ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Bandar Jengka
Showing posts with label Bandar Jengka. Show all posts
Showing posts with label Bandar Jengka. Show all posts

Monday, 25 January 2016

TEKNOLOGI WI FI SOLAR BERPOTENSI DI PERLUASKAN



BANDAR JENGKA 25/1/2016 - Penggunaan teknologi Wi Fi Solar adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerisan Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang berpotensi untuk dilaksanakan.Menyedari inovasi dalam sistem komunikasi yang sedang diteroka itu mampu merapatkan jurang digital diantara masyarakat luar bandar,Kerajaan Pahang berminat sekiranya teknologi Wi Fi Solar itu dapat dilaksanakan untuk kemudahan rakyat negeri Pahang.

"Penggunaan Wi Fi Solar yang sedang diusahakan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi pastinya akan memberikan banyak manafaat dan kita merancang untuk berbincang dengan pihak kementerian bagi melaksanakannya di Negeri Pahang"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita & Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui selepas   mewakili Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang merasmikan Program Inovasi Sosial MOSTI (M.S.I) OPS Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang di Wisma Peneroka Bandar Jengka.

Terdahulu KSU Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Dato'Seri Dr Noorul Binti Mohd Nur dalam ucapannya menegaskan bahawa Program Inovasi Sosial MOSTI adalah bertujuan membangunkan idea yang boleh menjadi pemankin kepada pembangunan kemahiran dan ekonomi bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan kerjasama dan jalinan sosial sesebuah komuniti

"Melalui MSI,MOSTI menerusi CyberSecurity Malaysia,akan melaksanakan "Ops Jelajah Cyber 2.0" bagi menediakan perkhidmatan Pemulihan Data(data recovery),Sanitasi Data(data sanitization),Program Pembangunan Keusahawanan serta aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan siber dan negeri Pahang merupakan negeri pertama yang dipilih untuk perlaksanaan Ops Jelajah Cyber 2.0 ini"ujar beliau.

Kursus diadakan selama  dua hari bermula itu disertai oleh penjawat awam berkaitan ICT,pelajar UiTM serta usahawan ICT di sekitar Bandar Jengka dan Daerah Maran.

Turut sama hadir di majlis peramian tersebut YB Dato'Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka,YH Dato'Roslan bin Harun Pegawai Kemajuan Negeri Pahang,YB Nurhidayah Shahaimi ADUN Luit,YH Dato'Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Pegawai Daerah Maran,Dr Amiruddin bin Abdul Wahab CEO Cyber Security Malaysia,YH Dato Mohd Sahar bin Mohd Noor Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang,YH Senator Hajjah Norehan binti Abu Bakar Ahli dewan Negara,Ketua Ketua Jabatan serta masyarakat di sekitar Bandar Jengka.

Shahaniza bersama KSU MOSTI sebelum upacara perasmian


Shahaniza mewakili DSDR MB Pahang ketika merasmikan program


Simbolik pelancaran Jelajah Cyber 2.o


Noorul Binti Mohd Nur KSU MOSTI

Seisi penerangan oleh Cyber Security Malaysia

Shahaniza dan Noorul dibawa melihat sekitar tempat latihan
peserta kursus.

Friday, 8 January 2016

MUIP AGIH 3,152 BAUCER BARANGAN BULANAN KEPADA ASNAF NEGERI PAHANG


BANDAR JENGKA 7/1/2016 - Seramai 3,152 orang golongan Asnaf Negeri Pahang akan mnereima Baucer Barangan Bulanan Asnaf yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP).

Baucer bernilai RM 100 setiap satu tersebut boleh di gunakan di Pasaraya Pahang Darul Makmur .Sehingga kini terdapat 4 Pasaraya Darul Makmur(PDM) yang beroperasi di Pahang yang juga merupakan pasaraya yang dimiliki sepenuhnya oleh MUIP.

Bagi tujuan itu MUIP membelanjakan sebanyak RM 3,782,400 juta bagi tahun 2016.

"Pihak pengurusan MUIP akan melihat sejauh mana nilai baucer RM 100 itu bersesuaian dengan keperluan masa kini dan tidak menolak kemungkinan ianya akan ditambah pada masa akan datang"titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua MUIP.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pasaraya Darul Makmur Bandar Tun Razak Jengka Pahang.Pada majlis itu juga beliau mewakili MUIP menerima zakat perniagaan dari Affin Islamic Bank yang diwakili oleh Ybg Tan SriMohamed Jauhar sebanyak RM 250,000,Unitab Sdn.Bhd yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato'Mohd Hattar bin Ismail sebanyak RM 63,31.63 manakala Kumpulan Perbankan RHB Wilayah Pantai Timur yang diwakili oleh Ybg En Shaharuding bin Ming turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 150,00.

Keberangkatan tiba KDYTM TM Pahang

Antara Tetamu Kehormat yang mengiringi keberangkatan KDYTM
TM Pahang
KDYTM Tengku Mahkota Pahyang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah
menyampaikan titah perasmian majlis
KDYTM TM Pahang sewaktu gimik pelancaran


KDYTM TM Pahang menerima zakat perniagaan selaku Yang Di Pertua MUIP

KDYTM TM Pahang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah
YDP MUIP

KDYTM  TM Pahang diiring DSDR MB Pahang ketika upacara perasmian
KDYTM TM Pahang  meninjau sendiri barangan keperluan di Pasaraya Darul Makmur
Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang

Monday, 26 October 2015

TUN RAZAK BUSSINES PARK LONJAK EKONOMI BANDAR JENGKA


Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.



Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan  "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".

Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.

MP Pahang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tun Razak Bussines Park




Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.

Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
  













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...