ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday, 7 November 2017

FELDA AKAN BINA 3,000 BUAH RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA DI PAHANG


7/11/107 KUANTAN - Masalah perumahan generasi ke dua Felda yang sering di perkatakan akhir akhir ini akan diatasi secara berperingkat peringkat. Melalui Bajet 2018 yang di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak baru baru ini. Melalui Bajet 2018 sebanyak 5,000 buah rumah akan dibina untuk mengatasi masalah perumahan generasi kedua FELDA.

" Menyedari Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan peneoka dan kawasan tanah rancangan FELDA yang luas, FELDA telah mensasarkan sebanyak 3,000 buah rumah akan di bina di negeri Pahang", tegas YB Tan Sri Shahril Samad Pengerusi FELDA ketika menyampaikan ucapan di hadapan 2,000 peserta Seminar Muafakat FELDA Wilayah Jengka di Gambang Resort Kuantan Pahang.

"FELDA akan kembali kepada matlamat asal dengan menumpukan kepada pengkhususan kepakaran FELDA selama ini. Soal pembinaan perumahan akan diserahkan kepada mereka yang lebih arif. Berhubungkait dengan itu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipilih sebagai pihak yang bertanggungjawab membina perumahan generasi kedua itu nanti".

" SPNB akan membina rumah dengan kos RM 55,000 se unit dan untuk tujuan itu kerja mengukur tapak yang sesuai di setiap tanah rancangan telah diarahkan dilakukan oleh pentadbiran setiap wilayah FELDA dan bukan lagi ibupejabat FELDA. Masalah salinan slip gaji dikalangan anak peneroka FELDA juga dijangka selesai memandangkan SPNB memberikan kelonggaran kepada mereka berbanding bank komersial".

"Pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Sg Felda Sg Sayong Johor merupakan projek perintis dikawasan FELDA yang telah berjaya membuahkan hasil dan akan di perluaskan di seluruh kawasan FELDA .Namun peneroka juga harus realistik dengan mengambil kira kemampuan dan jangkamasa di perlukan untuk melihat semua yang dirancang berjalan dengan baik. Adalah mustahil membina rumah generasi kedua sama jumlahnya dengan rumah peneroka asal FELDA yang berjumlah 120,000 buah rumah sejak penubuhan FELDA 60 tahun lalu. Pembinaan perumahan generasi kedua FELDA memerlukan masa dan sudah tentu tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat"

" Bagi mereka yang berkemampuan untuk membina rumah, kebenaran telah pun diberi kepada anak anak generasi kedua untuk membina rumah kedua di dalam tapak rumah peneroka. Ini akan serba sedikit akan dapat membantu kita melihat anak anak peneroka memiliki rumah mereka sendiri yang diidamkan".kata Tan Sri Shahril Samad .

Menyentuh isu yang sering ditimbulkan pembangkang yang menjadikan FELDA sebagai sasaran kempen kali ini beliau berkata " Pakatan Harapan dalam menifesto pilihanraya akan datang akan menyerahkan pengurusan tanah untuk dikendalikan oleh peneroka dan harta FELDA akan di swastakan. Penswastaan begini akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada peneroka akhirnya kerana ianya hanya menguntungkan kroni dan bukan peneroka . Bayangkan sahaja jika Menara FELDA yang mempunyai nilai 1 billion akan diberikan kepada kroni berbanding sekarang dimiliki oleh FELDA. FELDA sejak dulu akan sentiasa mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada peneroka dan sekiranya diswastakan kepada kroni seperti di tawarkan kepada Pakatan Harapan maka peneroka akan sedar ketika itu akibat buruk penswastaan seperti di tawarkan Pakatan Harapan.

Seminar Muafakat Wilayah Jengka FELDA itu akan membincangkan hala tuju FELDA dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat dikawasan FELDA. Ianya turut dihadiri oleh wakil rakyat yang mempunyai kawasan FELDA di Wilayah Jengka dan antara yang hadir YB Dato Bakar Harun ADUN Chini,YB Dato Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,YB Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka dan YB Dato Dr Ahmad Shukry Ismail ADUN Pulau Tawar.

YB Tan Sri Shahril Samad bersama peserta Seminar Muafakat
FELDA 

YB Tan Sri Shahril Samad sedang berbual bersama YB Dato
Shahaniza Shamsuddin 

Friday, 3 November 2017

POLITIK PINTAR DAN POLITIK BONGOK




Ramai dikalangan kita bosan dengan cerita politik kerana ianya berat untuk difikir. Rakyat Malaysia memang begitu kerana kecenderungan mengambil jalan mudah, ringkas dan praktikal. Jika perut menyanyi kelaparan seboleh bolehnya beli makanan bungkus atau makan di kedai atau warung. Memasak 
sendiri di rumah sekali sekala. Tetapi pelik juga KFC, McDonald dan kedai makanan segera yang lain tumbuh bagai cendawan selepas guntur di langit takkala Malaysia dikatakan menuju bangkrup. 

