Pages

Sunday, 10 January 2016

BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU @ BERSETUJU UNTUK DI KALDAIKAN


Pakatan Harapan hari ini mengadakan upacara tepong tawar dan mandi bunga dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Pada Sidang Kemuncak Pakatan Harapan ini pemimpin utama mereka dari DAP,PKR dan AMANAH menandatangani bersama perjanjian mereka namun klausa"bersetuju untuk tidak bersetuju "akhirnya terpaksa dicampakkan ke longkang.

Mungkin kerana sejarah perpecahan Pakatan Rakyat yang mengandungi "bersetuju untuk tidak bersetuju" menyaksikan PAS kini dipinggirkan.Barangkali tidak mahu terus kaldaikan oleh dan menjadi mangsa buli DAP namun pengganti PAS iaitu AMANAH bersedia menjadi tunggangan baru DAP.

Cuma kini "konsensus"menjadi tali pegangan antara tiga parti gabungan dan barangsiapa yang melanggar konsensus akan dipecat dari gabungan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga tidak boleh dibubarkan secara unilateral,merujuk kepada tindakan memandai-mandai Lim Kit Siang yang secara bersendirian mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur.

Walaupun setebal mana perjanjian yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan sebenarnya mudah dibaca adalah pembahagian kerusi pilihanraya ke 14 ini iaitu untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.

Ianya jelas bukan ada perkara lain yang sepenting itu..janji menang pilihanraya dan menuju ke Putrajaya,yang lain belakang cerita.PKR memang terdiri dari pemimpin yang suka belakang...apa  nak di kata..tunggulah berapa hari Pakatan Harapan mampu bertahan,bergilir-gilir antara PKR dan AMANAH dikaldaikan oleh kelicikan DAP.




No comments:

Post a Comment