ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Gambar Sekitar Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday, 4 May 2012

Gambar Sekitar Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya


Dengan hanya sekali lafaz sahaja, pelakon cantik, Sharifah Norazean atau Scha Al Yahya sah menjadi isteri kepada Awal Ashaari selepas dinikahkan oleh bapa Scha sendiri, Syed Mahadzir Syed Kecik. 

Ia disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. 

Pernikahan yang diadakan pukul 9.15 malam di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menyaksikan Scha memakai persalinan baju nikah berwarna putih menerima mas kahwin sebanyak RM2,050. 

Semasa menunggu akad nikah dilafazkan oleh Awal, Scha sabar menunggu pembacaan khutbah nikah di atas pelamin indah yang bertemakan warna putih dan juga biru dengan ditemani oleh ibunya. 

Sebelum akad nikah dijalankan, jelas kelihatan perasaan gementar dan gugup di wajah Awal yang juga memakai persalinan baju melayu putih dan bersampin perak kebiruan. 

Sejurus selesai akad nikah berlangsung, Awal melakukan solat sunat sebelum upacara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin di jari Scha dilakukan. 

Kedua pasangan pengantin kemudiannya duduk di atas pelamin dan sempat memberikan ucapan kepada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis bahagia mereka. 

Scha juga dilihat menitiskan air mata tatkala bersalaman dengan ahli keluarganya setelah sah menjadi isteri Awal. 

Majlis akad nikah yang sepatutnya disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Awani bagaimanapun tidak berlaku seperti mana yang dirancang. 

Difahamkan terdapatnya masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan semasa majlis akad nikah dilangsungkan.






P/S :Semoga bahagia ke anak cucu..tiba-tiba lak aku rasa nak bersanding sekali lagi....ooooowh...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...