Pages

Monday, 9 July 2012

Mahu Gulingkan Kerajaan Dengan Pedang Samurai,2 Orang Ditembak di Putrajaya


Berita agak menggemparkan di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya ,bila duaorang telah ditembak oleh pengawal kerajaan kerana menceroboh.Kejadian dilaporkan pada sekitar jam 2.30 ptg bila dua orang,seorang lelaki yang tidak berbaju dengan membawa pedang samurai dan pasangan perempuannya yang memaka hijab hitam melalui pondok pengawal namun bagi mengelakkan kejadian buruk mereka diarahkan ke perkarangan bangunan.


Namun dengan tidak semena-mena mereka bertindak diluar jangkaan mereka memecahkan cermin sebuah kereta kancil dan dua buah proton Waja yang berada di perkarangan Biro Pengaduan Awam.Melihat kejadian tidak terkawal beberapa orang polis cuba memujuk namun gagal dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan serta kejadian yang lebih buruk.

Lelaki tersebut telah cedera di tangan kiri dan pasangannya pula cedera dipaha kiri dan dibawa ke hospital Putrajaya bagi menerima rawatan lanjut.Menurut suspek be;liau bertindak sedemikian kerana mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan takbir beberapa kali.Sehingga berita ini ditulis tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PDRM

P/S :Beginilah manusia kalau dah tak waras atau taksub sehingga hilang kewarasan.Siap takbir lagi...aduhai..

3 comments:

  1. agak2 knape die jd cmtu erk...

    ReplyDelete
  2. @ef.ae - brutal

    @shat mashuri-hilang akal dan pertimbangan.Umur 47 tahun,seorang penganggur dan teman wanita dia bekas pelajar UIA,baru kenal seminggu..aduhaiiii..

    ReplyDelete