Pages

Wednesday, 10 February 2016

APA AKIBATNYA JIKA IKAN PAUS MATI DI PAHANG BUKAN DI JOHOR..?


Berita penemuan ikan paus yang terkandas di Pantai Rebah Johor semalam hangat di perkatakan netizen.manakan tidak mamalia tersebut bukanlah spesis yang mudah ditemui di perairan Malaysia.

Rupa-rupanya kisah tersebut tidak berakhir begitu sahaja bila seekor lagi ikan paus telah ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya,Semerah dekat Batu Pahat Johor.

Belum dapat dipastikan samada ianya ikan paus yang sama yang telah ditarik ke laut apabila ikan paus tersebut sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian.

Walaupun begitu berita tersebut tidak mendpat liputan meluas di akhbar arus perdana dan di stesyen TV tempatan memandangkan.Cuba bayangkan peristiwa tersebut berlaku di perairan Pahang...nah..!pasti gegak gempita umpama bunyi mercun Tahun Baru Cina dinyalakan siang dan malam.

Lebih dasyat lagi jika ikan paus tersebut ditemui di Sg Tonggak Kuantan,boleh jadi bahan berita yang menghiasi halaman utama berita media arus perdana bagaimana sisa toksid akibat bauksit telah membunuh mamalia tersebut .


Barangkali ada yang masih mengingati kematian berjemaah ikan belanak yang sama sahaja saiznya di SgTonggak Kuantan yang di kaitkan dengan sisa toksid bauksit namun ternyata tidak benar tetapi disensasikan untuk tujuan politik.

Kematian ikan paus di Johor pastinya tidak akan di kaitkan dengan Menteri Besar Johor tetapi sekiranya ianya berlaku di Pahang nescaya Dato"SeriDiraja Adnan Yaakob  Menteri Besar pahang akan dibelasah siang dan malam oleh mereka yang irihati dengan kemakmuran Negeri Pahang.

Barangkali juga Fuziah Saleh Ahli MP PKR Kuantan akan berdiri di atas ikan paus yang mati di Pahang dengan berslfie sebelum diadakan sidang media sisa toksid bauksit telah membunuh seekor ikan paus.Hanya ada di Pahang......











1 comment:

  1. Politik ambil kesempatan macam tu le. Semua perkara akan dijadikan isu untuk memburukkan pihak yang lagi satu. Mainan persepsi ini akan menjadikan rakyat ditipu hidup-hidup. Di akhirnya nanti tiada apa-apa pun yang berlaku.

    ReplyDelete