

Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.

Thursday, 25 September 2014

ISIS Rekrut Militan Malaysia Melalui Media Sosial

Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) kini semakin bijak dalam strategi mereka untuk merekut lebih ramai pejuang mereka dengan menggunakan media sosial yang lebih mudah dan berkesan. – Gambar Reuters, 22 September, 2014.

Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) menggunakan media sosial sebagai kaedah merekrut utama mereka, mendaftarkan pejuang dari seluruh dunia, termasuk 40 rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Pegawai perisik kanan memberitahu The Malaysian Insider, media sosial menjadi saluran utama kumpulan militan tersebut untuk merekrut rakyat Malaysia, tidak seperti awal tahun 2000 di mana kebanyakan kerja-kerja merekrut dijalankan melalui sekolah agama.

Kebanyakan daripada 40 rakyat Malaysia yang sedang berperang bersama militan Isis di Timur Tengah dipengaruhi untuk berjuang menggunakan media sosial, kata pegawai tersebut dan menambah, kaedah tersebut boleh menarik yang lain untuk menyertai perang tersebut.


Malaysia setakat ini menahan 19 militan yang berkaitan dengan Isis dan masih mencari lima lagi militan, kata pihak berkuasa.

Ada antara mereka, seperti bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin yang terbunuh di Syria, bukan sahaja memuat naik status tentang aktivitinya dengan Isis di laman Facebooknya, tetapi juga menyeru orang lain supaya menyertainya.

Sebuah blog yang baru-baru ini mendapat perhatian ialah ahli kumpulan Negara Islam (IS) yang bernama "Shams", mendakwa dirinya doktor berumur 26 tahun dari Malaysia yang berada di Syria untuk membantu militan menggunakan kepakarannya dan berkahwin dengan pejuang Isis.

Pegawai perisik tersebut berkata, merekrut menggunakan media sosial merupakan pencapaian baru dalam dunia pengganas yang semakin berkembang.

"Kami sedang fokus kepada isu ini dan saya percaya kami bersedia seperti organisasi lain untuk menghadapi ancaman baru ini," kata pegawai itu.

Pegawai tersebut berkata, walaupun media sosial memainkan peranan yang penting dalam peristiwa Arab Spring, platform tersebut juga mewujudkan kebimbangan baru bagi agensi-agensi keselamatan.

"Kumpulan pengganas sedang menyesuaikan taktik mereka dan terpaksa berkembang kerana operasi membendung pengganas yang meluas di luar negara," kata pegawai tersebut.

"Kumpulan-kumpulan ini menjadi lebih cekap menggunakan operasi daerah, pengganas tempatan dan teknologi komunikasi sedia ada untuk kempen pengganas yang lebih panjang."

Pegawai tersebut berkata, kumpulan pengganas yang merekrut memberi inspirasi dan membimbing strategi global bukan sahaja melalui Internet, tetapi juga dengan komunikasi lebih canggih.

"Mereka juga menggunakan video propaganda yang banyak serta mesej menyeru pejuang baru yang berlegar melalui platform media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter."

Pegawai perisik kanan itu juga memberitahu The Malaysian Insider, sesetengah belia di Malaysia dijadikan sasaran rekrut melalui pentafsiran agama yang terpesong.

"Strategi mengumpul ramai orang yang berfikiran serupa bersama meningkatkan lagi sifat radikal jihadi."

Menurutnya, peranan media sosial dalam komunikasi hari ini lebih dinamik.

"Sebagai contoh, seorang aktivis di Mesir tweet tentang mengapa media digital sangat penting bagi organisasi yang mengalami pergolakan politik."

Pegawai itu berkata tweet aktivis tersebut berkata, "Kami gunakan Facebook untuk menjadualkan protes, Twitter untuk berkoordinasi dan YouTube untuk memaklumkan dunia."

Pegawai tersebut berkata, kenyataan itu menunjukkan perbezaan antara Internet dan media sosial.

"Media sosial akan pergi ke pihak radikal berbanding pihak radikal itu pergi ke Internet.

"Mereka yang ingin menjadi jihadi tidak perlu meninggalkan rumah untuk menjadi radikal atau menyertai mana-mana serangan pengganas yang merbahaya," katanya.

"Mereka boleh menjadi radikal dengan beberapa langkah kecil, tanpa perlu mengambil langkah besar di luar negara dan berisiko ditangkap agensi perisik.

"Dengan melayari forum di Internet yang tidak dipantau dan dilarang, mereka yang ingin menjadi jihadi boleh melabelkan diri mereka sebagai pengganas dengan sendirinya."

Mereka ini boleh mewujudkan sel pengganas alam maya untuk menyebarkan kepercayaan ideologi mereka, mengumpul dana dan mewajarkan serta mewujudkan motif bagi keganasan.

"Perkongsian maklumat yang kerap oleh bahagian pencegah keganasan di seluruh dunia merupakan salah satu penyelesaian untuk menangani masalah ini," katanya.

Selain pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sedang membantu memantau media sosial.

Bagaimanapun Pengarah Kanan Komunikasi Strategik Sheikh Raffie Abd Rahman berkata setakat ini mereka belum lagi menerima aduan tentang ini.

