Apakah yang anda fikirkan bila melihat gambar di atas.Seorang lelaki berlari dengan tubuh terbakar.Ada pelbagai jawapan yang melingkar dikotak fikiran kita.Adakah ini satu adengan filem..dan jika ini adengan filem pastinya filem ini merupakan filem aksi yang menarik untuk di tonton namun malangnya ini bukanlah adengan stunt di dalam sebuah filem tetapi kejadian yang benar-benar berlaku.Adakah lelaki ini terbakar atau melakukan tindakan luarbiasa untuk membakar diri.?
Akibat kecewa kerana suara tidak didengari..lelaki ini nekad membakar diri sendiri sebagai menunjukkan protes terhadap dasar kerajaan China terhadap penduduk Tibet.Jamphel Yeshi seorang rakyat Tiber berlari sejauh 50 meter di hadapan Parlimen New Delhi dan rebah di situ dengan mengalami kecederaan yg teruk dengan 98% tubuh melecur terbakar dan berada dalam keadaan kritikal.
Yeshi.27 adalah seorang dari rakyat Tibet yang melarikan diri ke India pada tahun 2006 dan tinggal di New Delhi dua tahun lalu kerana tekanan politik China terhadap rakyat Tibet.Dia melakukan aksi tersebut sebagai protes sempena lawatan President China ,Hu Jintao yang berada di New Delhi lewat minggu ini.
Lebih 600 orang berhimpun untuk menyatakan protes terhadap China berhubung kebebasan Wilayah Tibet namun China tetap dengan pendiriannya mengatakan Tibet adalah sebahagian dari wilayahnya setelah berabad-abad lamanya.Kejadian membakar diri buanlah asing bagi rakyat Tibet kerana sepanjang tahun lalu 30 orang telah membakar diri bagi menarik perhatian terhadap perjuangan mereka.Sambil melaungkan slogan Tibet Terbakar dan Tibet Bukan Sebahagian Wilayah China mereka tetap bersuara walaupun suara-suara mereka tidak pernah didengari.
P/S :Begitulah ironisnya suara.Lemak merdu jika dialunkan seiringan dengan lagu..sumbang mambang jika tidak senada dengan irama .Pentingnya suara supaya manusia didengar kerana akan tiba disuatu tahap kesabaran dan kewarasan hilang dari pertimbangan jika suara-suara manusia dianggap hanya sebagai bunyi katak puru yang mengganggu tidur lena manusia
No comments:
Post a Comment