Pages

Friday, 8 April 2016

RAIKAN CINTA DENGAN CIUM KETIAK


Kelihatan seperti ungkapan yang membuatkan ramai berfikiran betapa cinta makin kompleks untuk diterjemahkan melalui perbuatan.Ketiak digambarkan sebagai satu daerah yang paling sunyi untuk dikunjungi.Adalah suatu fenomena yang biasa ditemui daerah ketiak akan dilitupi dengan semak tanpa penjagaan yang rapi.

Sering dikaitkan dengan bau yang membuatkan lubang hidung anda kembang kempis apatah lagi bau yang datang dari orang lain dan bukan dari badan sendiri.

Masih ramai yang memandang sinis kehebatan ketiak lelaki.Kelebiahn dan khasiat yang diperolehi jarang dihebahkan betapa ianya membantu wanita mendapat ketenangan yang sukar diperolehi dalam hidup dan wanita akan awek muda jika mencium ketiak lelaki.atau sila layari http://eberita.org/cium-bau-ketiak-suami-jadikan-isteri-awet-muda/


Paling tidak pengalaman anda menaiki bas di waktu pagi menuju ketempat kerja akan dihidangkan dengan aroma yang mendebarkan.Namun ketika pulang dari kerja berhimpit-himpit didalam bas atau LRT segalanya berubah dengan segala bau rempah ratus itupun belum di kira aroma yang didatangkan khas oleh Mat Bangla yang mempunyai hak cipta tersendiri. 

Namun begitu kini mencium ketiak dianggap perbuatan untuk menguji pasangan sedalam mana lautan cinta,setinggi mana cinta yang menggunung.Sanggupkah kita mungkin di hati tidak tetapi bila berdua-duaan antara anda dan si dia tiada apa yang menghalang anda dari membuktikan seteguh mana cinta yang anda agung-agungkan.Cium ketiak apalah sangat beb..asalkan dapat meyakinkan si dia yang anda sebenarnya tidak mahu kehilangan orang yang anda sayang.

Mahu mencuba..silakan..malu- malulah pulak...!

No comments:

Post a Comment