ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday, 15 November 2015

GAMBAR MAYAT BERGELIMPANGAN TRAGEDI SERANGAN PENGGANAS DI PARIS


PARIS – Lebih ratusan maut dalam serangan-serangan yang dipercayai dilancarkan secara terselaras di Paris, termasuk serangan tembakan di sebuah konsert rok, dan serangan bom nekad berhampiran stadium negara.

Menurut polis, siri serangan berdarah dilancarkan di sekitar enam lokasi di ibu kota Perancis, yang baru sahaja pada Januari lalu dilanda beberapa serangan pengganas berasingan.





Lapan penyerang yang dipercayai anggota militan maut – tujuh daripada mereka mati akibat bahan letupan pada diri mereka, menurut sumber.

Serangan paling berdarah berlaku di dewan konsert Bataclan di timur Paris, di mana menurut polis, sekitar 100 orang dibunuh.

Lelaki berpakaian serba hitam membawa senapang AK-47 menyerbu dewan konsert dan melepaskan tembakan ke arah ratusan orang yang sedang menyaksikan konsert kugiran rock Amerika Syarikat, Eagles of Death Metal.

Para saksi mendakwa para penyerang melaungkan slogan-slogan keagamaan dan mengecam tindakan ketenteraan Perancis di Syria.

Empat penyerang terbunuh apabila polis menyerbu Bataclan, yang terletak hanya 200 meter dari bekas pejabat majalah biadap kontroversi Charlie Hebdo yang disasarkan pihak pengganas pada Januari lalu.




Tiga daripada mereka meletupkan diri mereka sendiri, dan seorang ditembak polis.

“Darah berlumuran dan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat. Kami dengar orang ramai terpekik-pekik ketakutan. Semua orang cuba melarikan diri.

“Mereka menahan 20 tebusan,” kata Pierre Janaszak, seorang penyampai radio yang berada di konsert itu dan menyembunyikan diri bersama orang lain di sana.
Di utara Paris, sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam tiga letupan berdekatan stadium negara Stade de France, tempat perlawanan bola sepak antara Perancis dan Jerman sedang berlangsung, menurut sumber keselamatan.

Salah satu letupan itu adalah serangan bom nekad, kata polis dan para saksi. Presiden Francois Hollande, yang sedang menyaksikan perlawanan itu, terpaksa dipindahkan segera.

“Serangan-serangan pengganas yang tidak pernah berlaku sebelum ini berlaku di kawasan Paris. Ia sesuatu yang menggerunkan,” kata Hollande dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen ke seluruh Perancis.

Hollande mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara, dan membatalkan lawatan ke Turki untuk menghadiri puncak sidang G20 yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini.

Beliau juga mengarahkan semua pintu sempadan antarabangsa Perancis ditutup untuk menghalang dalang-dalang serangan daripada melarikan diri.

Laluan kereta api Metro Paris ditutup, sementara sekolah-sekolah, universiti dan bangunan perbandaran diarahkan ditutup hari ini.

Namun beberapa khidmat kereta api dan penerbangan dijangka akan berjalan terus.










Lagi 1,500 askar dikerahkan untuk membantu operasi polis di Paris, kata pejabat Presiden Hollande.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pula menasihati para penduduk supaya duduk di rumah.

Di tengah Paris, tembakan dilepaskan di luar sebuah restoran Kemboja di sebuah daerah dekat bandar.

Seramai 18 orang pula dibunuh apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah para pelanggan yang sedang menjamu selera di kawasan Charonne berdekatan restoran tersebut.

Terdapat juga laporan serangan tembakan di lokasi lain, termasuk pusat beli belah Les Halles.

Perancis berada di tahap kewaspadaan tinggi sejak serangan ke atas pejabat penerbitan Charlie Hebdo dan pasar raya Yahudi pada Januari lalu yang membunuh 17 orang.

Lebih 500 warga Perancis dipercayai menyertai IS di Syria dan Iraq, menurut perangkaan rasmi. Seramai 250 daripada mereka sudah pulang ke Perancis.

Manakala sekitar 750 lagi melahirkan keinginan untuk kembali ke Syria dan Iraq.

Perancis menyertai serangan udara pimpinan Amerika Syarikat ke atas militan IS di Iraq sejak lebih setahun lalu. Pada September lalu, ia mula melancarkan serangan bom ke atas para anggota militan di Syria.









FACEBOOK TAMATKAN LAMAN ALVIN TAN


Berita gembira buat semua rakyat Malaysia yang bencikan manusia yang bernama Alvin Tan bilamana Facebook hari ini telah menamatkan laman Facebook.

