ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Wan Salman Wan Ismail
Showing posts with label Wan Salman Wan Ismail. Show all posts
Showing posts with label Wan Salman Wan Ismail. Show all posts

Monday, 26 October 2015

TUN RAZAK BUSSINES PARK LONJAK EKONOMI BANDAR JENGKA


Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.



Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan  "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".

Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.

MP Pahang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tun Razak Bussines Park




Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.

Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
  













Monday, 21 September 2015

ELAKKAN SEBAR BERITA PALSU DI INTERNET


MARAN 21/09/2015 - Pembinaan Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) diharap mampu menjadi pemangkin bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan celik IT.Walaupun sasaran utama adalah generasi Y yang lebih terdedah kepada penggunaan internet,namun masyarakat tidak kira lapisan seharusnya tidak ketinggalan perubahan gaya hidup yang berorentasikan pengunaan internet.

Kewujudan PI1M memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar khususnya mengekploitasi kemudahan yang disediakan bagi menuingkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawanan online yang menjadi trending masakini.

PI1M telah berjaya melahirkan usahawan luar bandar menerusi perniagaan online seperti  kisah kejayaan seorang pegusaha rumpai air di Kudat Sabah yang telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau.

Bermula dengan hanya berpendapatan sekitar RM450 sebulan dengan keluasan kawasan penternakan seluas 5 ekar telah meningkat sehingga mencecah RM 20,000.00 sebulan melalui.Beliau menggunakan PI1M bagi mengembangkan perniagaan melalui online dengan menjadikan Jepun dan Australia sebagai pelanggan utama.

"Dengan beroperasinya PI1M di Felda Anggerik Jengka 1 yang juga merupakan diantara 75 buah PI1M di Pahang,masyarakat setempat seharusnya memanafaatkan kemudahan yang disediakan selain memastikan menggunakan internet ke arah yang berfaedah.Penyebaran maklumat yang tidak benar yang menyakitkan hati orang lain perlu dielakkan."ujar YB Dato Wan Salman bin Wan Ismail ADUN Jengka mewakili YB Dato,Shahaniza Hj Shamsuddin Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 1 hari ini.

PI1M yang diengkapi dengan 20 buah komputer itu akan menyediakan latihan kemahiran dalam bidang ICT yang akan dibantu oleh 2 orang kakitangan berkemahiran.Seramai 300 orang masyarakat setempat terdiri daripada golongan belia,pelajar sekolah dan GPW telah mendaftar .Mereka akan dilatih menggunakan asas komputer dan perisian .Bagi mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan mereka juga telah dilatih membuat risalah bagi tujuan pengiklanan disamping teknik teknik ayat yang mampu menarik pelanggan.

Turut sama hadir di majlis perasmian tersebut En Rusli Hj Ahmad,Pengarah SKMM Wilayah Timur,Telekom Malaysia Berhad,MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd,Ketua Kg Felda Jengka 1 En Mohd Khir bin Awang serta kepimpinan setempat.Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan mewarna,Kuiz Klik Dengan Bijak,Pertandinga Menaip Pantas,Word Search dan cabutan bertuah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...