ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Teknologi Maklumat
Showing posts with label Teknologi Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Maklumat. Show all posts

Monday, 16 November 2015

BENARKAH KITA AKAN LEBIH GEMBIRA TANPA FACEBOOK..?


DI ZAMAN ini, Facebook merupakan laman kedua paling popular penggunaannya di Internet selepas Google dan YouTube.

Pengguna Facebook bertambah dari hari ke hari dan terkini, dikatakan mencecah lebih 1 bilion pengguna aktif setiap hari.

Di sinilah segala aktiviti memuat naik gambar, menulis apa yang terbuku di hati, berkongsi berita viral dan platform atas talian dijalankan.

Namun tidak semua perkara yang dikongsikan pengguna adalah baik.

Pelbagai berita palsu yang menimbulkan kemarahan serta komen yang boleh membuatkan putusnya persahabatan turut boleh dilihat di Facebook.

Namun kajian terkini menunjukkan, anda akan lebih gembira sekiranya berhenti melayari Facebook!

Menurut portal Amanz.net, kajian dilakukan oleh Happiness Research Institute yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark.

Seramai 1095 peserta yang mengaku melayari Facebook setiap hari mengambil bahagian dalam kajian ini dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A diarahkan supaya berhenti melayari Facebook selama seminggu sementara kumpulan B boleh melayarinya seperti biasa.

Selepas seminggu peserta akan disoal mengenai tahap kegembiraan mereka, di mana sebanyak 88% peserta kumpulan A mengaku diri mereka lebih gembira.

Bagaimanapun hanya 81% peserta kumpulan B mengaku diri mereka gembira. 55% daripada mereka juga didapati lebih tertekan serta mudah marah berbanding kumpulan yang tidak melayari Facebook.

Di samping itu kadar interaksi sosial, menyertai aktiviti riadah dan keluar dari rumah di kalangan respondan kumpulan A juga didapati lebih tinggi.

Keputusan kajian ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana daripada pengalaman penulis sendiri ketika tidak mengaktifkan Facebook dalam jangka masa yang panjang, memang diakui hidup terasa lebih gembira.

Bukanlah membenci media sosial, sebaliknya kita harus sedari bahawa kehidupan peribadi tidak perlu dikongsi 24/7 dan sebenarnya tiada keperluan pun untuk ambil tahu kehidupan peribadi ‘kawan-kawan’ Facebook anda.

Kawan sebenar ialah mereka yang menelefon untuk bertanya khabar, makan semeja ketika lapar dan tidak menekan LIKE pada status yang menyedihkan.

Maka jika anda mahu lebih gembira, kurangkan media sosial dan tambahkan bersosial.

Tuesday, 20 October 2015

GPW DIGESA MANAFAATKAN TEKNOLOGI ICT MAJUKAN DIRI


JENGKA  20/10/2015 -Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di kawasan Felda perlu keluar daripada kepompong tradisi bagi menjadikannya lebih berkesan dalam menjadi agen pembangunan masyarakat.



"Perlu ada perubahan daya kreatif dan innovasi sesuai dengan perkembangan zaman dan usia bukan halangan bagi ahli memperkasakan diri dengan memajukan diri sendiri seterusnya masyarakat."kata YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Hari GPW 2015 Wilayah Jengka di Felda Jengka 13 hari ini.

Katanya.."menceburkan diri dalam bidang perniagaan online misalnya mampu menjana pendapatan yang lumayan.Pusat Internet 1 Malaysia sebagai contoh,boleh digunakan dengan mempelajari teknologi maklumat dan pemasaran online selain media sosial boleh dimanafaatkan dengan menyalurkan sebarang kegiatan GPW dengan lebih berkesan"

"Sebagai agen yang menyampaikan maklumat GPW tidak boleh ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi sebaliknya menjadikannya sebagai medium menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat."ujarnya.

Hari GPW 2015 Wilayah Jengka yang juga merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan perpaduan dikalangan masyarakat Felda.

Selain menambah pengetahuan ahli dengan ceramah ceramah yang diadakan ianya juga memberi peluang kepada GPW menunjukkan kebolehan dan bakat melalui pameran dan pertandingan yang diadakan pada hari tersebut.

Turut hadir pada hari tersebut selain daripada ahli-ahli GPW dari 37 rancangan Wiayah Jengka ialah Tua Hj Nasir bin Embong,Pengurus Besar Wilayah,FELDA Wilayah Jengka,Dato'Khatijah bt M.Said,Ketua Seranta FELDA Wilayah Jengka,Tuan Hj Sulaiman Bakar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...