Kemuncak kemarahan ramai yang mungkin telah melaporkan kepada Facebook akan tindakan Alvin Tan kemarin yang menyiarkan gambar menggunakan helaian daripada Al Quran sebagai kertas tandas.

Berikutan itu Facebook telah menamatkan laman Facebook Fan Page beliau untuk selama lamanya.Tindakan beliau yang sering menimbulkan kontroversi diharap akan berakhir dengan pengharaman ini.

Susulan daripada tindakan beliau memuat naik gambar yang menghina umat Islam mendapat kritikan keras masyarakat dan 5 laporan polis telah dibuat di Johor.

Beliau yang sedang mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat dan menghadapi dua tuduhan di Malaysia dibawah Akta Hasutan dan Akta Penafisan Filem.

Sebelum ini beliau turut mengundang kemarahan umat Islam dengan memuat naik video azan yang dijadikan lirik lagu.Beliau mula mendapat kritikan keras masyarakat ketika sering memuat naik gambar porno bersama pasangannya Vivian Lee.

Menurut sumber yang dipercayai tindakan Alvin Tan ini sengaja dilakukan untuk membolehkan beliau mendapat suaka politik.Dengan harapan kebencian dan kemarahan masyarakat di Malaysia ini akan ada ancaman keselamatan terhadapnya membolehkan beliau terus boleh tinggal di Amerika Syarikat dengan suaka politik yang mungkin diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kini Alvin Tan tidak dapat lagi menggunakan Fan Page Facebook beliau untuk mencetuskan provokatif.Pasti dia tidak mudah putus asa  kerana akan muncul pula akaun facebook yang lain kerana manusia seperti Alvin Tan hanya akan hidup dengan kepuasan dengan publisiti  dan perhatian orang ramai.



Saturday, 14 November 2015

VIDEO- SAMSENG MACAM KETUA DEWAN ULAMA PAS DR MAHFODZ TIADA HAK HALAU SAYA KELUAR PARTI - HUSAM

 

Husam sekali lagi menelanjangkan kepincangan Kerajaan Negeri PAS dan kepimpinan PAS termasuk pimpinan parti .Bekas Naib Presiden PAS yang juga ADUN Salur secara terbuka menempelak Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz dengan menggelar nya sebagai samseng yang cuba menunjukkann beliau keluar dari parti PAS.

Sepertimana yang dijangkakan Husam tetap bertegas tidak akan keluar parti dan terus istiqamah kepada perjuangan.Kelantangan beliau yang dipendam sekian lama.

Hampir dua tahun setengah menyimpan segala yang terbuku di hati dan mengharapkan ada perubahan namun tidak mahu parti PAS yang didokongnya terus terkeluar dari landasan perjuangan.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Program Dialog "Demo tanyo Ambo Jawab"yang berlangsung di Kota Bharu adalah platform beliau menjelaskan persoalan yang bermain dikalangan pemerhati serta penyokong politik PAS yang mahukan pencerahan atas tindak tanduk beliau yang lantang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan dan kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden Parti Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Parti PAS bukan milik individu,ianya milik semua dan tiada sesiapa berhak mengarahkan beliau keluar parti dan beliau tetap didalam kapal besar PAS selagi ianya tidak karam.

Ketua Dewan Ulama PAS.Dr Mahfodz tidak mempunyai hak menghalaunya keluar parti PAS kerana PAS bukan Dewan Ulama sahaja tetapi milik semua.

""Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Sambil dengan sinis Husam menempelak Mahfodz walaupun memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS namun selaku orang yang tewas dalam pilihanraya di kawasannya di Johor adalah janggal untuk menghalau Husam yan menang pilihanraya di DUN Salur apatah lagi sebagai Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian.

Kemenangan 3 kali ADUN dan 1 kawasan Parlimen selain antara calon Melayu yang memperolehi undi majoriti terbanyak selepas Dr Mahathir sepatutnya membolehkan beliau yang menghalau Dr Mahfodz bukan sebaliknya.

Ketidakcekapan tadbir urus kawasan balak,gaji guru Yayasan Islam Kelantan Kelantan (YIK) yang tertunggak,kenaikan gaji ADUN antara isu yang mencuri perhatian rakyat yang dijelaskan dalam ceramah yang dihari hampir 2,000 orang .

Kritikan lantang gerakan mewujudkan kerjasama politk dengan UMNO yang dilakukan oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang adalah kemuncak kepada apa yang beliau anggap sebagai teguran.






