Pages

Thursday, 22 March 2012

SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam

Ianya telah lama berlalu..berlalu bersama kenangan yang telah ku simpan rapi dalam lipatan sejarah.SMKJ2 walaupun telah lama kau ku tinggalkan namun ada ketika dan waktu aku akan terkenangkan mu,di sana walaupun jejak-jejak yang aku tinggalkan tidak lagi kelihatan namun ianya tetap basah dalam ingatan dan ku rasakan bukan hanya aku yang bisa tersentuh bila terkenangkanmu..namamu SMKJ2 masih melekat di jiwa-jiwa warga yang tidak pantas membuangmu jauh dari sudut hati.Sudah hampir 20 tahun aku tidak lagi hadir di situ dan seperti sudah ditakdirkan kita bertemu lagi semalam dan pastinya pertemuan ini mengimbau nostalgia bersama hampir lapan tahun aku menjadi penghuni setiamu namun hari ini aku hanyalah tamu mu yang tak diundang..terima kasih kerana membenarkan aku meninjau2 mu..biarpun seketika cuma ianya sudah cukup meredakan ombak rindu padamu..... SMKJ2 

Alamak..nak menitis lak air mata pasal intro entry ni tangkap leleh..jadi sebelum ada pembaca yang meraong gajah Afrika..aku cuba sampaikan dengan cara santai je lah supaya Filem Ombak Rindu di pawagam tu tak tergugat dengan kehadiran entry ini.Kepada bersekolah disini tentu tersenyum bila melihat jalan masuk ke sekolah..menaiki bukit seawal pagi boleh membuatkan urat kentot terputus,namun ia juga saat ditunggu2 kepada pelajar lelaki yang lebih banyak bersemangat apabila dapat melihat pelajar perempuan tertonggek-tonggek mendaki untuk ke sekolah.Waktu pualng pula kami akan menuruni bukit tersebut untuk mengejar bas sekolah yang memang suka dikejar..lambat naik bas maka terpaksalah bergayut macam berok sambil dihidangkan aroma terapi bau-bau bacin ala-ala muntah kucing,bau stokin dan ketiak setelah penat belajar.Namun ramuan itulah agaknya yang menjadikan kebanyakan pelajar SMKJ2 mempunyai otak yg cerdas dan badan yang cergas.

Walaupun jauh dipedalaman,dewan cukup besar lebih kurang kapal Titanic,antara tempat digeruni pelajar kerana terpaksa berhimpun di sini pada setiap hari Isnin..bagi pelajar yang skema mungkin tak jadi hal tetapi yang rock kapak masa ni kejantanan seperti dimandulkan kerana terpaksa berhadapan dengan tindakan displin..seluar ketat,stokin belang,rambut panjang takkan selamat.Di sini juga lah para pelajar akan bertarung dengan perjuangan sebenar kerana menghadapai peperiksaan seperti SRP,SPM dan STPM.Banyak kenangan kat dewan ni..dan paling aku tak boleh lupa bila terpaksa menjadi pelajar paling awal keluar masa peperiksaan soalan kertas Fizik S.P.M..tak boleh buat...blurrrrr..huhuhuhuhuhu.. 



Eh..eh..mane perginya pokok ketapang tu..agaknya kambing dah makan..bila aku datang tempoh hari dan macam padang jarak padang terkukur..togel je.Kalau zaman aku dulu sejuk mata memandang dan boleh lihat banyak kereta guru di kawasan ini.Namun ianya diwartakan sebagai kawasan larangan kepada pelajar sebab maklumlah bila ada yang kena tindakan dispilin,tak puas hati..kereta cikgu jadi mangsa tangan gatal buat mural dat dinding kereta dan sebagainya.Kawasan ini juga dijadikan tempat berhimpun dan jelas kelihatan bilik guru di hujung tu..kawasan ini juga menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah menerima hukuman rotan kawasan perhimpunan jika melakukan kesalahan displin tetapi yang peliknya,lepas kena rotan buat muka sardin je macam takde apa-apa yang berlaku.


Inilah dia tempat mencekik kalau dah kebulur.Masa rehat memang tak pernah cukup,dan aku biasa tercekik mee goreng yang dicampur nasi kerana masa rehat juga adalah masa paling ideal untuk bergossip dan bertemu rakan-rakan.Walaupun nasi lemak 50 sen dan karipap-karipap itu kecil tapi sudah cukup mengisi perut disamping hidangan mee curry serta mee goreng.Tapi sebenarnya yang paling penting ianya bukan sekadar edisi melahap tetapi waktu rehat dikantin akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bergossip tentang pelbagai hal ,menjamu selera dan menjamu mata..hehehehe.. 

Bloc A..masa tu adalah bangunan tercanggih la kira tapi sekarang dah banyak bangunan baru

Teringat Masa di tingkatan 4 Beta dan 5 beta 


Tingkatan Enam Atas dan Bawah 





Tangga Kenangan..hati terusik..mungkinkah si dia masih mengingati.. 

P/S:Mungkin ada ex SMKJ2 yang terbaca..mereka mungkin akan tersenyum sendiri atau mungkin ada yang sebak didada kerana di sini ada sejuta cerita yang menyentuh jiwa.


Sebenarnya entry ini aku copy paste dari blog aku sebelum ini abadiromeo.blogspot.Aku terlalu sayangkan entry ini kerana terlalu banyak kenangan disini dan entry ini sebenarnya berada di carian utama Google jika anda mencari SMKJ2 di Google.Sayang..aku tak dapat meneruskan lagi menulis di blog tersebut .Kebetulan pula baru-baru ini kedengaran suara-suara ex- SMKJ2  SPM 1989 nak mengadakan reunion jadi aku abadikan entry ini supaya kalian masih mengingati insan sekecil aku.

Wasalam..

No comments:

Post a Comment