Sudah agak lama saya tidak menulis secara konsisten tentang pandangan dan apa yang bermain di benak fikiran isu isu politik. Namun perkembangan mutakhir ini membuatkan jejari saya semakin gatal untuk menari nari di atas keyboard dengan irama yang lebih brutal.

Semalam saya terbaca komen netizen (budak wechatt agaknya) di dalam sebuah portal pembangkang TipuKini. Ehh..kalau saya tidak suka portal TipuKini kenapa baca juga. Bila pula membaca suatu kesalahan ? Mempercayai bulat bulat tanpa di perhalusi kebenaran antara kisah sahih dan propaganda itu sebenarnya meletakkan di mana taraf pemikiran kita.

Sekalipun ramai yang terpelajar tetapi jika berita palsu yang diulang ulang berkali kali ianya akan di percayai benar.Berita separuh masak dianggap seperti telor separuh masak menjadi sarapan minda dan jiwa.



Berbalik kisah budak we chatt yang membuat komentar di portal pembangkang TipuKini berkali kali mengeluarkan parti UMNO dengan 'Umnongok'. Betapa amannya Malaysia tanpa 'Umnongok' dan DS Najib digelar dengan Najis. Saya tidak sampai hati mahu print screen apa yang beliau tulis biarlah saya hanya mengulas di sini.

Saya geleng geleng kepala membaca setelah saya periksa profail facebook beliau adalah seorang pelatih di Pahang Skill Development Centre (PSDC). Kedangkalan beliau memahami apa itu politik yang diputarbelitkan dengan propaganda pembangkang melalui Tipukini.

Betapa bongoknya sebuah parti yang digelar 'Umnongok' , hanya Pahang sebuah negeri di Pantai Timur yang gagal di tawan pembangkang semenjak 1959. Kelantan dan Terengganu mempunyai sejarah kejatuhan parti UMNO tetapi tidak bagi negeri Pahang. Tetapi Terengganu cepat bangkit dari kekeliruan dan kembali kepada pemerintahan UMNO.

Sayang seribu sekali sayang budak wee chatt yang menuntut di Pahang Skill Development Centre tidak menyedari bahawa kewujudan isntitusi pendidikan kemahiran itu adalah idea 'kebongokan' 3 pihak iaitu Kerajaan Persekutuan ,Kerajaan Negeri Pahang dan Swasta. Beliau mungkin tidak menyedari bahawa kecerdikan beliau tidak melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya hanya layak mengambil kursus kemahiran .

Kerajaan Pahang yang yang diterajui UMNOlah(yang beliau kata Umnongok) yang memberikan peluang pendidikan kepada beliau supaya dapat membezakan apa erti bongok tetapi jika beliau terus memilih untuk terus bongok, apakan daya kerana pembangkang memang sukakan mereka yang berfikiran seperti beliau.

Melalui Yayasan Pahang yang telah pun membelanjakan lebih  RM1,000.00 juta dalam bidang bidang pendidikan melalui bantuan kecemerlangan akademik,biasiswa dan pinjaman bagi memastikan tiada anak Pahang tercicir dalam meneruskan pembelajaran. Sebanyak lebih RM 80 juta setahun dibelanjakan dalam bidang pendidikan .Malangya jika masih ada pelajar yang tidak tahu mengenang di untung dengan melabel pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan jelaslah mereka mudah termakan dengan dakyah pembangkang. 

Pembangkang selama ini tidak berbuat apa apa selain merosakkan pemikiran anak muda.Politik pintar UMNO melahirkan generasi berpendidikan bagi memastikan anak bangsa dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa yang lebih maju.Manakala politik bongok pembangkang meracuni pemikiran anak muda menjadi bongok seperti mereka.

Wednesday, 11 January 2017

BILAKAH KOLEKSI HIMPUNAN FITNAH RAFIZI BERAKHIR...?


Dalam dunia politik, fitnah akan dibawa oleh mereka yang benci,disebarkan oleh mereka yang menipu dan akan dipercayai oleh orang gila.Rafizi adalah terkehadapan dikalangan  ahli politik pembangkang yang dalam dirinya penuh dengan kebencian.

Fitnah yang dihasilkan dari kilang kilang PKR ini disebarkan dengan mudah dengan kepesatan teknogi maklumat oleh mereka yang dalam dirinya mempunya DNA penipu yang mengalir dalam pembuluh darah selagi bernafas .Penipu-penipu ini secara terancang menyebarkan melalui jentera parti pembangkang dan dikutip secara borong oleh portal yang pro mereka seperti mereka yang terkenal sebagai Sole Distributer Fitnah Malaysia seperti Meloyakini.

