Pages

Wednesday, 19 October 2016

BERSIH TIDAK RELEVAN DI PAHANG


Keghairahan BERSIH 5.0 untuk menapak dan mengembangkan pengaruhnya di Pahang hanyalah bersifat propaganda sahaja.Pahang yang kini dikatakan bakal menerima kunjungan BERSIH 5.0 pada 22hb November ini bemula dari Kemaman Terengganu yang bersepadan dengan Pahang dan seterusnya akan ke Pekan Bandar DiRaja.


Apa yang agak menjengkelkan ialah kebiadapan pencinta BERSIH 5.0 memilih tarikh 24hb October bersamaan dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.Barangkali memang sengaja memilih tarikh ini kerana ingin menimbulkan ketegangan keresahan dikalangan rakyat Pahang.

Sebenarnya mereka yang terlibat dengan BERSIH seperti mana sudah diketahui adalah terdiri daripada pihak pembangkang yang menggunakan NGO sebagai helah demi kepentingan politik.

Jika dilihat senario di Pahang apa yang mereka perjuangkan sejak dahulu seperti isu Lynas mendedahkan tembelang pembangkang yang hanya meraih  political mileage pemimpin pembangkang.

Sayang sekali penyokong dan pemimpin Anti Lynas yang majoritinya adalah berketurunan Cina berjaya mempengaruhi golongan Melayu terutama di bandar.

Akibat kempen Anti Lynas,ramai dikalangan Melayu yang mempunya tanah di sekitar Gebeng Kuantan telah menjual tanah mereka dengan harga yang sangat rendah.Kesempatan ini diraih oleh golongan peniaga Cina yang membeli tanah dengan harga murah.

Ternyata sehingga sekarang tiada kesan tidak baik yang dicanangkan oleh mereka yang Anti Lynas yang sehingga kini menyediakan beribu peluang kepada anak Melayu termasuk golongan profesional.


Pembangkang di Pahang memerlukan momentum bagi menjamin kelangsungan mereka dalam politik di Pahang sebagaimana PRU 13 yang terkesan dengan isu nasional kerana mereka kini semakin ketandusan isu tempatan  untuk dimainkan.

Jika pilihanraya tidak adil dan bersih sepertimana yang di perjuangkan oleh NGO yang di dalangi pembangkang bagaimanakah 12 kerusi dari 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang telah dimenangi pembangkang pada PRU 13..?







No comments:

Post a Comment