ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: rasionalisasi subsidi
Showing posts with label rasionalisasi subsidi. Show all posts
Showing posts with label rasionalisasi subsidi. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Perlukah Kita Naik Minyak Bila Minyak Naik -Penjelasan Siri 2 Ahmad Maslan


Bukan gajah sahaja yang naik minyak rupanya sindrom yang sama menjadi tabie masyarakat di Malaysia bila sahaja kerajaan menarik subsidi minyak RON95 dan diesel bersubsidi.Penjenamaan minyak yang dinamakan minyak bersubsidi,bukan sekadar nama barang tetapi dengan sifatnya sekali minyak bersubsidi agar rakyat memahami makna yg tersirat dan tersurat.

Boleh sahaja kita namakan minyak tanpa kata sifat subsidi tetapi inilah yang berlaku hari ini sekalipun diulang berjuta kali minyak bersubsidi masih kedengaran  ramai yang tidak memahami erti subsidi takkala membayar lebih dari biasa,sudah terbiasa dengan kemanjaan,bila tercuit sikit mula menunjukkan sifat ego dan riak tanpa melihat kebelakang apa yang selama ini dilaksanakan kerajaan selama berpuluh tahun untuk memakmurkan negara ini.

Al Kisah Minyak bersubsidi dihuraikan oleh Datuk Ahmad Maslan Timb.Menteri Kewangan Siri 2 :-

1. Purata subsidi seliter Ron95 yang diberi oleh Kerajaan BN kepada rakyat ialah 0.74 sen untuk tahun 2013 & 0.76 sen untuk diesel. Jika guna 100 liter maka rakyat diberi RM74, 1000 liter RM740 & 10 ribu liter RM7400 !!. Siapakah yang guna 10 ribu liter atau lebih Ron95 untuk setahun? Tentunya mereka yang berpendapatan tinggi & sederhana tinggi yang memiliki beberapa buah kenderaan.

2. Isian penuh minyak Ron95 utk sebuah motorsikal ialah sekitar 7.5 liter, kereta kecil sekitar 40 liter, kereta besar sekitar 75 liter. Jika 74 sen subsidi seliter, pemilik motorsikal isi penuh dapat RM5.55 subsidi, kereta kecil RM29.60 subsidi tapi kereta besar dapat RM55.50 setiap kali mengisi penuh Ron 95.

3. Pada bulan Februari 2013, harga pasaran Ron95 ialah 2.94 seliter tapi Kerajaan BN beri 1.04 subsidi jadikan Ron95 bersubsidi yang dibeli rakyat cuma 1.90. Diesel dalam tarikh yang sama harga pasaran 2.85, subsidi 0.95 dan harga untuk rakyat 1.90.

4. Pada Februari 2014, harga pasaran Ron95 ialah 2.83 seliter tapi Kerajaan BN beri subsidi 0.73 jadikan Ron95 bersubsidi yg dibeli rakyat 2.10. Diesel dalam tarikh yang sama berharga subsidi 2.10 & jumlah subsidi 0.73 yg kebetulan sama dengan Ron95.

5. Pada Februari 2013 harga minyak dunia ialah USD122.47 setong dan Februari 2014 pula USD114.41. Pada 26 Sept 2014 minyak dunia USD102.06. Harga pasaran minyak dunia turun dan naik tapi kekal tinggi sekitar USD92-USD122. Harga pasaran minyak di Malaysia juga turun bila harga minyak dunia turun. Hari ini Ron95 adalah 2.58 & diesel pula 2.52.

6. Tapi rakyat Malaysia hingga 2/10/14 masih mendapat harga minyak yang kurang daripada harga pasaran iaitu Ron95 bersubsidi 2.30 dan diesel bersubsidi 2.20. Subsidi Kjaan BN hari ini utk Ron 95 masih ada iaitu 0.28 seliter dan diesel 0.32 seliter. Subsidi ini turun naik bergantung kpd pasaran minyak dunia & dasar Kerajaan terhadap subsidi tersasar kepada bersasar.

7. Jumlah subsidi minyak Kerajaan BN untuk rakyat adalah banyak iaitu 2009 RM6.2b (minyak USD62), 2010 RM9.6b (minyak USD80), 2011 RM20.4b (minyak USD111), 2012 RM24.7b (minyak USD112), 2013 RM24.8b (minyak USD110) dan 2014 subsidi sekitar RM21billion. Semua angka2 subsidi ini sangat besar yang sepatutnya diguna untuk pembangunan rakyat dengan lebih bersasar.