Bukanlah anih pula di Malaysia lahirnya mereka yang hadam akan berita fitnah yang dihidangkan adalah terdiri dari mereka yang gila sahaja.Mereka berselera sahaja makan didalam jamban politik pembangkang.

Bagi memenuhi permintaan orang yang gila yang kelaparan sajian ulam ulaman kebencian,Rafizi umpama cheff masakan yang mempunyai resepi ini semua.Enak dimakan begitu sahaja walaupun digaul dengan kaki oleh Rafizi.

Berita panas disediakan dan disebarkan mengalahkan maggie mee malah kurang 2 minit untuk disuap tanpa soal dan selidih terlebih dahulu kerana tembolok orang gila mampu bekerja tanpa dikisar dan diperhalusi untuk dihadamkan.

Jika mahu disenaaikan banyak sekali deretan berita fitnah yang dicipta oleh Rafizi dan yang terkini mengenai projek MRT .

-mendakwa kos bagi MRT1 SBK sebanyak RM 21 billion bagi laluan sepanjang 21km walhal ianya untuk laluan 51 km dan mendakwa kos  setiap kilometer adalah 1 billion dan anggaran projek tersebut sebanyak RM 30billion

-membuat perbandinga satu projek terowong kosong di Bacelona dengan  projek MRT yang lengkap dengan mendakwa projek MRT di Malaysia lebih mahal...apa punya bingai

- menggunakan maklumat daripada  blog yang tidak sahih iaitu 'Pedesrtian Observation dimana telah dibuktikan silap serta mengambil contoh berpilih yang paling murah daripada 25 projek MRT bagi menunjukkan kontraktor mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.

-apa yang lucunya contoh yang diberikan oleh Rafizi bagi projek MRT di Seoul turut disangkal oleh Meloyakini yang sedikit cerdik daripada terus ditipu oleh Rafizi.

Deretan fitnah Rafizi ini jika disusun boleh menjadi lebuhraya fitnah terpanjang dalam sejarah Malaysia.Isu cincin Rosmah yang hanya dikatakan gurauan,saman malu LTAT,Tabung Haji dan banyak lagi.






Tuesday, 10 January 2017

ANTARA AKU ,MOHD FAIZ SUBRI DAN BOLASEPAK


Peminat bolasepak senatero dunia hari ini meriah dengan memperkatakan kehebatan anak Melayu yang bernama Mohd Faiz Subri dari Malaysia yang telah menerima pengiktirafan bertaraf bolasepak dunia dengan memenangi 2016 Puskas award for goal of the year at FIFA'

Nama Mohd Faiz Subri kini sebaris dengan pemain ternama bolasepak dunia seperti Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013) and James Rodriguez (2014).

Tahniah aku ucapkan sebagai anak Melayu yang berasal dari Malaysia kerana bolasepak memang menjadi sukan kegilaan di negara ini.Tumpang bangga kerana aku mempunyai sedikit persamaan yang mungkin juga anda diluar sana.

Barangkali diantara kita cuma bukan berada ditempat dan waktu yang betul.Sebagai pemain bolasepak aku juga boleh menilai tapi tidaklah sehebat penilaian FIFA dan jika anda seorang pemain bolasepak pastinya akan menganggukkan leher tanda setuju tentang apa yang aku perkatakan.

Penilaian dibuat dari gol yang dijaringkan dengan pelbagai teori seperti melawan hukum fizik biologi dan kimia pada jarak 25 meter melalui sepakan percuma.

Sebenarnya ramai yang telah melakukannya termasuk pemain amatur dan ala ala kampung boy seperti aku cuma malangnya jaringan kami ni tidak dpat di nilai kerana tiada liputan.

Dikampung mana ada penonton,kalau adapun seorang dua Tok Empat atau Pak Haji yang on the way nak ke masjid singgah sebentar di padang awam .Apatah lagi dirakam melalui video yang dapat diviralkan  seterusnya menarik perhatian seluruh dunia.

Aku sendiri pernah menjaringkan gol pada jarak lebih jauh dari 25 meter malahan ada yang setengah padang bola dan menariknya bukan dalam keadaan bola mati atau sepakan percuma.

Lebih dari banana kick..papaya kick pun ramai yang dah melakukannya. Bola yang kami gunakan juga bulat  sama seperti Mohd Faiz Subri gunakan tetapi yelah,seperti yang aku katakan tadi,anugerah yang aku terima hanyalah dibelanja minum teh tarik Kedai Kopi Janda anak satu dihujung kampung selepas tamat permainan.

