ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Suraya Yaacob
Showing posts with label Suraya Yaacob. Show all posts
Showing posts with label Suraya Yaacob. Show all posts

Monday, 8 June 2015

"WE WANT NETBALL STADIUM" POTENSI NETBALL PERLUKAN PERHATIAN KERAJAAN

Kejayaan membawa pulang pingat Perak di SEA Game 2015 di Singapura adalah sesuatu yang cukup bermakna buat pasukan Bolajaring Malaysia.Sungguhpun gagal mengulangi kejayaan merangkul pingat emas yang dimenangi di Kuala Lumpur 14 tahun lalu,perlawanan sengit berhadapan dengan tuan rumah Sukan SEA Singapura di Arena OCBC membuktikan Malaysia merupakan kuasa bolajaring di rantau Asia.

Walaupun kilauan emas semakin dalam genggaman ketika dapat mengikat Singapura pada kedudukan 39-39,namun Singapura selaku Juara Asia dan mempunyai rangking 17 dunia memanafaatkan beraksi di gelanggang sendiri dengan menumpaskan Malaysia yang berada pada kedudukan 23 dunia dengan jaringan 46-43.

Kejayaan ini seharusnya membuka mata banyak pihak agar sukan bolajaring harus diberikan perhatian .Keluhan Presiden Persatuan Bolajaring  Malaysia (PBJM) YB Dato'Suraya Yaacob dan Timbalan beliau YB Dato'Shahaniza Shamsuddin mencerminkan betapa PBJM yang menjadi badan induk menyelia sukan bolajaring di Malaysia kurang mendapat perhatian.





Sewajarnya lah kerajaan melalui pihak berkaitan khususnya Kementerian Belia dan Sukan meletakkan sukan bolajaring sebagai ditempat yang sewajarnya dengan membina stadium khusus untuk kemudahan bagi memastikan pingat perak yang disumbangkan di temasya Sukan SEA ini dihargai.


Buat masa ini sukan bolajaring terpaksa menumpang dan berkongsi kemudahan dengan sukan lain seperti Stadium Juara Bkt Kiara.Pembinaan Stadium Bolajaring bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan  sukan ini kerana ianya menjadi pusat latihan yang lebih efisyen dari segi perancangan penyediann atlit,latihan dan kejohanan.

Bagi merealisasikan sukan bolajaring ini juga tidak hanya dengan pembinaan stadium bolajaring tetapi juga geran kewangan yang lebih realistik kerana pembangunan sukan juga perlu dilakukan di peringkat akar umbi khususnya di peringkat negeri melalui persatuan2 bolajaring negeri.

Bukan menidakkan sukan lain contohnya bolasepak yang hanya gah dengan sorakan dan publisiti tetapi memiliki banyak kemudahan stadium tetapi tidak kepada bolajaring yang tiada satu pun stadium bolajaring di Malaysia dan pastinya ianya amat memalukan.













Sunday, 7 June 2015

TAHNIAH ..!TEAM BOLAJARING MALAYSIA BAWA PULANG PINGAT PERAK SEA GAME 2015



Selaku juara sukan SEA 2011 Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Singapura selaku juara Asia dalam perlawanan yang cukup mendebarkan sebentar tadi.


Pujian harus diberikan kepada skuad netball Malaysia yang menunjukkan semangat juang yang tinggi namun akhirnya terpaksa akur dengan jaringan 43-46 seteru utama Singapura.Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak menepati ramalan awal.


Suatu ketika dapat menyamakan kedudukan dan menunjukkan semangat melawan dan pujuan wajar diberikan kepada skuad netball Malaysia walaupun tewas tetapi menunjukkan permainan yang penuh dramatik.



FINAL BOLAJARING SUKAN SEA MALAYSIA BERDEPAN SINGAPURA HARI INI


Skuad bola jaring negara menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA 2015 selepas tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Brunei 79-23 di OCBC Arena semalam.

Kemenangan itu meletakkan mereka semakin hampir untuk mempertahankan pingat emas yang dipertandingkan buat kali terakhir dalam Sukan SEA 14 tahun lalu, namun perlu menentang Singapura yang turut ke perlawanan akhir hari ini selepas menundukkan Thailand 59-29 dalam satu lagi separuh akhir semalam.

Pemain posisi serangan (GA) skuad negara Izyan Syazana Mohd. Wazir berkata, kesilapan kecil semasa melakukan hantaran bola wajar diperbaiki andai mahu menang ke atas pasukan tuan rumah nanti.

“Saya percaya dengan strategi yang jurulatih akan gunakan dalam perlawanan akhir. Jika kelemahan hantaran bola dapat kami perkemaskan sudah tentu tiada masalah untuk meraih kemenangan.

“Dalam masa sama kami juga perlu berwaspada dengan ancaman Singapura kerana mereka memiliki pemain penjaring (GS) yang amat hebat,” kata Izyan.

Malaysia akan turun sebagai penyandang juara Sukan SEA 2011 di Kuala Lumpur manakala Singapura dengan status sebagai pasukan No. 1 Asia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...