Pages

Thursday, 11 February 2016

AIR LENDIIR MEMANCUT DI SELANGOR,MELELEH DI PAHANG


Sesekali meneliti laporan sebuah akhbar harian semalam yang membongkar kisah Pelacur Asing Cemari Kuantan menimbulkan persoalan.Bukan persoalan kebenaran atau sebaliknya tetapi implikasi berita yang disajikan kepada umum.

Menjadi tanggungjawab wartawan melapurkan apa yang difikirkan memberikan kebaikan tidak kira apa isu yang ingin diketengahkan supaya masyarakat boleh menilai.
Dengan tajuk Pelacur Asing Cemari Kuantan pastinya akan mengundang persepsi betapa kini Kuantan Pahang kaya dengan air lendir warga asing.

Sejauh manakah air lendir itu meleleh di bumi Pahang dikupas secara umum dan  lontaran berita tersebut disambut oleh golongan wartawan rakyat di media sosial dengan cara paling tidak adil.


Sasaran paling mudah untuk meletakkan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh akhbar harian yang turut disiarkan secara portal online mengundang caci maki kepada ahli politik.


Ia hanyalah sebahagian petikan komen yang memualkan yang datang dari mereka mengambil jalan mudah menanam kebencian kepada ahli politik dan pastinya kerajaan secara umumnya.

Agensi penguatkuasa terpalit sama dengan komen-komen yang melampiaskan kemarahan yang dipengaruhi sentimen pegangan politik.

Barangkali mereka tidak pernah terfikir bahawa pelacuran adalah perniagaan yang tertua di dunia.Dan barangkali kini ia menjadi industri dari epidermik air lendir yang tersebar merentasi sempadan dunia sejak azali lagi.

Adakah hanya Kuantan yang terpaksa menahan kebanjiran air lendir warga asing yang menggamit kedatangan tetamu.Bagaimanakah pula agaknya di negeri negeri lain yang sebenarnya telah menjadi industri.

Selangor sebagai contoh merupakan antara negeri yang menjadikan rumah urut sebagai menghalalkan pelacuran meraih hasil lendir yang lumayan.

Peningkatan hasil “Lendir” dalam negeri Selangor yang tercatat ialah sebanyak RM51juta bagi tahun 2015 dan hanya RM21juta pada tahun 2007. Hal ini terbukti bahawa hasil “lender” merupakan sumber pendapatan negeri yang bakal diagihkan kepada rakyat Selangor.
Jumlah rumah urut di Selangor menunjukkan peningkatan mendadak dari 800 kepada 4,000 sejak pembangkang mula mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.sumber
Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau.Bermakna di Selangor rumah urut lebih banyak daripada bilangan masjid dan surau menunjukkan betapa kritikalnya keadaan tersebut.

Tidak dinafikan pelacuran memang ada di Kuantan namun ianya tidaklah bercambah dengan drastik sebagaimana yang berlaku di negeri Selangor kini.

Laporan akhbar tersebut juga tidak meletakkan statistik yang menggerunkan dengan hanya satu kawasan tertentu di Kuantan.

Endemik air lendir bermula sejak berkurun lama di dunia ini dan epidermik Air Lendir di Kuantan tidak dapat tidak kerana migrasi manusia membawa sekali nafsu yang tidak boleh terlucut selagi manusia bernyawa namun tidak bermaksud air lendir mampu menghalalkan cara.

No comments:

Post a Comment