Jangan pula ada yang berkata aku ingin merendah rendahkan kemampuan Mohd Faiz Subri,sekadar berkongsi pengalaman sebagai pemain kampung yang juga meminati bolasepak.

Cuma penantian kita nanti,apakah kesudahan Mohd Faiz Subri adakah sekadar mewakili P.Pinang di Liga Malaysia sahaja. Pencapaian skuad bolasepak di Malaysia sebenarnya boleh maju kehadapan tetapi arahnya kini seakan semakin melencong seperti mana tendangan Mohd Faiz Subri .

Beribu gol pun yang dijaringkan dengan gaya sepakan Mohd Faiz Subri,apakah akan mengubah landskap dan senario bolasepak di Malaysia...?

Apakah impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Malaysia layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia hanyalah angan angan  Mat Jenin..?
Skuad bolasepak negara Malaysia seharusnya menjadi keutamaan dan kayu pengukur kemajuan bolasepak di Malaysia.

Ramai yang meletakkan kemajuan bolasepak negara ditangan FAM.Aku setuju tapi bukanlah seratus peratus tapi semua pihak peminat,pemain ,NGO,kerajaan memainkan peranan masing-masing.



P/S ~ Petang ni rasa nak turun main bolasepak tapi lupa but bolasepak aku letak kat mane ye..tikus bawa lari agaknye..









Friday, 4 November 2016

MINYAK NAIK...MINYAK HILANG...DARAH NAIK...UNDI HILANG..!!!!!


Kekurangan minyak masak di pasaran menimbulkan rasa tidak puashati khususnya sebilangan besar rakyat Malaysia.Pastinya krisis minyak masak ini satu lagi bom jangka yang mana jika tidak ditangani dengan kadar segera akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi politik,ekonomi dan sosial



Mudahnya adalah menuding jari kepada kerajaan khususnya KPDNKK yang bertanggungjawab memastikan barangan kawalan dibawah selian kementerian tersebut.Penguatkuasaan ternyata amat lemah dan perlu diselesaikan segera,atau jika tidak akan menjadi sasaran mudah kritikan rakyat yang semakin mudah melontarkan pandangan dan persepsi negatif dengan mengviralkan ketidakcekapan KPDNKK menangani isu minyak masak.

Secara mudahnya barangan kawalan seperti minyak masak selalunya dilesenkan pengilang dan pengedarannya kepada syarikat yang dilantik dan KPDNKK tahu jumlah yang dikeluarkan dipasaran.Rakyat tidak mahu tahu alasan mengapa berkurangnya bekalan tetapi penyelesaian dengan pantas dan kaedah yang terbaik.

Kenaikan harga dua jenis minyak secara serentak iaitu minya masak dan minyak kenderaan membuatkan rasa cemas dan gusar rakyat yang baru sahaja agak reda dengan isu GST yang dikaitkan dengan kenaikan barangan seterusnya meningkatkan kos sara hidup.

Jika minyak kenderaan petrol dan diesel bolehlah kerajaan memberikan alasan Malaysia bukan negara pengeluar yang besar.Ini kelapa sawit adalah antara eksport utama negara dan FELDA Hanya Satu Di Dunia akan menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.

Jika KPDNKK masih dibuai mimpi..eloklah Menteri KPDNKK mengikuti jejak Hasan Malek meninggalkan kerusi panas kementerian kerana rakyat makin panas hati dengan alasan yang berbelit-belit tanpa sebarang tindakan segera..



Thursday, 3 November 2016

NAJIB JUAL MALAYSIA MELALUI BANDAR MALAYSIA KEPADA CHINA..!! - SATU PENJELASAN..!!!



Ramai yang kecoh pasal PM melawat China. Macam lah baru Malaysia ada hubungan dengan Republik Rakyat China (PRC) semalam. Hakikatnya, sejak 28 April 1974 (tarikh Tun Abdul Razak membuat lawatan bersejarah ke China), 5 PM Malaysia telah pun melawat China sebanyak 15 kali. Tun Dr. Mahathir seorang saja dah 7 kali: 1980, 1993, 1994, 1996, 1999, Februari 2001, Oktober 2001. Dua orang Yang di-Pertuan Agong pula pernah mengadakan lawatan negara (state visit) ke China pada 1991 dan 1997. Beratus-ratus perjanjian meliputi kerjasama keselamatan, ekonomi dan kebudayaan telah pun ditandatangani. Semuanya tidak bermula tahun 2016.

