ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday, 18 November 2015

SUAMI KERAT KEMALUAN PEROGOL DAN GORENG JADIKAN HIDANGAN


AKIBAT terlalu geram, seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia dikatakan telah memotong, mengoreng dan memakan kemaluan perogol isterinya dalam kejadian yang berlaku di wilayah Lampung, Sumatera baru-baru ini.

Kisah ini bermula apabila Rudi Efendi, 25 tahun; yang bernikah dengan Nuriah, 20 tahun; sebulan sebelum kejadian tragik itu mendapati pada malam pertama isterinya sudah tidak lagi perawan.

Apabila ditanya isternya, Nuriah memberitahu bahawa dirinya telah diperkosa oleh seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta sewa, dan juga kebetulan bernama Rudi, 30 tahun; semingu sebelum mereka berkahwin.

Lantas, Rudi meminta isterinya itu untuk mengaturkan satu pertemuan dengan lelaki tersebut sebelum dia membunuh perogol tersebut di dalam kereta sewa mangsa sendiri jenis Daihatsu Xenia.

Rudi Efendi dikatakan pada mulanya berpura-pura mahu menumpang kereta sewa lelaki berkenaan, kemudian pada saat di dalam kereta itu, Rudi membunuhnya dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Lampung, Brigadier Jeneral Edward Syah Pernong memberitahu media tempatan, siasatan mendapati pasangan suami isteri tersebut membunuh Rudi dan juga membakar kereta lelaki itu.

Rudi Efendi juga mengaku dia telah memakan kemaluan lelaki tersebut dengan memotong alat sulit mangsa ketika di tempat kejadian sebelum dibawa pulang ke rumah untuk dimasak.

Sampai di rumah, kata Rudi, dia terus menggoreng batang kemaluan perogol isterinya tersebut.

“Alat vital itu lalu saya makan,” ujarnya tegas.

Dia memberi alasan bahawa memakan alat kemaluan mangsa itu sebagai penawaran lukanya. “Saya makan sebagai ubat sakit hati saya padanya,” kata Rudi Efendi seperti yang dilaporkan akhbar Kompas.

Rudi Efendi berkata isterinya, Nuriah bagaimanapun tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Menurutnya, Nuriah hanya diminta menghubungi lelaki itu untuk janji temu.

“Saya melakukannya sendiri saja. Isteri saya tidak terlibat,” jelasnya. –

ABU SAYYAF PANCUNG TEBUSAN MALAYSIA


Seorang tebusan Malaysia dikatakan dipenggal kepalanya oleh militan Islam Filipina, hari ini.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Straits Times Singapore melaporkan, Bernard Then, 39, dari Sarawak, yang juga seorang daripada dua tebusan yang ditangkap kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari sebuah resort di Sabah, Mei lalu dipancung kira-kira jam 4 petang tadi.

Komander Pasukan Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brigadier-Jeneral Alan Arrojado dipetik sebagai berkata, mangsa dipancung di kubu kuat kumpulan pengganas di Pulau Jolo, di wilayah Sulu, selatan Manila.

Beliau berkata, keluarga mangsa `gagal mematuhi’ tuntutan kumpulan militan semasa rundingan sehingga mendorong Bernard dipancung.

“Mayat itu segera ditanam di kawasan mereka memancung mangsa,” Arrojado dilaporkan berkata.
Tambahnya lagi, usaha kini dijalankan bagi mengenal pasti mayat Then.


Sebelum ini, kumpulan pengganas itu mengancam untuk memancung Then selepas membebaskan dua tebusan, Thien Nyuk Fun, 50, awal bulan ini.

Kedua-dua mereka, Then dan Thien menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf selepas diculik di sebuah restoran makanan laut, Oceans King di Sandakan, pada 15 Mei tahun ini.

Sementara itu, di Sabah, Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sehingga kini beliau belum mendapat pengesahan berhubung kejadian itu.



Tuesday, 17 November 2015

HANYA 3 DARI 14 MP PAS TOLAK BAJET 2016,TKO BUAT PEMBANGKANG


Bajet 2016 yang di luluskan pada bacaan kedua di Parlimen semalam memberikan gambaran sebenar senario politik pakatan pembangkang di Malaysia.Jika selama ini PKR mendabik dada dengan mengatakan bahawa belum pernah terjadi dalam sejarah politik di Malaysia kejayaan menyatukan 3 buat parti utama pembangkang iaitu DAP-PKR-PAS.

