ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: gadis cantik
Showing posts with label gadis cantik. Show all posts
Showing posts with label gadis cantik. Show all posts

Wednesday, 28 October 2015

PEMUNGUT SAMPAT DINOBAT RATU CANTIK


Seorang gadis berasal dari keluarga miskin di Thailand mencuri tumpuan ramai dan pengguna media sosial apabila memenangi pertandingan ratu cantik di Bangkok, baru-baru ini.

Memetik laporan Guan Ming Daily, gadis yang dikenali sebagai Aming itu berasal dari keluarga miskin di mana ibunya bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara kehidupan harian.

Aming dilaporkan tidak dapat meneruskan pelajarannya selepas tamat pengajian sekolah menengah kerana keluarganya tidak mampu menampung kos pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

Untuk mencari duit sampingan meneruskan pelajaran, Aming terpaksa menghabiskan masa dengan membantu ibunya mengutip sampah dan barangan terpakai untuk dijual.

Aming ketika ditemui wartawan berkata, adalah di luar jangkaannya memenangi pertandingan ratu cantik itu kerana dia tidak menyangka seorang gadis yang berasal dari keluarga miskin juga boleh diberi peluang sebegitu.

Yang menariknya, Aming menyatakan dia tidak pernah berasa malu dengan latar belakang keluarganya kerana pencapaiannya hari ini adalah daripada ketabahan ibunya menyara kehidupan harian.

Kemenangan Aming dalam pertandingan ratu cantik menarik perhatian rata-rata pengguna media sosial yang meluahkan perasaan terharu dengan ketabahan Aming dalam menempuhi dugaan hidup bersama dengan keluarganya yang miskin.

Dalam masa kurang dari 3 jam berita tersebut tersebar di media sosial, menerima lebih daripada 14,000 `like’ dan dikongsi kira-kira 2,700 kali. – 






Wednesday, 30 September 2015

GURU 'HOT' YANG MENJADI SIULAN


ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini, wanita mahupun lelaki yang memiliki susuk tubuh atau wajah yang kacak dan cantik mudah untuk mendapat perhatian.

Cukup dengan memiliki pakej dari segi aset badan, muka dan sebagainya, tambah pula dengan pekerjaan yang tak disangka-sangka, individu tersebut pasti akan menjadi sensasi Internet.

Belum reda dengan gambar polis paling cantik di Korea, kini seorang cikgupilates yang juga seorang ahli bina badan ini pula jadi viral dan popular di negara itu.


Shim Euddeum yang gemar berkongsikan gambar wajahnya yang feminin serta susuk tubuhnya yang ramping dan menawan di laman sosial telah mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat tempatan.

Mungkin tubuh badannya yang fit itu telah menjadikan Shim sebagai inspirasi ramai orang di luar sana sehinggakan gambarnya tersebar dengan meluas di sana.

Jom sama-sama kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Shim di laman sosialnya sehingga ia mendapat perhatian masyarakat di sana.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...