Bukan itu yang saya nak cerita. Cuma bagi saya, hujah yang mengatakan bahawa keterlibatan China dalam pembinaan landasan East Coast Rail Line (ECRL) semata-mata faktor politik domestik Malaysia adalah sangat dangkal (shallow). Sebenarnya, China nak buat semua itu adalah disebabkan kepentingan strategik yang lebih besar, iaitu menjadikan Malaysia sebagai satu hab dalam rangkaian “One Belt, One Road” (OBOR).

OBOR ialah satu strategi raya (grand strategy) yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013. “One Belt” merujuk kepada pembinaan laluan keretapi yang menghubungkan China dan Eropah melalui jalan darat yang merentasi Kazakhstan, Turki, Russia, Belarus dan lain-lain negara sehingga ke Rotterdam di Belanda. Manakala “One Road” pula merujuk kepada pembinaan pelabuhan di sepanjang jalan laut yang melewati Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan lain-lain negara sehingga ke Venice di Italy. Kedua-dua jalan ini merupakan jalan perdagangan utama dunia sebelum abad ke-15 yang dikenali sebagai Laluan Sutera (Silk Road), laluan yang digunakan oleh pedagang Eropah untuk berdagang dengan China, sebelum Turki Uthmaniyyah menguasai Laut Mediterrenea pada abad ke-15 dan memaksa negara-negara Eropah mencari jalan alternatif melalui Lautan Atlantik dan Hindi.

 Ia diberi nama Laluan Sutera sebab barangan utama yang diimport dari China ialah sutera dan teh. Oleh itu, nama “One Belt” secara rasmi ialah “Silk Road Economic Belt” (SREB) manakala “One Road” dinamakan “The 21st Century Maritime Silk Road” (MSR). Xi melihat strategi ini sebagai penghidupan semula Laluan Sutera yang merupakan simbol ketamadunan China.

Kehebatan OBOR bukan saja pada skala geografinya, tetapi juga pada skala kosnya. Untuk menjayakan OBOR, perlu ada satu trillion (1,000,000,000,000) yuan, bersamaan dengan US$ 160 billion. Tapi mujurnya China banyak duit. Maka China pun mendirikan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia atau AIIB (US$ 100 billion) dan Dana Laluan Sutera (US$ 40 billion) untuk membiayai projek-projek OBOR. Bukan Malaysia saja, Britain pun menyertai AIIB. Tapi rakyat Britain yang sentiasa meletakkan kepentingan negara (national interest) dalam minda tak akan mengatakan bahawa pemimpin mereka menjual negara.

Apa tujuan OBOR? China selama ni bergantung pada jalan perdagangan laut yang meliputi Laut China Selatan dan Selat Melaka. 80% barangan import dan eksport China perlu melalui jalan ini dan jalan ini adalah sangat tidak selamat. Bila-bila masa, musuh-musuh China boleh menyekat laluan kargo China. Siapa musuh-musuh China? Amerika Syarikat dan Jepun. Kedua-dua negara telah lama merancang untuk menguasai Selat Melaka, tapi mujurnya ditolak oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia. India pula “frenemy”, kadang kawan kadang lawan. Bayangkan kalau negara-negara ini menyekat laluan barangan China yang kritikal seperti petroleum (barangan import terbesar China), ekonomi China boleh lumpuh dalam sekelip mata. Maka, China memerlukan strategi untuk melindungi kepentingannya. SREB membolehkan China menggunakan jalan alternatif yang tidak dapat dicapai oleh Amerika dan konco-konconya, manakala MSR pula memperkuatkan lagi kedudukan China di kawasan Lautan Pasifik dan Hindi.

Dengan membina jaringan pelabuhan dan laluan keretapi, kargo China yang sampai di pelabuhan akan terus diangkut melalui laluan darat. Contoh, minyak dari Oman sampai ke Melaka, terus diangkut melalui keretapi ke Tumpat, dan disambungkan ke Thailand, seterusnya ke selatan China. Itu yang China lakukan di Pelabuhan Gwadar, Pakistan. Pelabuhan tersebut telah pun siap dan minyak import dari Arab akan terus disalur ke Xinjiang, China melalui paip minyak bawah tanah. Perjalanan dari Oman ke Pakistan selamat dari sebarang ancaman Amerika dan konconya.

Pada asalnya, sebelum ada MSR, China mempunyai rancangan untuk membina Terusan Kra di selatan Thai. Dengan itu China boleh “bypass” saja Laut China Selatan dan Selat Melaka yang banyak masalah. Tapi apa akan jadi kepada Malaysia? Pelabuhan di Klang, Tanjung Pelepas, Johor, Penang, Bintulu, Kemaman semua boleh tutup kerana China tak akan guna, dan negara-negara lain pun akan ambil alternatif yang lebih selamat, berbanding dengan Selat Melaka yang terkenal dengan lanun yang banyak dan laluan yang sempit. Yang boleh pasti Singapura pun tak dapat hidup. Boleh agak Singapura telah pun melobi mati-matian supaya China tidak melaksanakan projek Kra dan digantikan dengan MSR.

