ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Akta hasutan
Showing posts with label Akta hasutan. Show all posts
Showing posts with label Akta hasutan. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

Antara Hazirah Pelajar Melayu Dapat Phd Usia 24 Tahun Dan Adam Adli


Hazzirah Izzati Mat Lazim memang tidak sepopular Adam Adli.Hazirah hanyalah gadis biasa tapi mempunyai kebolehan yang luar biasa dengan pencapaian cemerlang didalam bidang akademik memperolehi Phd pada awal usia 24 tahun.Pencapaian beliau seharusnya mendapat liputan meluas media dan wajar dijadikan ikon kepada generasi kini khususnya anak-anak Melayu.Tentunya gadis ini memberikan keutamaan kepada pelajaran berbanding perkara-perkara lain adalah antara kunci utama kejayaan beliau.

Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.

Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.

Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.

Biodata Hazzirah Izzati

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

Akta Hasutan Aziz Bari Disoal Siasat




Aziz Bari bakal disoal siasat esok berhubung kenyataannya yang berbaur hasutan ekoran 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya berikutan kenyataaannya dalam dua artikel yang diterbitkan oleh Malaysia Insider Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari pada 1 September dan Only God, not Sultan, has absolute powers.Beliau akan disoal siasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan yang mencakupi mana-mana individu yang "melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan, akan berbaur hasutan".


Akta Hasutan tidak mengenal anda siapa samada ahli politik,ahli akademik,aktivis,wartawan ataupun ahli muzik sekalipun tetapi bagaimana kenyataan yang membawa implikasi kepada kemakmuran negara.Kadangkala ramai yang terlepas pandang betapa sukarnya kerajaan memastikan kerukunan negara yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini.Mencegah sesuatu implikasi buruk akibat budaya menghasut yang disemai Pakatan Rakyat dalam menarik sokongan politik.

Bagi mencapai tujuan politik kebebasan mutlak amat bakal menghancurkan negara.Berpolitiklah secara sihat dan matang.Jika tidak berpuashati dengan kerajaan terjemahkannya didalam pilihanraya yang memberikan rakyat pilihan menentukan bagaimanakah bentuk kerajaan yang mereka mahukan.Kemenangan Pakatan Rakya dalam PRU 13  di 89 kerusi dari 229 kerusi di Parlimen dan menguasai Kerajaaan Negeri Kelantan Tererangganu dan Pulau Pinang jelas membuktikan demokrasi tidak mati di Malaysia.

Sebijak mana anda sebgai ahli akademik anda pasti menunjukkan kebodohan dalam berpolitik,penghasut cenderung dan memilih penjara sebagai landasan untuk menjadi popular..mungkin ramai lagi yang berminat dan menerima nasib yang sama seperti Aziz Bari ingin merasakan betapa popularnnya beliau jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mungkin Azizi Bari akan berada satu sel dengan mereka yang gemar memainkan sentimen kebencian dengan menghasut dengan pelbagai isu yang boleh menggugat keharmornian negara seperti mempersoalkan sistem Raja serta mengajak rakyat menumbangkan kerajaan yang sah melalui pilihanraya ,mempertikaikan keputusan mahkamah ataupun membuat kenyataan berbaur hasutan  bagi niat menimbulkan kebencian berkaitan dengan agama dan bangsa seperti Dr Azmi Sharom,Ali Abd Jalil,,Safwan Anang,Adam Adli Abdul Halim,Anwar Ibrahim,Wan Ji Wan Husin, Susan Loone dan ahli politik seperti Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bagan Serai N Surendran, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dan Adun Changkat Jering Datuk Seri.





Friday, 26 September 2014

Akta Hasutan Anwar Disoal Siasat Lagi


Seramai tiga pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pergi ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk mengambil keterangan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keterangan diambil bagi menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung ceramah umum yang dibuat Anwar pada 25 Mac 2011 di Gombak.
Anwar tiba di Ibu Pejabat PKR untuk dimabil keterangan oleh pegawai polis dari IPD Ampang Jaya. - Foto TRP/ Zaini Hardy
Beliau turut ditemani peguamnya, Latheefa Koya dan N Surendran ketika sesi soal jawab diadakan.

Wednesday, 24 September 2014

Akta Hasutan-Ali Abd Jalil Ditahan Semula Selepas Diikat Jamin


Berani buat beranilah tanggung,mungkin dia nak menguji kejantanan dia dengan mencabar undang-undang .Tapi sayangnya masih ada yang terpengaruh dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang.Bagi golongan ini bersikap aggresif dalam memperjuangkan kebebasan merupakan sesuatu yang tiada batasannya.Tafsiran kebebasan mutlak dengan mengatakan apa sahaja yang pada fikiran mereka betul walha ianya mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Perjuangan Ali Abd Jalil yang ingin menghapuskan sistem beraja di negara ini wajar dibendung,aktiviti penyebaran ideologi ini boleh menjejaskan keharmornian negara.Jika di Thailand penghinaan terhadap sisitem beraja akan dikenakan tindakan yang berat.Ada baiknya beliau disumbat sahaja kedalam penjara buat jangkamasa yang lama agar memberikan pengajaran,baru dia akan mengenal erti kebebasan yang sebenar.

Selanjutnya sila klik




Saturday, 20 September 2014

Majlis Peguam Bakal Berguling-Guling Atas Jalanraya Bantah Akta Hasutan


Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam di Dewan MCA semalam meluluskan usul mengadakan bantahan aman terhadap penangkapan di bawah Akta Hasutan.Seramai 701 undi menyokong dan 13 membantah usul tersebut.Tangkapan yang dilakukan kebelakangan ini terhadap aktivis,pensyarah undang dan ahli politik disifatkan oleh Majlis Peguam didakwa kerana mereka mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Maka dengan itu mereka bercadang ingin membuat bantahan aman kononnya.Apakah selama ini siri bantahan aman diyakini akan menjadi begitu aman sekali.Malaysia sebenarnya lebih aman jika tiada demontrasi jalanan yang dipelopori oleh Anwar dan kuncu kuncunya.Adakah dengan mengadakan berdemontrasi sepanjang masa akan menyelesaikan masalah...?Peguam peguamlah yang sebenarnya yang mendapat laba sekiranya demontrasi yang awalnya dikatakan aman berakhir dengan kekecohan dan itulah yang mereka mahukan.

Jika berlaku tangkapan akibat kekecohan yang mungkin berlaku,peguam akan dengan mudah mendapat pelanggan.Benarkah mereka tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada anak guaman mereka?Bagi peguam yang terlibat dengan politik mereka akan menangguk di air keroh.Tiada yuran guaman asakan nama dan muka mereka terpampang di media massa sudah cukup bagi mereka.

Peguam-peguam yang menyertai demonstrasi nanti sebenarnya amat amat berharap mereka akan ditangkap dengan tujuan ianya akan menunjukkan kepada masyarakat dunia dan Malaysia khasnya bahawa Kerajaan Malaysia menindas pengamal undang-undang dan rakyat yang berbeza pendapat dengan pihak kerajaan.


Tangkapan dan pendakwaan dibawah Akta Hasutan tidak dilakukan sewenang wenangnya sebaliknya tentunya kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan tidak kira siapa waimma pensyarah undang-undang tidak boleh dipandang ringan.Kita boleh berbeza pendapat tetapi mengeluarkan kenyataan yang mengundang kepada keresahan masyarakat perlu dibendung sebelum tidak terkawal lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...