8. Ramai yang sudah jelas bahawa subsidi minyak Malaysia adalah tersasar sbb rakyat berpendapatan rendah dapat subsidi yg sedikit keran mengguna motorsikal atau sebuah kereta kecil tapi rakyat berpendapatan tinggi dapat subsidi yang lebih besar sebab mengguna kereta besar & jumlahnya pula beberapa buah.
9. Sepatutnya subsidi diberi lebih kepada rakyat berpendapatan rendah & kurang kepada yang berpendapatan tinggi. Di Malaysia subsidi minyak jadi terbalik. Ini perlu dibetulkan dengan diberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat yg berpendapatan rendah.
10. Negara-negara jiran pula tidak ada atau tidak banyak beri subsidi minyak, maka sebab itu harga minyak mereka tinggi dan berlaku penyeludupan yang merugikan rakyat & negara Malaysia. Tentunya agensi2-agensi penguatkuasaan sedang melakukan tanggung jawab masing-masing dalam satu team besar pelbagai Kementerian.

11. Kesan harga minyak kepada kenaikan harga barang pula mesti ditangani dengan sepadu. Memerangi orang tengah, banyakkan Pasar Tani, Pasar Borong, Pasar Ikan, pelbagai pasar lain, jadikan pasaraya sebagai penanda aras harga, buku panduan harga barang, senarai harga dalam akhbar, kuasa pengguna untuk memilih, kedai harga patut, Kedai Rakyat 1Msia, Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan/Profiteering, kawalan harga waktu perayaan, banyakkan program jualan-jualan murah, pemantauan harga oleh penguatkuasa, perniagaan jangan dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu adalah antara kaedah2nya.

12. Rumusan tentang hal subsidi minyak ialah keperluan kepada pembetulan struktur subsidi dengan kaedah pembaikan kepada subsidi yg terbalik yang tidak rasional. Inilah antara sebab mengapa subsidi minyak dikurangkan 20 sen selain untuk lebih 20 ribu juta/billion ringgit subsidi itu diguna bagi menafaat pembangunan rakyat dan negara dgn lebih adil serta bersasar.
Terima kasih.

Friday, 3 October 2014

Kenaikan Harga Minyak Dan Penjelasan Hasan Malik Menteri KPHDNKK




Belum reda lagi isu kenaikan harga minyak dan mendapat pelbagai reaksi.Tindakan tidak popular ini mengundang persepsi negativ terhadap kerajaan seakan mengenepikan pandangan rakyat marhaen yang merasakan terkesan dengan kenaikan harga minyak.Hampir  tiada reaksi positif yang disuarakan dan lebih menyedihkan lagi mereka yang selama in bersama kerajaan seperti kakitangan awam yang mendapat pelbagai keistimewaan seperti Sokong Membawa Rebah.Bagi rakyat marhaen dan pembangkang khususnya bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika tidak berpuashati namun pencerahan demi pencerahan wajar dilakukan bagi menerangi jiwa rakyat yang suram kini akibat kenaikan harga minyak.

Antara yang tampil memberikan penjelasan ialah Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).Jangan diambil pusing dengan pelbagai gelaran Menteri Cap Ayam atau apa sekalipun kerana kerja melabel ini memang menjadi produk utama kilang fitnah pembangkang dalam memenangi hati rakyat.Mungkin kerana KPDNKK antara kementerian yang paling mudah mendapat kritikan kerana isu kepenggunaan adalah isu yang paling mudah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini.

1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?
Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?
Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk.

Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan.

Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar.

Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun.

Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini.

YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal.

Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?

Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan?

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke?
Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran.

Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negarac.

Pejabat Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

*Zaman dulu harga minyak murah, kereta tak sebanyak sekarang, setahun RM2 billion untuk subsidi. Sekarang ni, kos subsidi sebulan dah sampai RM2billion.



SUMBER

Thursday, 2 October 2014

Penjelasan Ahmad Maslan Kenaikan Minyak Subsidi RON95 & Diesel


Riuh rendah gegak gempita bagaikan esok sudah mahu kiamat bagaimana rakyat Malaysia troll isu kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan.Blogger dan facebooker pro kerajaan pun tumpang semangkuk,bukan menghairankan bagi mereka yang pro pembangkang seperti orang mengantuk disorong  bantal dan tilam empuk disamping aircond walaupun mereka tahu Kipas Wan Azizah tidak mampu menyejukkan gelora taufan Langkah Kajang yang belum reda.