Saya tidak pro-China. Tapi hakikatnya, Malaysia ialah sebuah kuasa kecil (small power), selamat atau tidak dalam sistem dunia bergantung pada kebijaksanaan dalam hubungan antarabangsa. Kebijaksanaan dalam mengurus hubungan dengan kuasa-kuasa besar. Untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara, apa yang perlu bukan slogan, tapi “balance of interests” di antara negara. Nak pastikan kedudukan Malaysia dalam perdagangan maritime kekal relevan, suka atau tidak, kita perlu bekerjasama dengan China dalam inisiatif seperti OBOR. Meraikan kerjasama dengan penuh berhati-hati, jangan tolak peluang ke negara-negara lain. Kedudukan Malaysia sebagai “laopengyou” (old friends) dalam hubungan luar China harus dimanfaatkan, jangan disia-siakan.

Ya China memang pembuli. Tapi kepentingan di Laut China Selatan (LCS) hanya dapat dipertahankan melalui diplomasi dgn China, sebab China tak akan layan keputusan mahkamah whatever, dan keterlibatan Amerika dalam isu LCS bagai menyimbah minyak atas api saja kerana China anggap itu sebagai provokasi. Tak nampak kah sebaik saja Duterte melawat China sambil mengkritik Amerika, terus China membenarkan nelayan Filipina beraktiviti di Scarborough Shoal. Duterte mempraktikkan seni diplomasi, bukan retorik semata-mata.

Sementara negara-negara jiran kita (Filipina, Indonesia, Thailand) tengah berbaik-baik dgn China dengan menonjolkan kepentingan mereka kpd China, jangan kita ketinggalan. Jangan lupa negara-negara jiran ini masih ada “unfinished business” dengan Malaysia, katakan, Filipina mendapat sokongan China untuk menuntut wilayah Sabah, apa akan jadi kepada Malaysia? Tidakkah persahabatan Malaysia dengan China boleh menjadi "hedge" kepada situasi-situasi sebegini?

Memang bahaya pun jika bergantung kpd China. Itu sebab pentingnya hubungan dengan kuasa-kuasa besar lain untuk mewujudkan imbangan kuasa (balance of power), tak kira lah dgnn Amerika, Jepun, Russia, India atau Australia. Kerajaan dah lama sedar pun kebergantungan China boleh mengundang kemudaratan, itu sebabnya Malaysia menyambut “Pivot to Asia” di bawah Obama. 
Tapi kalau pergi Amerika pun, orang kutuk, pergi Jepun pun orang kutuk, pergi Russia pun orang kutuk, nak buat macam mana?

AKSI COM MOLOT TUN DAN ZAH TERSEBAR.... SKANDAL PANAS BERAPI ABAD INI.....!!!!!!


Siapa sangka segalanya berlaku begitu pantas dikhalayak ramai.Tanpa segan silu aksi ghairah mereka berdua tersebar dimedia sosial.Ada yang tepuk dahi,ada yang garu kepala malah ada yang mulut kumat kamit bermonolog seorang diri.

Tun Faisal dan Zahrin Md Yasin adalah nama besar penggiat media sosial di Malaysia.Jika dalam sebulan kebelakangan ini terjadi perang besar diantara mereka di media sosial tapi akhirnya kelibat mereka berciom molot di Parlimen menjadikan persoalan yang bermain di fikiran follower yang mengikuti mereka.


Tidak perlulah di paparkan kronologi kononnya persengketaan diantara mereka kerana catatan mereka di facebook/blog/twitter yang penuh kecaman dan carut marut masih terpahat di wall mereka membuatkan ada diantara follower mereka semakin menggerutu kepala memikirkannya.

#TibaiPM kamitibaibalik,#salambaliktiang,#mykemut  dan pelbagai carut marut menjurus kepada kebencian seakan meletakkan mereka dengan sebaris dengan ahli politik yang sering bermuka muka.


Persoalan prinsip mudah sahaja digadaikan dengan memperalatkan penggiat media sosial yang lain mendokong kebencian sesama penyokong malahan bagi pihak pembangkang pula mereka bertepuk tangan dengan segala macam keburukan dan kejelekan kerajaan menjadi hidangan untuk disajikan.

Sasaran serangan politik melalui media sosial bukan lagi dihalakan kepada pembangkang sebaliknya beralih kepada gelanggang sendiri dengan menyaksikan ada diantara mereka seolah olah bangga berjaya menggelecek pertahanan senddiri dan seterusnya menyumbat gol sendiri.

