ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Mulu
Showing posts with label Mulu. Show all posts
Showing posts with label Mulu. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

Tergamam Lihat Aksi Terlarang Di Gua Mulu-18SX


Berkunjung ke Gua Rusa di Gunung Mulu bukanlah untuk melihat aksi terlarang tetapi kalau terhidang didepan mata apakan daya untuk menolak mentah-mentah,tak mampu ku tepis lagi selain memerhatikan dengan penuh teliti apakah ini suatu kebetulan atau imaginasi .Adakah aku tergolong dalam orang yang dalam kehausan atau kegersangan atau kesangapan tetapi bila ditunjukkan oleh pemandu pelancung kebetulan seorang wanita 

"bentuk apakah itu ..?"

dan menyuruh aku menjawab di dalam hati.Aku hanya mampu tersenyum simpul sambil membuat rumusan tersendiri mungkin juga Sang Kelembai pernah sampai ke sini dan terlihat aksi sebegini lalu ditegur hinggalah terjadilah monumen seperti gambar di atas.


Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.


\


 








Cinta Berputik Di Kaki Gunung Mulu


Apa yang menarik tentang Taman Negara Gunung Mulu yang berkeluasan 544km persegi ianya telah diistiharkan oleh UNESCO(United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization) sebagai World Heritage pada November 2000.Sudah tentunya kelainan yang ada di sini menjadikan ianya salah satu tempat kajian tentang tamadun,geologi dan proses evolusi dunia serta kepelbagaian biologi yang menakjubkan yang berlaku 60 juta tahun yang lalu.Di sinilah terletaknya rangkaian gua terpanjang di dunia.Anda bayangkan sebuag gua yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747 dan Sarawak Chamber yang terletak di sini adalah ruang bawah tanah terbesar di dunia.Gua Rusa yang terdapat di Mulu juga memegang rkod sebagai terowong gua terbesar di dunia selain Gua Air Jenih merupakan gua yang terpanjang di Asia Tenggara menjadikan tempat ini dihuni oleh jutaan burung layang-layang dan kelawar berterbangan di waktu senja selain  pelawat boleh melihat serta melakukan aktiviti pendakian
 di luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'.





Alamak intro entry ni dah macam cikgu geografi..memulakan perjalanan ke Gunung Mulu memerlukan anda bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ianya perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke kaki Gunung Mulu.Jarak perjalanan lebih kurang 3 km sampai di kaki gunung daan 2 km di dalam gua.Mudahnya jika anda bersedia untuk berjalan sehingga 10 km pergi dan balik anda layak untuk meneruskan perjalanan.Bagi pecinta alam macam aku ni tentunya kesempatan merakamkan seberapa banyak munkin flora dan fauna yang menjadi daya tarikan Taman Negara Gunung Mulu takkan aku lepaskan sepertimana gambat di atas seekor kelawar sedang beradu didalam daun pisang.






Kalau tanya aku apakah ni serangga apakah ini..dah tentu aku hanya mampu geleng kepala,apa yang menarik tentang serangga ni bagaimana dia menyesuaikan diri dalam bentuk penyamaraan mengalahkan KGB atau CIA,kalau diperhatikan dengan penuh perasaan..kita akan dapati ianya seakan-akan daun.Tentunya kebolehan begini menjadikan nyawanya lebih panjang dari dimakan pemangsa .





Bukannya suka-suka nak isi nama tapi menurut pemandu pelancung yang bersama sepanjang perjalanan namanya "buah peler kambing"boleh makan atau tak aku sendiri tak tanya.Hebat juga kalau kambing punya pun sampai atas pokok.


Melintasi pokok ini tiada apa yang menarik perhatian tetapi bila sahaja mendengar namanya membuatkan aku mempercepatkan tapak kaki supaya terus berlalu..Erhmm..namanya "Pokok Tampar Hantu"..hehehehe..ada berani lalu kat situ lama-lama..baik cepat blah...



Kepelbagain flora dan fauna menjadikan Taman Negara Gunung Mulu mengasyikkan hinggakan aku menjadi peserta yang terakhir sampai ke kaki Gunung Mulu kerana sibuk merakamkan gambar yang aku kira menarik perhatian untuk dikongsi bersama.Keletihan umpama tidak terasa walaupun jaraknya agak jauh untuk sampai ke kaki Gunung Mulu yang jaraknya hampir 4km.Nantikan entry seterusnya yang lebih dramatik...merakam Aksi Terlampau Di Gua Gunung Mulu..."
bye2 beybehhh...


Tuesday, 25 June 2013

Mulu..Satu Perjalanan Sejuta Pengalaman


Mulu..nama yang agak asing bagi orang Semenanjung Malaysia..namun tanah Bumi Kenyalang,Sarawak bertuah kerana Mulu sebenarnya sebenarnya sarat khazanah alam yang jarang di temui di dunia.Aku berkesempatan berkunjung ke sini bagi menyaksikan keajaipan ciptaan tuhan.Perjalanan ke sini bermula jam 8.30am di KLIA ke Miri yang mengambil masa dua jam sebelum menaiki pesawat kecil dari Miri ke Mulu.Walaupun ada jalan darat tetapi ianya tidaklah berbaloi mengorbankan masa sehingga 6-7 jam..kapalterbang adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa yang agak terhad.

Tiba di Lapangan Terbang Miri
Sampai di Miri jam 10.30am,pertama kali menjejak kaki ke Malaysia Timur terasa seperti orang asing walhal di bumi sendiri bila mula mendengar pertuturan orang disekeliling.Apa yang aku mudah diingat "Auuk"..bermakna  "ya" dalam bahasa Malaysia.Adalah lebih mudah jika kita diiringi oleh pemandu pelancong bagi memudahkan segala urusan seperti pengangkutan dan penginapan jika kita tiada kenalan di sana.Sementara menunggu pesawat seterusnya menuju ke Mulu pada jam 1.30pm,waktu yg agak panjang di gu nakan untuk mengis perut di Merdeka Miri Mall.Mencari kelainan dari Semenanjung aku memilih Mee Kolok walaupun ada hidangan masakan Melayu yang lain disediakan.

Possing di Merdeka Mall Miri

Mee Kolok

Mas Wing di Mulu




Macam TUT TUT di Filiphina
Pelbagai jenis pengangkiutan yang terpaksa digunakan sesuai dengan keadaan bermula dengan kapal terbang bersaiz besar dan kecil,van atau tut  tut ataupu boat panjang yang menjadi tarikan bagi mereka yang gemar mencari kelainan.Menjejak kaki ke Mulu aku pelbagai persoalan berlegar di kotak fikiranku.Apakah keistimewaan Mulu.Mungkin tidak dimata anak tempatan tetapi melihat Mat Saleh yang memenuhi ruang pesawat pasti ada sesuatu yang menggamit mereka ke mari.Jarang sekali melihat muka Malaysia mungkin kerana terletak di pedalaman Sarawak yang mana kos untuk ke sini sebenarnya agak mahal.Memetik kata 


H.S.H Prince Albert II of Monaco:
"Mulu is an absolutely Wonderful & Beautiful Paradise...DO MULU!!!!"
"Many, Many, Many thanks for an unforgettable (too short) stay! Terima kasi."



Dari Lapangan terbang Mulu destinasi ku seterusnya Mulu National Park yang hanya mengambil masa 10 mimit perjalanan menggunakan van.Perjalanan serta pengalaman seterusnya akan aku kongsi bersama pada entri akan datang.Tungguuu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...