Pages

Tuesday, 9 February 2016

MENGENALI ERTI CUTI RAKYAT MALAYSIA


Malaysia bumi bertuah,kaya dengan pelbagai keistimewaan yang yang menggamit senyuman warganya bagi yang mengerti apakah makna kesyukuran.

Barangkali tidak pada nasib malang  menimpa yang bukan di pinta atau dicari.Paling tidak Malaysia tidak menjanjikan apa apa kepada mereka yang hanya tahu mencerca.

Musim cuti datang lagi melengkapkan pusingan hari dalam minggu,bulan dan tahun yang bersilih ganti tanpa memungkiri saat dan waktu .

Barangkali Malaysia antara negara yang memiliki musim cuti yang banyak sesuai dengan kepelbagaian budaya agama dan adat resam.Cuti Tahun Baru Cina misalnya adalah antara yang dinantikan bagi mereka yang bekerja barangkali bagi mereka yang berniaga peluang mendapatkan rezeki di musim begini.

Antara perkara yang lazimnya dilalui sepanjang musim cuti di kampung

  1. Anda akan memasang waze untuk mengetahui kesesakan jalanraya menuju ke kampung halaman atau mungkin anda terlupa jalan pulang...?
  2. Anda akan kehilangan waktu emas bergosip di dalam what up grup kerana kampung halaman yang tiada liputan internet.                    
  3. Masa terlalu panjang bila berada di kampung halaman kerana aktiviti yang terhad,tiada lagi sembang kedai mamak,tiada kelas zumba,tidak perlu hantar anak kesekolah tetapi perlu bangun awal jika tidur di rumah mertua sedangkan anda impikan waktu cuti begini untuk bermalas-malas.                                      
  4. Bagi yang baru mendirikan rumahtangga,anda akan merasakan sentiasa perhatikan oleh mertua.Inilah waktunya resepi yang selalu di upload di FB menjadi medan menguji kebenaran dan kepalsuan kerana biasanya mertua anda akan tiba-tiba merasa kurang sihat untuk ke dapur.
  5. Menantu lelaki pula pastinya akan menunjukkan sifat pemurahnya berbelanja barang dapur walaupun sebenarnya kalau di rumah sendiri rela makan ala kadar sahaja.                                

  6. Berebut plug untuk charge gadjet,walaupun ayah/mertua tiba-tiba beritahu bill elektrik mahal sekarang ni.
  7. Kenduri kendara menguji ketabahan anda,melihat ipar duai yang asyik bergosip sedangkan anda tak kering tangan di dapur atau mungkin memerhatikan sahaja ipar duai sambung putung rokok mengambil rokok anda tanpa segan silu takkala rokok semakin mahal.                                                                                                   

  8. Adik beradik tanya bila nak kahwin sedangkan anda balik kampung pun cukup tambang sahaja ataupun jika anda sudah berkahwin ipar duai asyik bergossip perihal Salleh Yaakob bila melihat anda masuk tandas pun bawa hand phone.
  9. Geram nak sembelih ayam/kucing yang naik atas kereta anda sedangkan itu haiwan kesayangan mertua anda
  10. Tengok kalender kalau-kalau kalender silap nak balik bandar tak sempat-sempat walhal anda baru sehari dua di kampung.
Kerinduan kepada kampung halaman itu mungkin akan berubah semakin berkurang atau bertambah bergantung kehidupan anda di kota samada anda bertambah selesa hari ke hari atau sebaliknya.

Di kampung derai kokok ayam jantan memecah keheningan pagi,hinggar binggar kereta bukan sarapan yang anda harus hadapi sebaik sahaja bangun dari lena.

Malamnya  unggas cengkerik bercengkarama mendendangkan lagu rimba,penghuni lena tanpa kisah adu domba kota.Di kampung ini perantau kota melihat dunia kali pertama ,di sini juga barangkali menutup mata buat kali terakhirnya.

Cuti ini singkat atau panjangnya,adalah waktu mengenal siapa diri dan bukan meninggi diri.Semoga anda akan bercuti lagi...buat kesekian kali...






.


No comments:

Post a Comment