Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang kali ketigabelas 'panas' dengan tindakan YB ADUN Bilut dari DAP yang mendakwa Pilihanraya di Malaysia tidak bersih.
ADUN Bilut dari DAP Chow Yu Hui memanaskan suasana Sidang DUN ketika mencelah ketka YB ADUN Dong Shahiruddin Abdul Moin wakil kerajaan menggulung perbahasan.Berikutan dengan itu YB ADUN Lanchang dari BN Dato'Seri Sharkar Shamsuddin meminta YB ADUN Bilut menarik balik tuduhan tersebut.
Suasana panas cuba ditenangkan oleh Timbalan Speaker Dewan namun YB ADUN Pulau Tawar DS Ahmad Shukri Ismail selaku Pengerusi BNBBC mengusulkan kepada dewan supaya YB ADUN Bilut dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Usul tersebut mendapat sokongan YB ADUN Jengka Dato'Wan Salman Wan Ismail.Antara lain usul yang dibawa berbunyi "Dato Seri YDP Dewan...Saya mengusulkan secara lisan didalam dewan yang mulia ini,supaya YB DUN Bilut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasaan,kerana mengeluarkan tuduhan dan sangkaan jahat terhadap institusi yang dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agong iaitu SPR.Beliau telah mengeluarkan kata yang menuduh SPR sebagai tidak bersih sedangkan pilihanraya di negara ini telah mendapat sokongan oleh rakyat dan diiktiraf oleh dunia.
Perkataan YB DUN Bilut adalah biadap atau menggunakan perkataan biadap dan sangkaan jahat.Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Pahang Peraturan 36(4)(6) dan (7).
Secara Lisan saya minta supaya Dewan ini melalui Dato Seri Speaker memutuskan tindakan yang sewajarnya kepada ADUN Bilut
No comments:
Post a Comment