Pages

Monday, 9 July 2012

Ahli Parlimen Acukan Pistol Semasa Berdebat


Bila dah tak dapat menahan kemarahan beginilah jadinya.Pada awal perdebatan mungkin kepanasan hanya tahap suam-suam kuku tetapi kalau dah tahap marah tahap gaban manusia kebiasaannya akan hilang kewarasan.Sesiapa yang pernah menyertai debat akan merasai tekanan sebegini kerana ianya banyak berkaitan dengan maruah diri.Tidak kiralah samada kita berdebat di sekolah mahupun dikedai kopi kerana situasinya pada asasnya tetap sama.
Debat adalah salah satu cara meluahkan pandangan secara langsung dan dalam era teknologi hebahan semakin meluas seperti melalui television dan internet.Secara amnya kita akan berhujah berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan kepetahan bercakap,sudah tentunya kemahiran berfikir secara pantas menjadi satu kelebihan kerana semuanya akan berlaku secara spontan.

Kita boleh lihat bagaimana ahli debat yang terdiri dari dua orang tokoh politik dari Jordan yang sedang membincangkan keganasan di Syria sebagai tajuk perbahasan bertukar menjadi kecoh bila aktivis politik Mansour Sayf al-Din Muran menuduh Ahli Parlimen Jordan,Mohamad Shawabka sebagai egen perisik Israel Mosasad.Akibat hilang kesabaran berlakulah adengan membaling kasut yang merupakan satu penghinaan kepada dunia arab dan kemuncak kemarahan Mohamad Shawabka telah mengeluarkan pistol.
Di negara kita mutakhir ni debat semakin kerap dijalankan dan kebayakan dari tajuk perdebatan biasanya berkisar tentang politik,jarang sangat nak dengar orang berdebat pasal resepi masakan.Secara formalnya debat biasa di adakan di peringkat sekolah,universiti dan di Parlimen.Namun ada juga debat yang dilakukan secara secara tidak formal seperti di kedai kopi ataupu n d simpang-simpang jalan.Menegakkan benang yang basah adalah suatu kebiasaan kerana pendebat jarang sekali nak surrender angkat tangan atau angkat kaki.Kalau angkat meja nak hempas tu biasa aku dengar.Namun debat tidak dapat dielakkan kerana itulah cara manusia yang bertamadun berinteraksi dan menjadi amalan di negara demokrasi namun sejauh manakah di Malaysia khasnya dapat menerima debat sebagai salah satu cara penyelesaian masalah kerana debat bukanlah penyelesain secara total.Sebagai wadah perjuangan ianya harus dijalankan secara tertib tetapi berdasarkan perkembangan mutakhir ini,kita juga harus juga berasa gusar kerana ketaksuban politik menyebabkan perdebatan jarang sekali dilihat sebagai majlis ilmu dan medium menyalurkan pandangan sebaliknya melemparkan provokasi yang mendalam terhadap orang lain.
Tetapi aku tertarik dengan dua anak muda ini bila menyaksikan mereka berdebat.Nampak cool dan berhujah secara matang cuma selalunya kalau berdebat di penonton yang menyaksikan debat tu yang selalunya terlebih sudah.
P/S:Debat bukan jalan penyelesaian tetapi sekurang kurangnya kita masih berani ....credit tu YB Khairi Jamaludian..warlord yg jarang kita jumpa..

No comments:

Post a Comment