Pages

Thursday, 18 February 2016

ISTERI AKU KENA RABA MENTERI BUAT APA..!-BUSKER


Satu kementerian baru wajar difikirkan bagi memberikan keistimewaan khusus bagi menjaga keselamatan isteri-isteri busker dari menjadi mangsa cabul.

"Isteri aku kena raba..! Menteri buat apa..?itu adalah antara lontaran kemarahan seorang busker sejurus membuat sidang media tergempar sejurus membuat laporan polis.


Beliau juga mempersoalkan betapa tidak selamatnya Malaysia akibat kejadian isterinya yang di raba Nepal mabuk di hadapan Sogo.

Benarkah Malaysia tidak selamat dan tidak aman lagi seperti dinyatakan...?Jika begitu dalam keadaan yang serba huru hara sekarang bagaiamana Busker-busker boleh  mencari makan di hadapan Sogo.


Saban hari akan kelihatan busker-busker membuat persembahan tanpa ada sebarang gangguan.Keterbukaan pihak DBKL yang memberikan kelonggaran golongan ini mencari rezeki di tengah-tengah kesibukan kota rupa-rupanya melahirkan manusia yang langsung tidak megenal erti bersyukur.

Adalah tidak wajar menyalahkan menteri hanya kerana isteri sendiri di raba Nepal yang mabuk.Mentaliti yang berjaya diterapkan oleh pembangkang di Malaysia dengan meletakkan apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini salah menteri amat memualkan.


Barangkali busker berkenaan perlukan publisiti..tapi biarlah dibuat dengan cara yang tidak menunjukkan kematangan berfikir dengan rasional.Bukan  meluahkan amarah yang memperlihatkan kebodohan diri sendiri.






No comments:

Post a Comment