Sedikit penjelasan dari Pak Menteri Dato'Ahmad Mazlan

1.Selama ini rakyat Malaysia samaada yang kaya,sederhana dan berpendapatan rendah mendapat Subsidi RON95 dan Diesel tetapi ramai yang kurang sedar kewujudan subsidi ini walaupun dimaklumkan di pam-pam minyak.

2.Jumlah subsidi kerajaan untuk RON 95 dan diesel tahun lepas sahaja ialah RM 24.8 billion dan tahun ini sekitar RM 21-22 billion.Purata RM 2 billion sebulan..!!ini kerana ketika minyak tinggi harganya subsidi seliter juga adalah tinggi antara  50-80 sen seliter.

3.Bila ditarik subsidi 20sen,maka RON 95 berharga RM 2.30 seliter & diesel RM2.20 seliter.Harga terkini sebenar di pasaran untuk RON 95 adalah RM2.58 seliter.Tetapi harga Malaysia RM 2.30.Bermakna kerajaan masih beri 28 sen seliter subsidi.Untuk diesel harga terkini sebenar 2.52.harha malaysia 2.20 bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.

4.Hampir RM 2 ribu juta sebulan dibelanjakan untuk subsidi bahan bakar yang hangus terbakar.RM 2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan orangramai di 2 ribu kampung dengan harga 1 juta sebuah dewan.Boleh bina 4 universiti sebulan dengan harga 500 juta sebuah(48 universiti setahun)Boleh bina 2000km jalan kampung untuk sabah dan Sarawak tapi semuanya tak boleh dibuat sebab kita beri subsidi untuk RON 95 dan diesel.

5.Siapakah penerima terbesar subsidi RM 2 billion sebulan itu.Data yang ada 70% diguna oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi.Sebabnya mereka mempunyai lebih banyak kenderaan dan kuasa/CC kereta lebih besar.Rakyat di kampung dan dipinggir-pinggir bandar hanya guna motosikal dan kereta2 yang kecil.

6.Subsidi sepatutnya diberikan kepada mereka yang miskin bukan kepada mereka yang kaya.Jadi subsidi diesel dan petrol ini telah sekian lama tersasar.Ini adalah tidak adil dan tidak rasional,Dulu ketika minyak murah dan kenderaan tidak sebanyak kini,subsidi RM 2 billion setahun yang kini RM 2 billion sebulan.Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat terbanyak yang boleh diberikan

7.Maka untuk lebih adil subsidi minyak itu perlu dikurangkan penjimatan boleh diberi kepada rakyat yang lebih layak.Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RM 4 billion dan diberikan dalam bentuk BR1M yang telah manafaat hampir 7 juta rakyat dan keluarga di negara ini.

8.Tentu rakyat sedang menunggu berita-berita baik yang akan diumumkan oleh YAB PM dalam badget 2015 pada 10/10/2014 ini.Semua itu perlu kepada peruntukan yang banyak.Sebahagian tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai yang lebih memerlukan.

9.Malaysia memang negara pengeluar minyak,lebih 600 ribu tong sehari.Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport dapat hasil yang lebih kepada negara.Arab Saudi dan U.S.A lebih 1.7 juta tong sehari.Kita negara pengeluar ke 27 didunia jadi minyak yang ada distesen seluruh negara adalah diimport dan harganya mengikut pasaran dunia.

10.Memang sukar untuk membuat keputusan yang tidak popular.tapi keputusan itu adalah untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku.Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagihkan kepada rakyat dengan lebih bersasar dan tepat seperti BR1M yang lebih tinggi jumlahnya & juga untuk pembangunan luar bandar yang lebih baik.


11.Rakyat terbanyak sekarang ini masih menikmati subsidi tepong,gas memasak,beras ST 15 minyak masak,diesel,RON 95,kesihatan,perubatan,pendidikan,,RM 100 untuk anak sekolah,RM 250 voucher buku,,Untuk pesawah ada pelbagai subsidi padi,ada sarahidup nelaya RM 200 sebulan,bantuan JKM,Kedai Rakyat 1Malaysia dll.

Kebajikan yang banyak ini akan diteruskan dan akan sentiasa dibaiki.Namun untuk membetulkan kerah yang lebih adil & rasional,khususnya subsidi minyak secara pukal yang tersasar itu,ianya memerlukan kefahaman dan kesabaran ramaidan banyak pihak.Komitmen kepada kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...