Kemeriahan sorakan penonton melihat mereka menjaringkan gol sendiri mengkhayalkan mereka walaupun sebenarnya mereka adalah pasukan yang kalah tetapi beranggapan riuh rendah di stadium memuji  permainan ini.


Mungkin benar kata Ronald Reegan "Politik dianggap sebagai profesion tertua kedua (yang pertama adalah pelacur). Saya akhirnya menyadari bahwa ia adalah cermin yang amat dekat dengan yang pertama



Tuesday, 1 November 2016

KISAH PUAN SERI SUKA PANCUT DI LUAR DARI DI DALAM...!!!PANAS BERAPI..!!!


Siapa yang tidak mengenal dengan dia dengan  Puan Sri yang terkenal dengan kemewahan dan gaya hidup seorang celeberiti.Barangkali bila usia semakin meningkat sedangkan nafsu masih membuak-buak ingin mencipta nama beliau memilih untuk menjadi populis sebagai aktivis alam sekitar.

Puan Sri Syed Sabrina Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEKA semakin galak mengkritik pihak kerajaan kononnya tidak sensitif dalam pemuliharaan alam sekitar tidak terkecuali di Pahang.


Namun agak mengecewakan kegalakan beliau untuk hadir sebagai Presiden PEKA Malaysia setelah dijemput hadir bagi menghadiri Bengkel Kelestarian Sumber Air yang berakhir hari ini selepas berlangsung selama dua hari di Kuantan Pahang yang menghimpun ramai pecinta alam sekitar dan mereka yang berkaitan.








Ini antara luahan mereka yang terasa tertipu dengan perjuangan PEKA yang diterajui oleh Puan Sri Sabrina yang hanya berkokok di media sosial sahaja menyalahkan kerajaan tetapi tidak mahu diajak berbincang dan memerikan idea bagi menambahbaik pengurusan alam sekitar.

Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016 melibatkan penyertaan seramai seribu peserta dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,Agensi Swasta,Istitute Pengajian Tinggi,Badan Bukan Kerajaan (NGO) pemimpin masyarakat dan pengamal media.

Antara lain tujuan bengkel memantapkan pemahaman secara kolektif,sidang pleno akan diadakan sebelum rumusan disediakan dan diterjemahkan dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada Kerajaan Negeri.

Penyerahan rumusan Sidang Pleno kpd YAB DSDR MB Pahang


YAB DSDR MB Pahang bersama YBhg Prof Dr Maketab Mohaned


Profesor Dr Maketab Mohamed adalah diantara rakan seperjuangan Puan Seri Sabrina adalah antara yang membentangkan kertas kerja di bengkel yang di adakan telah mendapat reaksi yang amat positif oleh Y.A.B DSDR MB Pahang yang menyifatkan beliau sebagai pejuang alam sekitar yang dihormati.

YAB DSDR MB Pahang bersama pemimpin politik pembangkang
Kehadiran pemimpin dari kalangan parti pembangkang iaitu ADUN Tanah Rata,ADUN Cameron Highland,ADUN Sabai,ADUN Ketari dari DAP dan ADUN Semambu dari PKR menunjukkan mereka memilih bengkel yang dianjurkan sebagai landasan menyuarakan pendapat namun sebaliknya Puan Sri Sabrina lebih  dan angkuh dan bongkak dengan menjauhkan diri dari arus perdana

Sebarang permasalahan perlu diselesaikan secara dalaman bukan bukan di luar yang tidak membenihkan hasil bak kata orang Puan Sri Syed Sabrena lebih suka pancut di luar dari didalam... hanya beliau yang tahu nikmatnya...chia..!!chia..!chia..!

BILA ELIZABETH MELECET..AIR DAH KERING?


Bila dah dimamah usia dan memasuki alam monopous begitulah seharusnya menerima kenyataan yang segala yang indah hanyalah khayalan dan imaginasi sahaja.Bagaimana manusia harus menongkah arus kerana pasti akan melalui zaman yang tidak mengasyikkan lagi sebagai ahli politik.

Selangor yang sedang bergelut dengan krisis air kini sedang menyaksikan kerajaan dibawah pimpinan Azmin Ali terpaksa bermain blame game dengan menyalahkan orang lain di atas kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan beliau.

Kini giliran Pahang yang diletakkan sebagai punca kenapa Loji rawatan Air Langat dan Cheras terpaksa ditutup kerana didakwa berlaku pencemaran yang mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sebahagian daripada Petaling selain Hulu Langat akan mengalami gangguan air.

Namun hari ini seorang pakar sungai dan alam sekitar Profesor Dr Maketab bin Mohamed yang juga aktivis  alam sekitar hari ini menafikan bahawa berlaku pencemaran alam sekitar dan mengakui tidak berlaku pencemaran di Sg Semantan yang membekalkan air ke loji Air Langat.