Friday, 13 November 2015

ANUAR TERIMA LAYANAN VIP DI PENJARA BERBEZA DARI BANDUAN BIASA



Bagaimanakah agaknya perasaan banduan-banduan di Malaysia jika mengetahui Anwar bukanlah banduan biasa walaupun sabitan jenayah yang dilakukan serupa.Manusia Anugerah Tuhan seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah menikmati lebih perhatian disebalik dakwaan dakwaan nakal yang menyatakan layanan buruk yang diberikan kepada pihak penjara .

Antara kelonggaran yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar berbanding banduan yang lain ialah:-
  • disediakan katil hospital bernilai RM 5,000
  • terdapat pancuran air panas dan sejuk
  • bilik dilitupi langsir untuk privasi beliau
  • tandas duduk
  • kipas angin mengadap meja tulis
  • beliau tidak dikurung didalam sel sebaliknya boleh bergerak bebas di koridor sepanjang 50meter
  • di luar sel terdapat kawasan khas boleh dikunjungi Anwar setiap petang
  • sel dicuci setiap hari bagi memastikan kebersihan
Rawatan yang istimewa berbanding banduang lain
  • 17 pakar perubatan telah merawat Anwar
  • panel 6 pakar perubatan memantau kesihatannya melibatkan 3 dari Hospital Kuala Lumpur,2 dari Kementerian Kesihatan dan 1 dari Hospital swasta
  • Anwar bertemu doktor dipenjara sebanyak 78 kali
  • Anwar bertemu doktor pakar panel Penjara Sg Buloh sebanyak 23 kali,di hospital 10 kali dan mahkamah 10 kali
  • Anwar diberi diet khas kepada beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaannya
Anwar telah diberikan layanan dengan penuh hormat oleh kakitangan penjara dari segi keadaan sel sehinggalah kepada soal kesihatan namun permintaan Wan Azizah untuk membawa Anwar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kecedreaan dibahunya adalah keterlaluan.

Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di negara ini.

Dalam pada masa ramai orang dari luar negara datang di Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan adalah sukar untuk memahami niat Wan Azizah meminta Anwar dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Malaysia sudah cukup segala kemudahan perubatan yang diperlukan samada Anwar memilih untuk melakukan pembedahan Artroskopik mahupun memilih untuk menggantikan sendi bahu.

Cukuplah Wan Azizah dan ahli politik  cuba meracuni pemikiran rakyat dengan membuat pelbagai dakwaan layanan buruk yang diterima oleh Anwar kerana dia seolah-olah sedang menikmati layanan VIP di penjara berbeza dengan banduan lain.

Pada masa yang sama harus mengakui negara Malaysia mempunyai kemudahan rawatan yang setanding dengan negara lain,bukan dengan memperlekehkan kepakaran rakyat tempatan didalam bidang perubatan mahupun kelengkapan perubatan memandangkan Wan Azizah juga seorang doktor...tak standard sangatkah doktor di Malaysia ni...!mungkin Wan Azizah ada jawapan yang terkunci dihati,dimangga dimulut..

RM 60 JUTA DUIT TAUKEH JUDI DISERAH KEPADA ANWAR - SHAFIE ABDULLAH


Anwar bakal bergelar banduan yang menjadi jutawan sekiranya beliau berjaya kali ini dalam saman RM 100 juta terhadap Nalakurapan kerana mendakwa Anwar menerima wang RM 60 juta dan ianya diberikan padanya ketika menjadi timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan.

Walaubagaimanapun beliau menafikan menerima wang tersebut ketika disoal balas oleh peguam Shafie Abdullah yang peguam yang mewakili Nalakurapan ketika seisi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shafie ketika soal balas mendakwa wang tersebut diserahkan kepada Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan di gelanggang tenis Tivoli Villa melalui orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri menteri besar Selangor Shamsidar Taharin.

Kenyataan tersebut didakwa dinyatakan oleh Nalakurapan ketika Anwar kempen pilihanraya 2008 Permatang Pauh.

Benar atau tidah biarlah mahkamah yang menentukan.Apa yang menarik perhatian ramai mengapa seorang yang begitu berpengaruh ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjadikan seorang tauke judi Magnum Corporation Berhad sebagai teman sepermainan.

Perwatakan beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Sheikh dikalangan pengikut dan ahli politik meletakkan tidak manis dipandang orang .Apakah sudah tiada manusia lain di negara ini yang boleh di ajak untuk bersosial.

