ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Vivian Lee
Showing posts with label Vivian Lee. Show all posts
Showing posts with label Vivian Lee. Show all posts

Sunday, 15 November 2015

TERIMA BALASAN ALVIN TERBUNUH KENA TEMBAK?


Blogger yang sering menimbulkan kontroversi Alvin Tan yang kini sedang merempat di Amerika Syarikat di khabarkan telah terbunuh akibat ditembak.Adakah ini balasan yang diterima akibat tindakan provokatif yang sering dimuat naik melalui media sosial?

Sekeping gambar yang menunjukkan wajah seiras beliau yang ditembak di muka telah menjadi viral di media sosial.Namun setakat ini tiada pihak yang mengesahkan laporan yang mengesahkan kematian beliau akibat ditembak di muka.

Pastinya kematiannya mengembirakan ramai orang namun munkin juga berita ini tidak benar dan turut dikongsi oleh beberapa portal dan blog yang popular di Malaysia antaranya Free Malaysia Today

Ada yang berpendapat perihal Alvin tidak perlu di panjangkan dan dikongsi bersama dengan memuatnaik status kebencian masing-masing terhadap Alvin yang sering menghina agama Islam.Bagaimanapun jika tiada respon dari masyarakat adakah facebook akan membuang laman Fan Page beliau?

Ada pro dan kontra dalam melaporkan perihal Alvin.Keprihatinan masyarakat Islam di Malaysia tentang kemurnian dan usaha mempertahankan agaama Islam perlu dizahirkan dengan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Alvin Tan supaya tidak akan lahir lagi manusia yang memiliki peribadi seperti Alvin Tan di Malaysia.

Apapun mati atau hidup Alvin Tan tidak akan menjadi kudis buat Islam.Jika benar dia mati akibat tembakan...ramai yang menadah tangan kesyukuran kerana beliau layak mendapat pembalasan Tuhan di atas apa yang dia lakukan....

FACEBOOK TAMATKAN LAMAN ALVIN TAN


Berita gembira buat semua rakyat Malaysia yang bencikan manusia yang bernama Alvin Tan bilamana Facebook hari ini telah menamatkan laman Facebook.

Kemuncak kemarahan ramai yang mungkin telah melaporkan kepada Facebook akan tindakan Alvin Tan kemarin yang menyiarkan gambar menggunakan helaian daripada Al Quran sebagai kertas tandas.

Berikutan itu Facebook telah menamatkan laman Facebook Fan Page beliau untuk selama lamanya.Tindakan beliau yang sering menimbulkan kontroversi diharap akan berakhir dengan pengharaman ini.

Susulan daripada tindakan beliau memuat naik gambar yang menghina umat Islam mendapat kritikan keras masyarakat dan 5 laporan polis telah dibuat di Johor.

Beliau yang sedang mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat dan menghadapi dua tuduhan di Malaysia dibawah Akta Hasutan dan Akta Penafisan Filem.

Sebelum ini beliau turut mengundang kemarahan umat Islam dengan memuat naik video azan yang dijadikan lirik lagu.Beliau mula mendapat kritikan keras masyarakat ketika sering memuat naik gambar porno bersama pasangannya Vivian Lee.

Menurut sumber yang dipercayai tindakan Alvin Tan ini sengaja dilakukan untuk membolehkan beliau mendapat suaka politik.Dengan harapan kebencian dan kemarahan masyarakat di Malaysia ini akan ada ancaman keselamatan terhadapnya membolehkan beliau terus boleh tinggal di Amerika Syarikat dengan suaka politik yang mungkin diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kini Alvin Tan tidak dapat lagi menggunakan Fan Page Facebook beliau untuk mencetuskan provokatif.Pasti dia tidak mudah putus asa  kerana akan muncul pula akaun facebook yang lain kerana manusia seperti Alvin Tan hanya akan hidup dengan kepuasan dengan publisiti  dan perhatian orang ramai.



Friday, 26 September 2014

Blogger Aksi Lucah Alvin Tan Lari Ke Amerika Syarikat Cari Suaka Politik


Peguam blogger kontroversi Alvin Tan tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada anak guamnya yang berdepan tuduhan jenayah, sedang cuba mendapatkan suaka politik dari Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa di laman Facebook miliknya dua hari lepas.

Bagaimanapun, Tan, 26, kelihatan seperti mengikuti perkembangan laporan media tentang perkara itu apabila membuat posting di Facebook mengambil satu perenggan laporan media berkaitan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Posting yang dinaikkan awal hari ini memetik Wan Junaidi berkata: “Untuk bawa dia pulang ke Malaysia, mesti melalui proses undang-undang. Apa yang menjadi kesalahan di Malaysia mesti juga jadi kesalahan di AS; kalau tidak, permohonan kita untuk mengekstradisinya akan gagal.”

“Mahkamah US tidak akan membenarkannya. Tambahan pula, US ialah negara imigran dan selalunya bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelarian. Pokoknya di sini, tidak banyak yang kita boleh lakukan.”

Di hujung posting itu, terdapat tulisan dalam bahasa Cina: “Baguslah kalau kamu tahu itu.”

Posting itu menerima komen dari rakan-rakan Facebooknya, di mana salah seorang yang menggunakan nama James Sim berkata: “Lol, bebas, bro..”

Seorang lagi pengguna media menggunakan nama Hari Haran, menulis: “Alvin! Malaysia tidak perlukan seorang yang pentingkan diri sendiri, mencari perhatian, bodoh dan ego macam awak…”

Peguam Tan, Chong Joo Tian berkata tidak dapat pastikan perkara itu, sambil menambah yang media ada membuat cubaan menghubungi emaknya bagi mengetahui di mana dia berada dan sama ada benar sedang mendapatkan suaka politik AS.

“Saya baru bercakap dengannya dan dia beritahu saya dia terima mesej dari media. Tetapi dia tidak mahu bercakap tentangnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Chong berkata perbicaraan kes Tan di Mahkamah Sesyen sepatutnya diteruskan, tetapi menambah pihak pendakwa mesti memutuskan sama ada hendak menggantung sementara pendakwaan Tan atau mendakwanya semasa ketiadaannya.

Tan bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook.

Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...