Sudah tak tahan tengok anak murid , dua guru telah mengadakan hubungan seks dengan seorang muridnya.Kedua-dua guru tersebut merupakan rakan manakala salah seorang daripadanya mengajar pelajar terbabit.
Dua orang guru sekolah tinggi Rachel Respess, 24, dan Shelley Dufresne, 32 telah ditahan kerana mengadakan seks dengan salah seorang pelajar lelaki mereka, lapor Mirror UK.
Dua guru itu, yang dilaporkan mengadakan seks dengan pelajar itu di rumah Respess selepas perlawanan bola sepak pada September 12.
Kedua-dua guru itu adalah rakan dan salah seorang daripada mereka mengajar pelajar itu yang merupakan, pelajar junior di sekolah Tinggi Louisiana tahun lepas. Apa lagi? Aksi seksi itu difilemkan dan diambil gambar.
Salah seorang guru, Respess menyerahkan diri semalam. Seorang lagi, Dufresne yang berkahwin dan mempunyai tiga orang anak ditangkap pada Selasa.
Kedua-dua mereka telah didakwa dengan beberapa kesalahan, termasuk kelakuan lucah.
ALOR SETAR 26 Sept - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.
Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.
Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.
Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. SUMBER