ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ADUN
Showing posts with label ADUN. Show all posts
Showing posts with label ADUN. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Kenapa Pejabat ADUN Teruntum Diserang?Jangan Salah Pilih Wakil Rakyat.


Peluang memilih wakil rakyat jangan dipergunakan sewenang-wenangnya.Tanggungjawab kita sebagai pengundi ialah untuk memastikan calon yang kita pilih benar-benar mampu menggalas tanggujawab yang diberikan sebagai wakil rakyat.Jika kita tersalah pilih wakil maka terjadilah peristiwa sebagaimana kekecohan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Teruntum di Kuantan.sila klik

Sim Chong Siang
Antara tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih dan menang di dalam piihanraya membantu menyelesaikan masalah rakyat yang pelbagai dan kebiasaannya membabitkan kewangan.Ada yang datang minta tandatangan,ada yang datang minta tolong selesaikan masalah dengan agensi kerajaan seperti perumahan,pekerjaan dan kebajikan.Namun kebanyakan yang datang beretemu wakil rakyat selalunya mengalami masalah kewangan dan minta dibantu.Ini sudah menjadi suatu kebiasaan dimana-manapun.

Kalau setakat tandatangan  dan chop mungkin mudah nak diselesaikan namun jika melibatkan kewangan memerlukan pertimbangan mengikut kes.Dalam kes ADUN PKR Teruntum yang diserang,pengadu meminta bantuan kewangan dengan alasan untuk meringankan bebanan kos perubatan.Di sinilah rakyat patut menilai kebersanan wakil rakyat melalui parti yang diwakili.PKR yang menjadi pembangkang di DUN Pahang sememangnya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.Mereka hanya gah dan mencari publisiti murahan seperti melakukan demontrasi bila ada isu-isu yang membolehkan mereka menjadi popular sedangkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat entah kemana.

Adakah dengan memberikan alasan elaun wakil rakyat RM4,000 maka wakil rakyat PKR boleh lepas tangan.Wakil rakyat BN juga menerima elaun yang sama tetapi belum kedengaran kes wakil rakyat BN gagal memberikan bantuan kalau setakat meringankan belanja perubatan pengundi mereka.BN yang menguasi kerajaan Negeri Pahang sudah tentunya akan memastikan setiap masalah kawasan yang diwakili oleh wakil rakyatnya dapat diselesaikan melalui pendekatan tersendiri.Mencari alternative kewangan lain adalah beban yang perlu ditanggung oleh wakil rakyat dan bukannya mengharapkan elaun yang sudah tentu tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Sunday, 18 March 2012

Kenduri Oh Kenduri


Musim Cuti Penggal Pertama baru je berakhir dan seperti kelazimannya banyak aktiviti berkaitan dengan kenduri kendara akan diadakan dalam masa cuti sekolah.Peluang untuk bertemu sahabat handai dan sanak saudara cerah sikit sebab tak boleh bagi banyak alasan kenapa tak datang kenduri.Alasan anak-anak bersekolah tentunya tidak masuk akal lagi cuma persoalannya adakan kita tergolong dalam golongan yang suka bermasyarakat dan mempunyai ikatan pertalian yang rapat dengan keluarga akan diterjemahkan secara sepintas lalu dengan kehadiran kita jika dijemput untuk hadir ke majlis kenduri kendara.

Saudara Mara

Sudah menjadi tradisi jika ada yang ingin mengadakan majlis kenduri kahwin,sanak saudara adalah tetamu yang paling mula dipanggil untuk menghadirkan diri tak kiralah samada kedatangan saudara mara sekadar menunjukkan muka yang semakin licin kerana makan banyak Kolagen atau menunjukkan gelang mummy jarum yang baru ditebus dari pajak gadai,yang penting apa yang dimahukan oleh tuan rumah kehadiran kita tak kiralah apa niat kita yang sebenarnya.Alangkah baiknya kedatangan saudara mara meringan-ringankan tulang walaupun tubuh kita sarat dengan ternakan kolestral,membantu tuan rumah semampu mungkin walaupun kadangkala terdengar suara-suara yang keluar dari mulut longkang"nak tunjuk rajin lah tu...".Sebenarnya,penting bagi kita menebalkan cuping telinga kerana dinilah selalunya pelbagai tanggapan orang secara kasar dapat dilihat tentang keperibadian kita samada kita ini adalah tergolongan dari spesiss manusia yang suka menolong orang atau tidak.Kadangkala mungkin kita berasa sukar berbuat baik jika ada orang mengatakan kita inginkan balasan atau nama tetapi jika fitrah dan lumrah manusia begitu yang memerlukan segala perbuatan baik itu dilihat..apakah pilihan yang kita ada...

Masyarakat Sekeliling

Terdapat perbezaan cara bagaimana masyarakat meraikan kenduri bergantung kepada lokasi setempat.Bagi masyarakat di bandar kenduri kendara selalunya lebih kepada persedian meterial dengan mengadakan di hotel atau dewan.Kalaupun dirumah,serba serbi melibatkan syarikat catering bagi menguruskan  perjalanan majlis.Pengisian masyarakat setempat sekadar datang menunjukkan muka dan melahap apa yang dihidangkan oleh tuan rumah tanpa perlu menyinsing lengan membasuh segala pinggan mangkuk dan periuk belanga.Cuma jangan lupa "Salam KOKOT"sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah dan tuan rumah dengan senyum lebar akan menghadiahkan buah tangan berupa bunga telor atau pun sumy jelly sebagai tanda terima kasih.
Agak berbeda dengan masyarakat kampung yang lebih mementingkan silaturahim sebagai pengisisan kepada majlis kenduri kendara.Mereka akan datang lebih awal sehari sebelum majlis kenduri untuk membuat persedian takkiralah samada bergossip sambil menghiris bawang,apa yg penting disitulah ikatan masyarakat dapat dieratkan.

P/S:Gambar tu yang mahalnya kan apa..possing nyan YB Dun Kuala Sentul semasa meraikan majlis kenduri kahwin baru2 ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...