Di era 1990an Tengku Razaleigh Hamzah merangka penyatuan secara holistik agenda dan dasar diikuti dengan perlaksanaan melalui Semangat 46 ternyata menemui jalan buntu yang mengakibatkan pembubaran Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah akhirnya.

Bibit bibit kehancuran pembangkang nampaknya jelas kelihatan dan bukan berbalam-balam lagi.Sewaktu pengundian Bajet 2016 terdengar suara ahli DAP Anthony Loke yang mahukan undi belah bagi menandakan mereka mengenal siapakah diantara mereka dikalangan pembangkang dan siapakah dikalangan ahli kerajaan yang menolak Bajet 2016.

Dengan undian akhirnya berpihak kepada Kerajaan 128-74 ada dua perkaara yang dapat dilihat pertamanya iaitu perpecahan kesatuan pembangkang yang gagal mencapai kata sepakat sekalipun berjuang atas dasar bersama Pakatan Pembangkang.

Daripada 14 MP PAS hanya tiga orang yang menolak Bajet 2016 iaitu MP Pokok Sena Mahfuz Omar,Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Ini bermakna 5 orang MP PAS tidak hadir mengundi termasuk Presiden PAS Hj Hadi Awang.

Perkara yang kedua yang dapat dianalisa dengan mudah ialah sokongan di kalangan MP Kerajaan nampaknya sebulat suara menyokong Bajet 2016 berbeza dengan persepsi sebelum ini yang meramalkan Dato'Seri Najib Tun Razak akan berhadapan jalan sukar bagi meluluskan Bajet 2016 .

128-74....suatu pukulan TKO buat pembangkang...
.

BAJET 2016 LULUS, PRESIDEN PAS TAK HADIR,6 MP PAS BERKECUALI...DAP KENA SAWAN


Nasib pembangkang di Malaysia nampaknya umpama telor di hujung tanduk.Kejam sangatkah perumpamaan itu atau mungkin boleh kita umpakan impian pakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya umpama seperti menunggu kucing bertanduk.

Ada baiknya mereka memikirkan kembali menggunakan perkataan Pakatan dalam apa rupa tidak kiralah Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan atau apa sahaja yang senada dengannya.

Pada pengundian bagi meluluskan bajet 2016 hari ini di Parlimen telah memberikan isyarat yang jelas bahawa pembangkang tidak lagi mempunya kesatuan dan kata sepakat dalam membuat keputusan yang penting melibatkan negara.

Jelas....sudah terang lagi bersuluh melalui video di bawah pembangkang mahukan undi belah bagi supaya dapat mengetahui siapa yang menyokong atau pun tidak samada di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota parlimen.

Sebanyak 128 Anggota Parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan kali kedua, berbanding 74 yang menolak.

Undian belah bagian dijalankan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan beberapa Anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang mahukan undian itu dijalankan.

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak hadir ke sesi petang sidang Parlimen hari ini.

Keputusan itu membuatkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang membuat bising sebelum Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara bersahaja mengulas: "Walaupun nyaring suara tidak bersetuju, tetapi hakikatnya yang bersetuju itu lebih Yang Berhormat".

Turut hadir semasa pengundian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mengambil bahagian dalam undian itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari bermula 26 Okt lalu sebelum digulung di peringkat kementerian selama tiga hari, dan diluluskan hari ini di peringkat dasar.

Rang undang-undang yang bertujuan memperuntukkan sejumlah RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2016 itu dijadual akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.

Sementara itu, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, rang undang-undang itu hanya akan diluluskan sepenuhnya selepas selesai perbahasan dan penggulungan di peringkat jawatankuasa dan dibacakan kali yang ketiga.

Persidangan dewan bersambung esok.



#DUNPAHANG KELAJUAN INTERNET PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA DI PERTINGKATKAN


Kemudahan internet untuk masyarakat luar bandar akan dipertingkatkan bagi memberikan peluang kepada mereka mendapatkan perhubungan yang lebih efisyen dengan dunia luar.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang berkata .."Kesemua Pusat Internet 1  Malaysia yang beroperasi di Pahang  menyediakan pelbagai kemudahan peralatan komputer dan multimedia terkini dengan capaian internet jalur lebar sehingga 4MBps."

"Berbagai peralatan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia antaranya 20 buah komputer,mesin pendua 'photocopier',mesin pengimbas 'scanner',mesin pembalut 'laminate',skrin pintar 'smartboard',sistem penggera keselamatan dan juga sistem CCTV".

