ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
SUARA KATAK JENGKA ,SUARA KOMUNITI ATAU SUARA PARTI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday, 26 February 2018

SUARA KATAK JENGKA ,SUARA KOMUNITI ATAU SUARA PARTI


Semalam bila saya pulang dari kerja agak lewat malam, terdengar ada suara yang memanggil saya. Saya menoleh siapakah yang kebelakang . "Siapa pula yang memanggil saya di tengah malam buta", getus hati saya. Saya terpandang beberapa rakan sekampung sedang makan dihadapan warung berhampiran rumah saya.


"Alamak, takkan balik dah, mari minum dulu", pelawa seorang rakan kampung yang sangat saya kenali. Seorang pemimpin muda tempatan bersama  beberapa rakannya sedang rancak berbual. Saya mengambil keputusan untuk turut serta mengeteh bersama mereka, kalau saya terus pulang nanti bimbang di katakan saya sombong pula. Maklumlah sudah mahu dekat pilihanraya ini, hati mudah tersentuh dan minta di belai.

"Kau tak baca ke dalam group  facebook Suara Katak Jengka?", soal beliau sambil mata terjegil memandang saya. 

" Baca tetapi kawan aku yang bagi facebook  beliau , aku dah tak boleh masuk sebab dah kena block",jawab saya ringkas. 

"Teruk la diaorang belasah YB Barisan Nasional, puncanya hanya status yang simple, beribu orang komen", beliau kelihatan mengeluh seakan meminta penjelasan dari saya.

Itu adalah sebahagian dari cetusan seorang pemimpin muda di kampung saya yang kesal, geram dan ada sedikit kemarahan yang sukar untuk saya bendung. Saya garapkan kisah ini, kisah yang bukan saya reka sebaliknya ia benar benar berlaku dalam situasi cara manusia berfikir dan melontarkan pandangan. Ada di kedai kopi, ada di media sosial , media arus perdana dan ada juga melalui saluran parti dan sebagainya. 

Suara Katak Jengka

Saya mengenali group ini sudah agak lama dan pernah menyertainya namun di tendang keluar oleh admin yang kononnya bijaksana rupanya tidak mempunyai kerandut telor. Entah apa yang ditakutkan , saya pun tidak pasti. Ahli group yang puluhan ribu itu samada sedar atau tidak diracuni dengan dakyah pembangkang yang mana adminnya mencaturnya melalui posting posting yang hanya menyebelahi dan menguntungkan parti pembangkang.

Keahlian group kebanyakannya adalah anak anak muda yang celik IT yang tidak tinggal di Jengka sebaliknya bekerja di luar kota atau di daerah dan negeri lain memudahkan fakta sebenar di manipulasi untuk kepentingan individu dan pembangkang. Bagi mereka yang di luar Jengka sentiasa dahagakan berita pantas di hujung jari tanpa menyedari dimanupulasi sedemikian rupa.

Status semalam yang dilepaskan posting oleh admin group Suara Katak Jengka berbunyi,

"Sekarang bila semakin hampir dengan pilihanraya, YB Barisan Nasioanal pula makin sibuk dengan pelbagai aktiviti, sebelum ini tidak pernah menampakkan diri". Lebih kurang begitulah tajuk posting ahli group. Ianya umpama melepaskan hajat di atas jambatan, taiknya jatuh dan di kerumuni lampam, patin jora dan limbat atau kalau di bendang dipanggil ikan lundu. 


Persoalan yang dibiarkan tergantung tanpa penjelasan dan kerja mereka ini kebanyakan hanya menimbulkan persoalan dan persepsi negative akan mudah lontarkan melalui provokasi. Mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza akan di tendang keluar dan menutup ruang perbezaan pendapat. Jika dengar ceramah pemimpin pembangkang bukan main lagi berapi rapi"kita meraikan perpezaan pendapat dalam ruanglingkup demokrasi yang di amalkan di negara kita", kata ustaz politik di sambut dengan anggukan lebai lebai tanpa segan silu. 

Saya ada terbaca juga komen mereka yang menambah perisa, menambah chili pada pedasnya, menambah garam pada masinnya. Walhal ada diantara mereka sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, kalau pulang pun ketika musim perayaan di hari raya. bagaimana mereka tahu berapa kerapnya YB BN menemui penduduk. Apatah lagi mereka ini menjauhkan diri dari terlibat dengan program kemasyarakatan. Mereka inikah ingin membantu masyarakat kampung? jauh panggang dari api, mereka hanya tahu meniup api kemarahan rakyat dengan dakyah kebencian kepada kerajaan.

Sukar bagi mereka menerima kebenaraan kerana dalam program kemasyarakatan mereka tidak akan muncul sekalipun di lakukan di Jengka. Apatah lagi mereka yang berada di luar Jengka, jika pulang ke kampung halaman pun setahun sekali . Mereka umpama komuniti katak yang berbunyi sahut sahutan selepas hujan sahaja, senyap sunyi dibalik tempurung bila mentari menyinarkan cahaya.

P/S : BARU JENGOK WALL GROUP SUARA KATAK JENGKA, RUPANYA POSTING TERSEBUT TELAH DITARIK BALIK. BAGUS KAN...!! CAMPAK ISU , DAPAT KOMEN BERIBU KOMEN NEGATIVE LEPAS ITU DELETE POSTING. DAMAGE HAS BEEN DONE






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...