Pages

Thursday, 3 March 2016

SIAPAKAH PEROMPAK HARTA RAKYAT?


Kadangkala bila menatap komen komen netizen di media maya terasa seperti ada satu perkara asas yang kebanyakan dari mereka terlupa .Barangkali keterbukaan kerajaan dalam menerima kritikan menggalakkan mereka melahirkan pandangan yang jika diperhatikan mereka seni diri tidak memahami apa yang mereka perkatakan

PEROMPAK HARTA RAKYAT

Kebanyakan mereka mengadaikan betapa mereka di zalimi dengan menuduh pemimpin politik kerajaan sebagai korup  dengan merompak harta rakyat.

Akronim RAKYAT sebenarnya menjadi seperti menuang minyak kepada api yang sedang membakar kayu.Demi Rakyat,Solidariti Rakyat,Suara Rakyat dan seangkatan dengannya menjadi siulan nyayian pemimpin pembangkang di Malaysia dan disambut oleh sebahagian kecil rakyat yang mudah di buai dengan lagu kebencian yang didendangkan saban waktu.

Ada jaringan yang agak kompleks untuk dirungkai dengan perkataan tetapi bagi mereka yang berada dalam bidang politik akan lebih mudah memahami.

Pengalaman yang di lalui sendiri melalui penglibatan dalam politik akan memudahkan seseorang mengenal sepak terajang dunia politik berbanding mereka yang hanya berada di luar kotak.

Dalam konteks politik Malaysia contohnya pemimpin UMNO mudah terpalit dengan pembunuhan karektor dengan melabel sebagai perompak harta rakyat.

Ini adalah cara paling mudah pihak pembangkang mengolah persepsi negatif kepada pemimpin politik kerajaan sekalipun ianya hanya berkisar kepada tuduhan dan tidak pernah terbukti oleh mahkamah tentang salahlaku dan  korup.

Memandang jijik kepada ahli politik dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti politik sebaliknya bila timbul sesuatu isu mudah pula melabelkan ahli politik dengan pelbagai gelaran secara sombrono.

Masuk parti aku dapat apa..?itu lah antara persoalan yang sering bermain di bibir.Namun jika ada yang tidak puashati dengan isu isu melibatkan politik merekalah yang menjadi pejuang hadapan terpekik terlolong tanda solidariti berdemo tak kira waktu sekalipun terpaksa memegang lilin tanda sokongan yang entah apa-apa.

Bagi mereka yang bermula dari dengan melibatkan diri dengan politik melalui penglibatan sebagai ahli Pemuda,AJK Pemuda,Ketua Pemuda,Ketua Cawangan,AJK Bahagian Ketua Bahagian hinggalah ke Majlis Tertinggi UMNO label perompak harta rakyat amat mengguris hati.

Ada banyak perkara yang hilang secara semulajadi bila bergelar ahli politik.Rakyat juga telah merompak dari ahli politik secara tidak sedar.

Rakyat merompak masa seorang ahli politik dengan bekerja tanpa mengira masa siang malam pagi petang subuh senja bagi melayan keperluan,kebutuhan mahupun karenah rakyat.

Rakyat merompak nilai kasih sayang ahli politik dengan mengambil masa mereka bersama ahli keluarga.Ada di kalangan ahli politik yang hanya merasakan nikmat hidup berkeluarga sehari sehaja dalam sebulan dan barangkali lebih dari itu.

Rakyat merompak privasi ahli politik dengan menjadikan segala yang peribadi milik rakyat.Kehidupan peribadi tidak lagi menjadi peribadi kerana sentiasa dipandang jutaan mata yang hanya lebih berminat melihat kejengkelan berbanding kebaikan yang dilakukan.

Melayu kini hanya tinggal kuasa politik yang semakin di hakis bangsa sendiri kerana mudah terpengaruh dengan propaganda.Bukan semua ahli politik UMNO terlibat dengan salahguna kuasa,bukan semua mereka yang terlibat dengan politik kaya raya ,namun rela berkorban harta dan jiwa demi memastikan kelangsungan kuasa politik kuasa politik Melayu Islam dipertahankam.











No comments:

Post a Comment