"Antara golongan sasar yang diambil secara kolektif dengan pembinaan Pusat Internet 1Malaysia ialah kawasan sasar luar bandar dan kumpulan sasar masyarakat miskin di bandar 'urban poor'"

"Bagi tujuan menaikataraf PI1M ,kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bercadang meningkat kelajuan capaian ainternet dari 4MBps sedia ada kepada 8MBps dengan menggunakan teknologi sambungan utama 'backhaul'gelombang micro atau gentian 'fiber optik'".


Perkara tersebut merupakan antara jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke 13 Penggal ke 3 di Kuantan.


Monday, 16 November 2015

HANYA KERANA BERLAKON SEBAGAI PERAGUT 2 POLIS DILANGGAR DAN DIBELASAH


GEORGE TOWN - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melakonkan demonstrasi itu dilanggar dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak menyedari aksi itu hanya sekadar demonstrasi.

Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat "jenayah" itu kemudian mengejar kedua-dua "peragut" tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.

Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.

“Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab", kata lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.

Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat

DATIN EZURIN BUAT NAFAS LELAKI TERHENTI SEKETIKA



JIKA ada yang masih ingin, pelakon Zahida Rafik pernah mencetuskan sensasi apabila memuat naik gambar bersama-sama dengan rakannya yang berpakaian separuh bogel menerusi laman Instagramnya.

Datin-Ezurin-Yaacob


Ekoran itu, ramai netizen yang bertindak ‘mengali’ maklumat lebih dalam semata-mata ingin mengetahui siapakah gerangan wanita seksi yang menjadi kenalan pelakon tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita yang dikenali sebagai Datin Ezurin Yaacob ini rupa-rupanya bukan calang-calang orang kerana beliau adalah isteri kepada seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Khabarnya beliau pernah merupakan seorang model suatu ketika dahulu. Maka, tidak hairanlah wanita ini pandai menjaga kecantikan diri selain bijak dalam pengetahuan fesyen.

Tak percaya, anda lihatlah sendiri koleksi gambar milik Datin Ezurin ini. Memang berdarah hidung beb!

053c147659b911e3b35712de7824c626_6 (1)
2015-09-19_130222
Main
80ca66447fdc11e3a71f1242dcea3051_6
8VSbDPV


Difahamkan, ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri ini sangat gemar menghadiri acara fesyen di luar negara serta kerap melancong.

Bagaimanapun, Datin Ezurin sentiasa mengutamakan pelajaran anak-anaknya sehinggakan sanggup berulang-alik antara Kuala Lumpur dan London untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam akademi.



sumber

BENARKAH KITA AKAN LEBIH GEMBIRA TANPA FACEBOOK..?


DI ZAMAN ini, Facebook merupakan laman kedua paling popular penggunaannya di Internet selepas Google dan YouTube.

Pengguna Facebook bertambah dari hari ke hari dan terkini, dikatakan mencecah lebih 1 bilion pengguna aktif setiap hari.

Di sinilah segala aktiviti memuat naik gambar, menulis apa yang terbuku di hati, berkongsi berita viral dan platform atas talian dijalankan.

Namun tidak semua perkara yang dikongsikan pengguna adalah baik.

Pelbagai berita palsu yang menimbulkan kemarahan serta komen yang boleh membuatkan putusnya persahabatan turut boleh dilihat di Facebook.

Namun kajian terkini menunjukkan, anda akan lebih gembira sekiranya berhenti melayari Facebook!

Menurut portal Amanz.net, kajian dilakukan oleh Happiness Research Institute yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark.

Seramai 1095 peserta yang mengaku melayari Facebook setiap hari mengambil bahagian dalam kajian ini dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A diarahkan supaya berhenti melayari Facebook selama seminggu sementara kumpulan B boleh melayarinya seperti biasa.

Selepas seminggu peserta akan disoal mengenai tahap kegembiraan mereka, di mana sebanyak 88% peserta kumpulan A mengaku diri mereka lebih gembira.

Bagaimanapun hanya 81% peserta kumpulan B mengaku diri mereka gembira. 55% daripada mereka juga didapati lebih tertekan serta mudah marah berbanding kumpulan yang tidak melayari Facebook.

Di samping itu kadar interaksi sosial, menyertai aktiviti riadah dan keluar dari rumah di kalangan respondan kumpulan A juga didapati lebih tinggi.

