12/4/2018 MARAN - Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur
mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek
kesejahteraan setiap golongan masyarakat,termasuk golongan Ibu Tunggal tidak
dilupakan dalam menongkah arus pembangunan negara. Pelbagai inisiatif akan
dilaksanakan bagi membantu golongan Ibu Tunggal dalam meneruskan kehidupan
harian seperti bantuan
kewangan,kaunseling,bantuan guaman bagi tuntutan hak- hak seorang ibu tunggal
seperti harta sepencarian,hadhanah,faraíd,kursus dan peluang perniagaan bagi
memperkasakan ekonomi Ibu Tunggal.
Sesuai dengan Tahun Memperkasakan
Wanita, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Memperkasakan Ibu Tunggal
yang merangkumi 19 langkah strategic berdasarkan teras utama iaitu
memperkasakan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan
perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan Ibu Tunggal.
“Ibu Tunggal digalakkan untuk
menyertai koperasi bagi meningkatkan pendapatan . Melalui koperasi Ibu Tunggal
, setiap ahli akan menerima dividen diatas keuntungan perniagaan yang
dijalankan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada koperasi
melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai contoh memberikan geran permulaan
kepada koperasi memulakan perniagaan sebanyak RM 20,000 dan jika didapati koperasi berdaya maju
dan ditadbir urus dengan baik nilai geran akan ditambah dari masa ke semasa.
Berbanding dengan Ibu tunggal yang menyertai persatuan, kerajaan hanya
memberikan bantuan one off untuk aktiviti persatuan dan ini pastinya tidak
kepada individu yang menyertai persatuan”.
“ Besar harapan saya dengan
penubuhan Koperasi Ibu Tunggal, dapat menggunakan Kompleks Ibu Tunggal DUN
Kuala Sentul ini dapat memberikan peluang kepada ahlinya menjana ekonomi.
Terima kasih kepada ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merealisasikan
impian saya dengan siapnya sebuah Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul yang
menelan belanja RM 250,000.00. Kompleks
ini akan dilengkapi dengan kelengkapan mesin jahit dan pelbagai
peralatan jahitan bagi ibu tunggal yang
berminat untuk Dr faridah bt Awang Timbalan menambah pendapatan yang akan
diuruskan oleh Koperasi Ibu Tunggal”, kata YB Dato’Sri Shahaniza Hj Shamsuddin,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan
Multimedia Negeri Pahang.
Beliau berkata demikian ketika
berucap di perasmian Kompleks Ibu Tunggal yang dirasmikan oleh Yg Faridah binti
Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang mewakili
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia. Komplek Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul adalah
satu satunya Kompleks Ibu Tunggal yang terdapat di Negeri Pahang.
No comments:
Post a Comment