Pages

Monday, 4 January 2016

HANYA SEORANG MURID DAFTAR TAHUN 1 DI SJKC - KERAJAAN TETAP BUKA SEKOLAH


Seisi persekolahan 2016 telah bermula dengan suasana kesibukan ibubapa mendaftar anak masing-masing.Agak memeranjatkan berlaku di Jerlun Kedah hanya seorang murid yang mendaftarkan diri sebagai pelajar tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan.

Lau Chun Yih,7 tahun adalah murid tunggal tahun satu dari keseluruhan 13 murid sehingga Tahun Enam adalah antara sekolah yang diklafikasikan oleh kerajaan sebagai Sekolah Kurang Murid.Seramai 9 orang guru bertugas untuk di SKJC Chee Nan yang mana sejak 2013  sehingga tahun lepas keputusan UPSR mencapai 100% kelulusan.

Cuma masih lagi kedengaran suara-suara sumbang golongan chauvanis dan ultra kiasu yang menganggap betapa zalimnya kerajaaan Malaysia menganaktirikan sekolah vernakular.

Sedangkan jika dilihat masyarakat Cina sendiri yang tidak mahu lagi menghantar anak mereka di SJKC  mungkin kerana mereka memilih untuk menghantar ke sekolah swasta kerana memiliki kemampuan ekonomi bagi bidang pendidikan anak mereka.

Jika dilihat dari sudut logik akal apakah keperluan Kementerian Pendidikan untuk terus mengekalkan sekolah tersebut dengan hanya 9 guru mengajar 13 orang murid.Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular diberi bantuan oleh kerajaan.

Berpegang kepada Perlembagaan Negara yang memberikan pengitirafan kepada masyarakat Cina di Malaysia mengamalkan budaya,agama mahupun sistem pendidikan bukti jelas toleransi antara kaum yang diamalkan.

Tetapi amat menyedihkan isu pendidikan seolah vernacular dijadikan isu politik golongan Ultra Kiasu dari DAP yang menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan melalui NGO yang berselindung disebalik golongan pendidik Cina seperti Dong Jiau Zong.






No comments:

Post a Comment