Beliau menyatakan sedemikian ketika membentangkan kertaskerja bertajuk "Pengurusan Lestari Sumber Air - Perspektif NGO" di Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang Darul Makmur di Kuantan yang berlangsung selama dua hari bermula 31 November sehingga 1hb Oktober 2016.


Profesor Maketab Mohamed merupakan aktivis alam sekitar yang sering membawa isu-isu berkaitan alam sekitar yang pastinya memberikan pandangan secara neutral dan sering mengkritik kerajaan Pahang berkaitan isu alam sekitar.

Mana mungkin pandangan profesional seorang pensyarah di UTM ini dipengaruhi oleh kerajaan Pahang berhubung dakwaan kerajaan Selangor yang menjadi kecaman rakyatnya sendiri akibat kelemahan mereka menguruskan air.

Elizabeth Wong Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor makin kelam kabut apabila Pengarah Alam Sekitar JAS Pahang Rosli Zul berkata menjelaskan pemantauan menunjukkan Sungai Semantan bukan penyebab pencemaran itu kerana loji rawatan air itu ditutup lebih awal daripada tempoh pencemaran bau yang direkodkan di Sungai Semantan.

"Pemantauan juga dilakukan secara berterusan di tiga stesen pemantauan yang diwujudkan di sepanjang Sungai Semantan.

"Air Sungai Semantan juga disalurkan ke loji air Mempateh dan setakat ini, tiada pencemaran bau dilaporkan atau adanya aduan penduduk mengenai pencemaran bau...sumber air adalah sama," katanya.

Biasalah ...bila tiada air memanglah melecet.Selangor yang sering ketiadaan air memberikan kesan kepada kelancaran politik Elizabeth Wong yang semakin menuju ke penghujung karier politik akibat bangkrap idea dalam menangani masalah akibat kelemahan beliau sendiri selaku Exco yang menjaga portfolia berkaitan air di Selangor.

Sekarang beliau dikhabarkan sedang menyalahkan Negeri Sembilan pula atas isu air di Selangor...dan lebih malang sekali Azmin Ali sebagai ketua kerajaan Selangor menuduh BN mensabotaj air untuk kepentingan politik... melecet..melecet kalau dah takde air...!!!!!

RANSANGAN PUNCA AIR MEMBUAK BUAK...!


Jangan terperanjat disebalik air yang membuak-buak itu diransangkan oleh sesuatu dan bukannya hadir dengan sendirinya.Antara antara pemankin yang merangsang kemajuan negeri P.Pinang adalah disebabkan oleh kemurahan hati Negeri Kedah.

Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi dan diselindungkan yang jarang diketahui umum.Selama ini,kemajuan yang dinikmati oleh P.Pinang antaranya adalah disebabkan pemberian air secara percuma oleh Kerajaan Negeri Kedah.Tentu sekali ramai yang tidak menyangka mengapa selama ini tarif air di P.Pinang adalah antara yang termurah di Malaysia.

Kerajaan P.Pinang selama ini menggunakan air secara percuma yang diberikan oleh Kedah.Jadi semestinyalah P.Pinang mampu mengenakan caj yang minimun kepada pengguna .

"Suka saya menyebut bahawa Pahang antara negeri yang mengenakan caj yang minima dan memberikan subsidi kepada pengguna.Caj kepada pengguna air di Pahang sudah tidak dinaikan semenjak 40 tahun yang lalu." ujar Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob ketika menyampaikan ucaptama di Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang hari ini.

Purata tarif air untuk kegunaan domestik bagi 30 meter padu pertama bagi Negeri Pahang adalah pada kadar RM0.54 sen per meter padu berbanding dengan beberapa negeri seperti Johor RM 1.20,Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya,Melaka RM 0.72 sen,Kelantan RM 0.62 sen ,Terengganu RM 0.50,P.Pinang RM 0.30sen,Perak RM 0.57 sen,Kedah RM 0.63 sen dan Negeri Sembilan RM 0.65 sen.

Ini menunjukkan tarif air di Negeri Pahang antara yang terendah berbanding negeri-negeri lain

Hasil yang dipungut oleh Pengurusan Air Pahang (PAIP) dari 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2016 adalah sebanyak RM 163.89 juta sedangkan kos pentadbiran dan operasi RM 272.11 juta.Oleh itu defisit dianggarkan berjumlah RM 108.21 juta

Namun ianya tidak disedari oleh ramai rakyat di negeri Pahang selama ini kerajaan Pahang sanggup kehilangan hasil dan terpaksa mencari alternatif lain menampung perbelanjaan menguruskan kewangan negeri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...