Nak bermain tenis,main catur sekalipun nak bermain melastik burung mengapa harus tauke judi? memandangkan kedudukan Anwar pada waktu itu akan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

Kita boleh berkawan dengan sesiapaun,kita boleh bermain dengan sesiapun namun perlu juga dilihat dengan apakah persahabatan itu memudaratkan dan seharusnya bijak memilih.

Apakah beliau sudah tiada kebijaksanaan memilih,sebagaimana beliau begitu bijak memilih rakan untuk menjatuhkan pemimpin lain seperti Ghafar Baba?

Agaknya tauke judi memang selalu bermurah hati menderma...malang sungguh nasib Pak Arab jika menderma di Malaysia kerana tauke judi di Malaysia lebih mendapat tempat di hati pembangkang di negara ini. 


BAYI LAHIR BERKEPALA DUA


DHAKA: Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis, lapor pegawai perubatan tempatan.

Menurut bapa bayi tersebut, anaknya dilahirkan lewat malam Rabu dan kini dirawat kerana mengalami masalah pernafasan selepas keluar dari unit rawatan rapi di sebuah hospital terbesar di Dhaka.

"Saya terkejut melihat bayi saya. Mempunyai dua kepala yang sempurna. Makan dengan dua mulut dan bernafas dengan dua hidung," kata Jamal Mia, bapa kepada bayi tersebut.

"Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak dan isteri berada dalam keadaan baik,” kata Mia kepada AFP.

Abu Kawsar, pemilik Hospital Standard Total Healthcare di mana bayi itu dilahirkan berkata ujian awal tidak menunjukkan bayi tersebut mempunyai dua kepala, hanya satu set organ-organ penting.

"Bayi itu dilahirkan dengan organ sempurna, kecuali dengan kepala dua,” kata Kawsar kepada AFP.

Beribu-ribu orang membanjiri hospital di Brahmanbaria, kira-kira 120 dari timur Dhaka, untuk melihat bayi tersebut.

Sebelum ini, seorang bayi berkepala dua turut dilaporkan dilahirkan di Bangladesh pada tahun 2008, namun telah meninggal dunia.

PALESTINE 6 MALAYSIA 0 TEAM BOLASEPAK MALAYSIA DIBELASAH LAGI


Harapan Malaysia untuk menutup aib kekalahan pasukan bolasepak kepada Palestine sewaktu pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan A di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila melakar rentetan kekalan besar tewas 0-6 ditangan Palestine di Amman Jordan.

Jelas matlamat Ong Kim Swee untuk memastikan Harimau Malaya bangkit kali ini dinafikan oleh gol hatrik Ahmad Abu Nahyeh, diikuti jaringan Jonathan Zorrilla, Tamer Seyam dan Matias Hadwa, mengulangi kekalahan 0-6 yang dialami pasukan negara dalam perlawanan pertama di Bukit Jalil, Jun lalu.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia kekal di tangga kedua tercorot dengan empat mata.Harimau Malaya jelas bukan tandingan Palestine sekalipun beraksi di stadium berkecuali

Kekalahan menyaksikan peluang Malaysia yang ketika ini dibimbing jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 seakan tertutup.

Untuk layak ke pusingan kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia yang berada dalam Kumpulan A perlu menjadi pasukan di kedudukan keempat terbaik daripada lapan kumpulan.

Begitupun, ia seakan tipis berdasarkan kekalahan besar yang dicatat sebelum ini termasuk ketika dimalukan 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu, 3 September lalu.

Thursday, 12 November 2015

DETIK HITAM WANITA DIPERKOSA 43,200 KALI


SEORANG wanita berusia 23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Menurut Karla Jacinto, jumlah tersebut adalah anggaran kasar dalam tempoh empat tahun dia dirogol.

Memetik laporan CNN, wanita warga Mexico itu mendedahkan, zaman gelapnya bermula selepas dia berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.


Menurut Karla, dia yang ketika itu berusia 12 tahun kemudian memilih untuk mengikut lelaki tersebut dan hidup bersamanya.

“Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Dia melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah,” kata Karla.

Namun, selepas itu, Karla diperkenalkan kepada ‘bapa ayam’ sebelum teman lelakinya itu menghilangkan diri.

Dia dipaksa menjadi pelacur sehinggalah pada usia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bagaimanapun, Karla akhirnya berjaya diselamatkan dalam satu operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008. Ketika itu dia berusia 16 tahun.

Tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa sepertinya, Karla kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

JATUHKAH TALAK 3 ISTERI HUSAM JIKA BELIAU KELUAR PAS?


Saranan Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed agar beliau meninggalkan parti PAS selepas lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal terjawab di  majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab pada 13 November ini di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu sekitar jam 9.00 malam.