Keputusan kajian ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana daripada pengalaman penulis sendiri ketika tidak mengaktifkan Facebook dalam jangka masa yang panjang, memang diakui hidup terasa lebih gembira.

Bukanlah membenci media sosial, sebaliknya kita harus sedari bahawa kehidupan peribadi tidak perlu dikongsi 24/7 dan sebenarnya tiada keperluan pun untuk ambil tahu kehidupan peribadi ‘kawan-kawan’ Facebook anda.

Kawan sebenar ialah mereka yang menelefon untuk bertanya khabar, makan semeja ketika lapar dan tidak menekan LIKE pada status yang menyedihkan.

Maka jika anda mahu lebih gembira, kurangkan media sosial dan tambahkan bersosial.

LIM GUAN ENG BENGANG PAS KASI NAIK GAJI GURU KAFA SELANGOR..?


Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Begitu jualah perumpamaan yang boleh diibaratkan hubungan songsang yang pernah terjalin diantara PAS dan DAP melalui Pakatan Rakyat kini bertukar menjadi penyakit berjangkit akibat hubungan terlarang yang terjalin sebelum Pakatan Rakyat berkubur.

Kini bermula lah era saling melempar tahi dan najis bukan lagi seperti dahulu puji memuji diselang seli dengan adengan kucup mengucup yang memualkan antara PAS dan DAP semata mata inginkan kuasa politik.

Lim Guan Eng menyatakan perlunya DAP terus berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana menghalang perangai jahat PAS seperti yang dilakukan di Kelantan dengan mengambil contoh kerakusan kerajaan PAS Kelantan menggondol hutan simpan seperti yang didedahkan oleh Husam Musa ADUN Salor yang juga YDP PAS Kubang Kerian.

Kini giliran Setiausahanya PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menimbulkan persoalan adakah Guan Eng bengang dan menuduh menuduh exco-exco Pas di Selangor sebagai ‘buat jahat’ kerana berjaya berjuang menaikkan elaun guru-guru KAFA sekolah agama di Selangor menjadi RM1,500 bermula tahun 2016?.

Begitu juga dengan tindakan memperkasakan institusi masjid  serta berusaha mewujudkan Kolej Intergrasi Tahfiz apakah ianya dianggap sebagai jahat oleh Lim Guan Eng...?

DAP jenis tidak mengenang budi takkala 13 ADUN Selangor menyokong calon Senator ke Dewan Negara yang dikemukakan oleh DAP dan PKR melalui perbincangan dengan MB Selangor.

Habis madu dihirup...kini sepah dibuang..jika tidak dapat mengikut tunduk kepada apa yang dimahukan oleh  parti chauvanist DAP.Kemunculan parti Amanah menandakan PAS di sisihkan dari arus politik pembangkang kerana DAP tahu PAS tidak mampu berjuang sendirian untuk terus berkuasa.


Sunday, 15 November 2015

PAS BUAT JAHAT DI KELANTAN ,DAP PERLU HALANG PERKARA YG SAMA BERLAKU DI SELANGOR - LIM GUAN ENG


PAS hari ini menerima lagi satu tamparan hebat dan TKO dari DAP menerusi Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan melabelkan PAS melakukan kejahatan di Kelantan.

"Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

"Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

"Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 hari ini.

Kenyataan DAP itu merujuk kepada pertanyaan seorang peserta di majlis berkenaan kenapa DAP tidak menarik diri dari Kerajaan Negeri Selangor

Nampaknya DAP sudah tanpa segan silu melabelkan PAS sebagai orang yang berbuat jahat di Kelantan dan hanya dengan kehadiran DAP di Selangor,PAS tidak mampu melakukan kejahatan yang sama dilakukannya di Kelantan.

Lim Guan Eng juga mengumpamakan sebarang undi buat PAS sama juga mengundi UMNO merujuk kepada tindakan PAS yang dilihat berbaik-baik dengan UMNO.

Lim Guan Eng makin besar kepala,mudah lupa bahawa apa yang dikecapi oleh pemimpin DAP hari ini adalah hasil gerakkerja jentera PAS yang memainkan peranan yang berkesan pada PRU 13.

Ada baiknya PAS menarik diri dari Kerajaan Negeri Selangor.Mungkin dari situ kita boleh melihat bagaimana pula percaturan politik DAP kerana manusia lidah bercabang hanya boleh ditemui dalam parti chauvanist seperti DAP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...