"Banyak perkara yang dibincangkan pengguna Internet di media sosial seperti Facebook, jadi ia agak sukar bagi kami untuk mengesan apa-apa yang mempromosikan kegiatan militan kecuali jika aduan dilaporkan," katanya.

Bulan lepas The Malaysian Insider melaporkan wanita Malaysia dipercayai menyertai militan Isis untuk menawarkan Jihad Al-Nikah ataupun jihad seksual.

Seorang pegawai perisik kanan juga mengesahkan terdapat tiga wanita rakyat Malaysia yang pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan militan Isis. 


SUMBER

Militan ISIS Adalah Ciptaan Amerika Syarikat – Dr Mahathir



Organisasi Pengganas Negara Islam (ISIS) adalah ciptaan Amerika Syarikat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini yang bertajuk “The Islamic State”.

Mahathir mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak belajar dari kesilapan lalu dengan berulang kali cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara tidak demokratik.

“Secara tiba-tiba, seperti ada satu kuasa di Timur Tengah seolah-olah digerakkan oleh keinginan yag kuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

“Dari mana mereka datang? Ia sama seperti Taliban yang diciptakan oleh Amerika Syarikat, “katanya dipetik dari blog chedet.cc

Mahathir menjelaskan rakyat Amerika takut dengan kebangkitan Syiah, mazhab Islam yang paling tinggi menentang Barat.

Beliau berkata selepas lebih 10 tahun pendudukan di Iraq, Amerika menyedari mereka tidak boleh tinggal di sana lagi. Oleh itu mereka memujuk majoriti Syiah Iraq untuk membentuk kerajaan dengan puak Sunni minoriti.

Tetapi Syiah mengambil keputusan untuk melucutkan Sunni daripada mempunyai peranan dalam kerajaan. Naib Presiden Sunni dituduh berkomplot terhadap kerajaan dan beliau terpaksa melarikan diri ke Turki untuk mengelakkan dari di tangkap atau dibunuh oleh kerajaan Iraq. Dan Iraq yang diperintah oleh Saddam Hussein, telah menjadi sebuah negeri Syiah.

Kemudian pemberontakan di Syria menggulingkan Bashar Assad, seorang pengikut Syiah. Amerika sentiasa mahu menggantikan kerajaan Syiah Bashar dengan kerajaan Sunni. Dengan Iraq dan Iran di bawah pemerintahan Syiah, kerajaan Syiah di Syria, seluruh Timur Tengah memihak kepada Syiah – musuh yang paling ganas di Amerika.

“Amerika melihat peluang untuk menggantikan Bashar dengan kerajaan Sunni, dengan percubaan dibuat untuk menggulingkan kerajaan Bashar.

Beliau berkata bagi memastikan ia adalah hasil daripada perang saudara di Syria, Amerika menyediakan bantuan ketenteraan dan wang untuk pemberontak Sunni di Syria untuk memastikan mereka menjatuhkan Bashar.

“Kebanyakan pejuang Sunni fanatik terhadap Syiah. Mereka mudah menerima bantuan Amerika Syarikat dan kemudian mengambil keputusan untuk menyeberang dari Syria ke Iraq untuk menggulingkan kerajaan Syiah di sana.

“Mereka mengimpikan seorang Khalifah Sunni baru untuk memerintah Sham, wilayah yang telah dibahagikan oleh British dan Perancis kepada Iraq, Syria, Lubnan dan Palestin.

“Namun, jika Sunni berjaya dalam negara Islam mereka akan membahayakan Israel dan kepentingan Amerika di rantau ini. Tiba-tiba Amerika Syarikat mendapati bahawa menumbangkan Bashar bukanlah idea yang bijak,” kata Mahathir.

Katanya, Amerika Syarikat seolah-olah tidak belajar daripada kegagalan strategi mereka yang lalu. Mereka mencipta Taliban untuk melawan Rusia di Afghanistan. Kemudiannya menjadi satu kesilapan.

“Mereka kemudian berperang ke atas Afghanistan dan Iraq yang tidak disangka-sangka boleh mendapatkan kemenangan dalam masa tiga bulan. Selepas sepuluh tahun berhabis untuk peperangan di negara-negara ini, kejayaan mereka hanya dalam mewujudkan puak pelampau Islam. Kini, mereka tidak mampu membebaskan diri daripada kedua-dua negara itu, “kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Amerika cuba untuk membuat perubahan rejim di negara-negara Arab yang hanya menggugat kestabilan negara-negara itu.

Demokrasi berakhir dengan puak anti-Amerika dari kerajaan pelampau Islam dipilih. Amerika Syarikat kini mendapati dirinya terpaksa menyokong kerajaan hasil penggulingan bukan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Rakyat Amerika begitu jahil tentang dunia luar Amerika. Mereka percaya apa sahaja yang kerajaan mereka lakukan adalah baik untuk Amerika. Mereka tidak akan belajar kerana media cetak dan elektronik tidak berada di bawah kawalan mereka.

“Amerika perlu banyak untuk belajar tentang hubungan luar,” katanya. myNewshub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...