Bekas Naib Presiden PAS,Husam Kambing yang juga ADUN Salor dikhabarkan akan menjawab persoalan kedudukannya dalam PAS samada masih terus berada di dalam parti PAS atau keluar parti memilih parti politik baru.

Sebelum ini beliau tegas menyatakan beliau adalah ahli PAS sampai mati.Sejauh manakah kebenaran tersebut?

Husam adalah ahli politik yang licik,jika tidak masakan Allahyarham Nik Abdul Aziz mantan MB Kelantan mengangkat beliau sebagai anak didik dan di berikan jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Kemuncak kemarahan ramai pimpinan PAS bilamana beliau secara terbuka menyerang Presiden PAS Hj Hadi yag menggerakkan penyatuan dengan UMNO melalui kerajaan  campuran di Selangor sewaktu krisis MB Selangor.

Kritikan Husam yang menelanjankan kebobrokan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan MB Kelantan Nik Mohd Amar Nik Abdullah khususnya ketidakcekapan mentadbir kerajaan negeri.

Apakah tindakan dan kritikan yang dilemparkan selama ini sengaja dilakukan dengan niat agar pimpinan parti PAS memecatnya sebagai ahli PAS dan bukan keluar secara sukarela ada kaitan dengan Baiah cerai isteri talak 3.?

Sebagai ADUN Salor beliau tentunya terikat dengan baiah yang ditandatangani ketika menerma watiikah perlantikan sebagai calon pilihanraya PRU 13.

Sayugia diingatkan yang baiah ini sebenarnya telah wujud semenjak tahun 1990 lagi dan ianya telah lama dipraktikkan di negeri Kelantan.

Husam pastinya tidak sanggup melanggar baiah tersebut apatah lagi untuk menjadi cina buta,maruah diri dan isteri menjadi cagaran dan taruhan politik.

Beliau pastinya rela dipecat dan bukan keluar parti secara sukarela ataupun rela diklasifikasikan sebagai ahli parti yang gila untuk mengelakkan jatuhnya taklik talak tiga .Apakah beliau sanggup mengikuti jejajk Hatta Ramli?

Jika kambing terikat pada tali,manusia terikat pada janji walaupun Husam dan Kambing tidak dapat dipisahkan.Husam tetap manusia sekalipun beliau lebih mesra dengan panggilan Husam Kambing.







NAJIB SEDIA BERI KETERANGAN KPD SPRM - ANNE..! ROTI NAJIB SATUUUUU...!


Kesedian Y.A.B DS Najib Tun Razak untuk diambil keterangan oleh SPRM hari ini menunjukkan keberanian beliau.Inilah peluang baginya untuk membersihkan nama beliau yang dikaitkan dengan isu IMDB serta derma berjumlah RM 2.6 billion yang di dakwa dimasukkan didalam akaun peribadi.


Tentu ramai pengkritik yang menjadikan 1MDB dan derma RM 2.6 billion bakal menikmati sajian Roti Telor Najib.Jika selama ini mereka sering mempolitikkan isu ini sambil menjadikan PM sebagai bahan sindiran setiap kali ingin memakan roti canai di warung mamak dengan meminta Roti Najib dengan  mengumpamakan roti tanpa telor atau roti kosong.


Menu pengkritik beliau terutama Tony Pua nampaknya pasti berbeza kali ini.Mungkin selera memakan roti telor tiada lagi memandangkan beliau sudah bersedia memberikan keterangan kepada SPRM sepertimana yang diminta.

Kebaculan Tony Pua terserlah,mencipta pelbagai syarat untuk berdebat dan berhadapan Arul Kanda berkenaan isu 1MDB walaupun beliaulah yang membuka gelanggang debat namun lari bertempiaran tak cukup tanah bila cabaran disahut Arul Kanda.

Bacul untuk meletakkan jawatan sebagai anggota PAC dan berselindung disebalik PAC.Mujurlah Speaker Dewan Rakyat membatalkan debat tersebut sekaligus menyelamatkan telornya yang dikhabarkan hilang.

Usaha mencari dan menyelamat telor Tony Pua sedang giat dilakukan oleh pelbagai agensi.Maklumat orang ramai amat amat dihargai agar beliau kembali menyarungkan telor di kerandutnya,

Namun sementara itu munkin tiada siapa sanggup menjamu selera dengan pangilan Roti Tony Pua atau Roti tanpa telor memandangkan semenjak azali kerandutnya memang haprak dan hancing..mana pernah bilas dengan air...pakai tisu je beb siang malam....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...