Pages

Saturday, 14 April 2018

SAJIKAN ARAK DI MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN HARAPAN



Pengumuman calon Pakatan Harapan gabungan pembangkang di Malaysia dianggotai PKR,DAP,BERSATU dan Amanah amat mengejutkan ramai hadirin yang hadir terutamanya muslim yang hadir dimajlis tersebut semalam. Majlis pengumuman tersebut bagi mengumumkan calon Pakatan harapan bagi kawasan  Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang bertempat di Restoran Golden Empire Tanjung Lumpur Kuantan Pahang.

Hadirin muslim yang hadir terpinga pinga dengan tindakan penganjur yang langsung tidak menjaga sensitiviti mereka. Sekiranya ianya hanya dihadiri oleh mereka yang non muslim atau anjuran DAP, ianya tidak menjadi masalah dan tiada siapa yang peduli. Memang benar tiada muslim yang meminum arak tetapi berada di majlis sebuah Pakatan Harapan yang dianggotai oleh ramai muslim seperti PPBM,PKR dan Amanah pastinya mengundang rasa kurang senang.


Apakah yang kita harapkan bagi sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang ingin menguasai Putrajaya jika tidak menjaga sensitiviti agama dan budaya Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia. Apakah ini bentuk kerajaan pakatan Harapan yang begitu liberal dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan menghidangkan arak di majlis seperti ini.

Dominasi DAP dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PPBM,PKR dan Amanah meletakkan hanya dihujung kaki mereka, liberalisme agama menjadikan gabungan Pakatan Harapan mengorbankan nilai nilai Islamisasi yang menjadi tunjang kepada kemakmuran dan kestabilan negara sejak merdeka hingga kini.

Pengundi di Pahang khususnya perlu menilai sebaik baiknya akan keputusan mereka dalam memilih kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti, kesucian agama Islam terletak di tangan tangan anda yang bakal memilih sebuah kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dengan fahaman liberalisme agama ataupun Barisan Nasional yang meletakkan Islam sebagai agama Negara dengan menjaga kesucian dan sensiviti Islam namun pada masa yang sama kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


1 comment:

  1. kita tanya dulu ustaz Ahmad Awang,Ust Mat Sabu, Ust Salahudi.

    ReplyDelete